Yasmi ‘07
Posted on February 7th, 2007 in Uncategorized

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada hari ini, 07 Februari 2007, ABIM Mesir telah berjaya melaksanakan salah satu program mereka yaitu YASMI ‘07. Yasmi adalah singkatan dari Yaumu Sillaturrahimi. Ia adalah program perkenalan Abim kepada para ahli baru dan para simpatisan. Acara yang dirancangkan bermula pada 12.00 tengah hari bermula agak lambat, namun para peserta sempat bermain bola sebelum acara dimulakan. Acara ini adalah julung kalinya di adakan di tempat awam. Cuaca yang cerah menambahkan lagi semangat para peserta walaupun penganjur sempat cemas kerana beberapa hari sebelumnya hujan turun sepanjang hari. Acara yang diisi dengan penyampaian ceramah ringan tentang “Abim Mesir dan gerakan mahasiswa” oleh YDP, “ABIM dan gerakan dakwah di Malaysia” oleh penasehat dan “HELWA menjana aspirasi wanita”oleh ketua HELWA membuatkan acara ini lebih menarik dan menunjukkan budaya ABIM. Hidangan yang disiapkan oleh penganjur dan peserta merancakkan lagi pertemuan ini. Pertemuan ini diakhiri dengan permainan kreatif dan teka-teki. Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada peserta yang memeriahkan acara ini.



Leave a Comment