Winter 2009 (bahagian 4)

Posted on March 9th, 2009 in Uncategorized

Luxor menatap kami dengan tatapan sedih tatkala kami bersama bag-bag kami menaiki van@tramko menuju ke perhentian bas. Tiba saatnya untuk berpisah. Sebuah kota pelancongan yang dibanggakan Mesir layak dihargai. Daya tarik peninggalan Firaun yang tersimpan di dalamnya cukup banyak memberikan masukan (income) tanpa usaha keras kepada satu-satunya negara Arab di benua Afrika ini. Kami berempat meninggalkan hotel agak lambat. Penulis selaku ketua rombongan tidaklah terlalu stik kepada jadwal kerana semua memang datang untuk berehat dan perjalanan kita juga bukanlah perjalanan yang tidak menggunakan banyak tenaga. Kami meninggalkan Luxor hampir tengah hari.

Destinasi berikutnya adalah Aswan. Luxor dan Aswan adalah saudara kembar yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan merupakan sebuah kesalahan jika kita mengunjungi Luxor tanpa mengunjungi Aswan. Sebuah kezaliman dan ketidak adilan yang nyata. Bagi pelancong yang beruang -ups! salah eja- berwang mereka boleh menggunakan perkhidmatan pelancongan yang disediakan banyak agensi. Biasanya, mereka akan menyediakan perjalanan 3 hari 2 malam menaiki kapal mewah. Perjalanan tersebut akan bermula dari Luxor menyusuri sungai Nil hingga sampai ke Aswan dan kembali semula ke Luxor. Pelancong akan menginap di dalam kapal selama tempoh tersebut. Setiap destinasi akan dituju menggunakan kapal dan bas pelancongan akan membawa mereka dari kapal menuju tempat-tempat wisata. Bagi mereka yang sukakan suatu pengalaman baru yang mencabar boleh menyewa kapal layar yang lebih kecil dan unik. Perjalanan 3 hari 2 malam adalah suatu yang biasa mereka lakukan. Tentunya dengan kos yang berpatutan. Bagi kami cukuplah kami menuju ke Aswan menggunakan van yang kosnya hanya LE 8 per kepala.

Perjalanan Luxor ke Aswan mengambil masa sekitar 3 jam atau bahkan lebih. Perjalanan panjang itu cukup melelahkan. Van yang ruangnya ‘cukup-cukup’ bagi kami sekedar mampu membuatkan kami terus bernafas. Pemandu membawa kami menyusuri jalan yang disebelah kanan kami adalah Sungai Nil dan sebelah kiri kami adalah bukit bukau yang tandus. Perjalanannya cukup menarik. Bagaimana tidak!? Ketika kita melihat ke arah kanan kita akan melihat sungai dan pepohonan yang hijau dihiasi dengan pohon-pohon kurma yang tidak tersusun rapi. Rumput-rumput membuat semak hijau disepanjang hilir sungai. Tanah yang tidak jauh dari hilir sungai dimanfaatkan untuk cucuk tanam.

Berpaling ke arah kiri, anda akan kesilauan. Terik matahari yang memancar kepada bukit-bukau batu granit yang tandus itu seakan-akan memantul sinar dan habanya tepat ke wajah anda. Panas sekali terasa walaupun suhunya tidaklah begitu tinggi. Mungkin keadaan cuaca itu yang membuatkan masyarakat situ lebih gelap warna kulitnya. Gambaran yang kami dapatkan selama perjalanan menuju ke Aswan umpama PRA-Sudan. Apa yang kami dengar tentang Sudan hanya berbeza sedikit sahaja dari apa yang kami lihat disepanjang perjalanan kami ini.

Kami tiba di Aswan hampir jam 4 petang. Kami diturunkan di depan stesen minyak. Penulis segera bergegas menuju ke bilik air stesen minya sebaik turun dari van. Teman-teman masih menunggu bag yang diikat di atas van. Penulis tidak tahu ke mana hendak dituju. Setelah bertanya kami memutuskan untuk mengambil van yang berjalan disepanjang hilir sungai nil atau dinamakan ‘chornish’. Di Kaherah ada kornish, di Mansurah ada, di Luxor ada dan ternyata di Aswan juga ada! hehe.. Kornish merupakan hilir sungai Nil yang telah dibangun. Biasanya ia akan di ‘pave’ sehingga menyelesakan penjalan kaki. Sepanjang kornish akan terdapat macam-macam, seperti hotel, restoran atau dermaga. Itu menyebabkan kornish mendapat tumpuan pemerintah dan disalurkan dana yang besar.

Kami turun dihujung kornish. Tempat utama yang menjadi sasaran kami adalah masjid. Masjid adalah tempat yang paling selamat bagi perantau. Di mana-mana seluruh dunia, masjid adalah tempat paling selamat bagi musafir. Masjid adalah tempat pertemuan orang-orang baik. Jika anda bernasib baik, masjid akan mempertemukan anda dengan pengalaman menarik, kesempatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Usai solat kami membeli sandwich yang berintikan kentang, terung, tomato dan falafel. Murah sekali harganya!!

Hari semakin senja kita perlu segera mencari tempat penginapan. Kami berjaya mencari tempat melelapkan mata yang tidak sebaik tempat yang kami inap di Luxor. LE 25 per kepala. Sesuai budget kami. Mendapat kunci bilik kami segera meletakkan barang dan keluar. Kami berjalan menyusuri bazar yang kelihatannya baru siap dibina. Suasana disepanjang bazar sangat jauh berbeza dengan bazar-bazar yang pernah penulis kunjungi di sekitar Mesir. Khan Khalili atau bazar di Luxor atau yang lainnya biasanya dipenuhi dengan penjual-penjual yang terlebih ramah dan teramat suka mendesak pengunjung untuk mendengar celoteh mereka yang membuatkan pengunjung rimas dan seakan kehilangan hak-hak pengunjung dan hak-hak pembeli. Bazar Aswan dipenuhi dengan mereka yang lebih relax dalam berniaga. Mereka menawarkan barangan mereka dengan sopan dan tenang, tidak memaksa. Hal yang lain yang menarik di Aswan adalah penduduk Aswan akan menyapa kita dengan “Malaysia!”. Tidak ramai dari orang Mesir yang dapat membezakan antara orang Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea dan negara-negara Asia lainnya. Sepanjang di Luxor kami ditansibkan ke pelbagai negara bahkan yang menggelikan hati kami pernah dikatakan sebagai orang Bangladesh dan Pakistan! Jika Jepun, Korea dan Cina itu sudah tidak asing bagi kami.

Kami tidak sempat berjemaah maghrib kerana sibuk mencari  penginapan, maka, ketika azan isya berkumandang penulis segera mencari masjid. Ketika itu kami ditengah-tengah bazar. Penulis ingin memaksa diri untuk solat di masjid kerana melihat keadaan bilik yang sangat sempit. Kami bergegas menuju sebuah masjid di tingkat dua sebuah bangunan di tengah-tengah bazar. Masjid yang kecil namun hidup. Setelah mengerakan solat sunat penulis melihat seseorang yang baru memasuki masjid lalu dia ditegur oleh seorang pakcik agar tidak mengerjakan solat sunat kerana hadirnya dia sudah lambat. Lelaki tadi malah tidak mengendahkan dan berkata yang dia hanya mengambil sedikit masa untuk solat sunat. Pak cik tadi kemudian berpaling kepada bilal yang juga imam memberi isyarat untuk segera meng-iqamati solat. Bilal itu malah memberi isyarat untuk sabar dan tunggu sejenak.

Penulis tersenyum melihat kejadian itu. Itu adalah tanda bahawa masjid tersebut hidup. Keadaan perselisihan kecil seperti yang penulis ceritakan diatas adalah biasa di Mesir. Semua jemaah peka terhadap keadaan. Kepekaan, kesungguhan dan istiqamah mereka itulah yang membuatkan masjid itu menjadi sedemikian rupa. Biar pun kecil ruangnya, kumuh keadaannya, kotor bilik airnya, tapi hidup ruhnya. Masjid yang terlalu tenang yang tidak menghubungkan antara jemaah adalah masjid yang dinilai tidak hidup. Interaksi sesama jemaah adalah hal yang penting dalam sebuah komuniti kerana masjid adalah jantung bagi umat Islam.

Usai solat kami terus menyusuri  bazar yang panjang itu. Di hujung bazar kami ternyata sudah berada di depan Stesen Kereta Api Aswan. Penulis segera menuju ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket menuju ke Kaherah untuk keesokkan harinya. Malangnya sistem komputer mengalami masalah dan berhenti berfungsi. Lebih satu jam kami menunggu. Penulis yang kelelahan hanya diam dan sabar menunggu. Datang Sifu Anasxz berbicara kepada penulis dengan bahasa arab ammi. Penulis kemudian membalas dengan ammi juga. “Masr keda!” ucap Sifu Anasxz sebelum pergi meninggalkan tempat penulis beratur. Kesemua yang memenuhi kaunter tiket itu melihat dengan tatapan yang kosong. Mereka terkejut mendengar kami berbahasa arab ammi. Walau bukan dengan intonasi dan lahjah Aswan, namun mereka sangat tidak menyangka kemampuan kami berbahasa yang sedemikian rupa. Jika di Kaherah memang tidak terlalu mengejutkan kerana pelajar luar ribuan yang mampu berbahasa arab ammi. Di Aswan ia suatu yang langka. Keadaan mereka yang tadinya diam sahaja menjadi riuh. Mereka mula menemuramah penulis. Yah dilayan saja!

Setelah perjuangan yang melelahkan tiket menuju ke Kaherah berjaya kami dapatkan. Harganya ternyata sangat mahal. LE 110 per kepala. Kami meneruskan jalan-jalan kami malam itu.

Keesokkan pagi penulis tidak sempat berjemaah di masjid. Bangun lambat. Usai solat berjemaah di bilik yang super sempit itu, penulis keluar untuk jalan-jalan pagi. Penulis berjalan menyusuri lorong-lorong kecil sehinggalah sampai di atas bukit yang dapat memperlihatkan kepada penulis kota Aswan. Indah sekali.

Penulis kembali ke hotel sekitar jam lapan pagi bersama sarapan.

Kami tidak ada destinasi yang benar-benar ingin kami tuju. Penulis kemudian bercadang untuk pergi ke Jazirah Nabatat. Malangnya pemandu boat itu meminta 10LE per kepala. Entah mengapa kami takut tertipu dan enggan menaikinya. Kami meninggalkan dermaga dan kembali ke jalan besar. Kami kemudian mengambil van menuju ke High Dam. Empangan yang menjana letrik. Ia didirikan pada zaman Naser. Tasik yang tercipta disebabkan empangan itu dinamakan Lake Naser. Ia adalah tasik buatan terbesar di dunia. 100 km persegi. Disebabkan tasik itu, cuaca turun berubah. Hujan mulai turun dan pelbagai lagi kesan positif yang terjadi. Penulis tidak sempat membaca kesemuanya.

Kerana kami mengambil pengangkutan awam, maka kami menghadapi masalah pengangkutan untuk masuk dan pulang. Van yang kami naikki hanya menghantar kami ke salah satu hujung empangan tersebut. Untuk menuju berjalan di sepanjang empangan kami perlu menaiki kenderaan. Untuk melintasi empangan tersebut kita bahkan dipaksa untuk bayar. Sekepala LE 25. Wah sangat-sangat membunuh! Penulis kemudian berusaha untuk slowtalk dengan petugas yang berseragam askar. Tiga dari mereka menyandang machinegun. Penulis tidak kenal pasti jenis apa. Seorang lagi memegang walkitalki dengan ariel yang hampir semeter. Panjang sekali. Setelah menjelaskan latarbelakang kami sebagai pelajar di Kaherah, petugas yang berada di dalam ruangan kecil beraircond menghubungi bosnya. Bosnya setuju memberi kami masuk dengan hanya membayar 2 LE iaitu kadar yang sama bagi warga Mesir. Kami kemudian menahan taksi yang bersedia membawa kami bersama sepasang suami isteri warga Mesir. Setelah dibawa ketengah-tengah empangan dan kemudian dibawa ke tugu peringatan, kami kembali ke pintu masuk empangan tadi. Taksi itu menawarkan untuk menghantar kami ke kota Aswan. Tentulah penulis dan teman-teman menolak kerana yakin pemandu tersebut akan mengapak kami. Kami turun dengan tenang.

Sangkaan kami ternyata meleset. Kami kira banyak pengangkutan yang boleh kami naik. Kami lupa bahawa kami sedang berada di Aswan yang hanya maju sedikit dari Sudan. Lama kami menunggu tidak ada pengangkutan yang lalu. Matahari semakin panas. Untung angin yang berhembus memahami keperluan kami kepada bantuannya. Kami akhirnya memutuskan untuk berjalan.

Kami berjalan lumayan jauh. Singgah sebentar di masjid kecil untuk solat dan berehat lalu kemudian terus berjalan ke tempat yang menurut penduduk tempatan dapat menghantarkan kami ke Aswan. Tiba di tempat itu kami melihat beberapa orang yang sedang menunggu seperti kami. Lega! Itu tandanya tempat ini memang tempat tunggu kenderaan. Setelah sabar menanti akhirnya van itu tiba juga.

Kami kemudian menuju ke Sungai nil untuk menaiki boat menuju ke Pulau Gajah. Ada sebuah masjid dan jamiyyah di pintu masuk Pulau Gajah itu. Penduduk di situ memanggil pulau itu Elephian Island. Tiba di masjid itu teman-teman segera masuk dan berehat. Penulis tidak kalah letih. Bahkan penulis lebih banyak berjalan ketika mereka berehat setelah subuh tadi. Namun, penulis tidak mahu melepaskan peluang menikmati suasana Aswan. Penulis memutuskan untuk keluar dari masjid dan bersantai di tepi dinding masjid menikmat pemandangan sungai nil. 

Ahmad Ramadhan seorang pemilik kapal datang menegur. Dia duduk disebelahku dan kami berkenalan. Setelah memperkenalkan diri dan berbincang itu dan ini, Ahmad Ramadhan mengajakku untuk pergi ke tempat lepak pemilik-pemilik kapal. Penulis dapat bertanya macam-macam hal kepada mereka. Dia membuatkan teh untuk penulis. Penulis kemudian tahu yang Ahmad Ramadhan sudah pun berumur 37 tahun. Sungguh diluar jangkaan penulis. Penulis kira dia masih sebaya dengan penulis. Dia menceritakan tentang dirinya yang belum berkahwin dan sukunya Nubian. Mereka ternyata suku Nubian yang banyak menduduki sebahagian perkampungan Aswan dan Sudan. Kelihatannya mereka masih primitif. Primitif dalam erti yang bukan negetif. Mereka masih lagi menggunakan sistem qabilah. Adat mereka masih kuat dan mereka adalah orang yang iltizam kepada agama.

Panjang lebar kami berbincang. Banyak maklumat yang aku tahu dari mereka. Terutama berkaitan kehidupan mereka sebagai orang sungai. Ketika penulis rancak bersembang bersama Ahmad Ramadhan dan temannya Aiman. Ternyata ada sebahagian dari mereka masak. Sebahagian lagi sibuk membersihkan dua buah kapal yang baru berlayar selama 3 hari dua malam. Menjelang senja, mereka kemudian makan bersama-sama dan kami dijemput untuk menikmati hidangan mereka. Sangat sederhana.

Penulis hampir ketawa ketika secara tidak sengaja mendengar perbualan Ahmad Ramadhan dengan seorang yang agak tua dari mereka. Ahmad Ramadhan bingung bagaimana meletakkan ayam goreng yang sedikit itu. Lalu pak cik tua itu mengambil ayam tersebut lalu mencubitnya dan membahagikan cubitan ayam itu kepada kami. Terharu penulis mendengar itu. Susah digambarkan suasana dan perasaan yang kami alami ketika itu. Semuanya bermula dengan satu alasan iaitu tauhid. Manis sungguh ikatan ini!

Ahmad Ramadhan berpamitan dengan kami beberapa menit sebelum azan maghrib berkumandang. Setengah dari mereka meninggalkan pangkalan mereka itu sebelum maghrib. Usai maghrib setengah lagi bersama-sama kami meninggalkan Pulau Gajah itu. 

Kereta api kami akan bergerak jam 8.45. Seawal 8 malam kami telah tiba di Stesen Kereta Api. Khawatir mengulang kesalahan yang sama. Kami membeli bekal makanan. Penulis sempat membeli ikan masin dan selipar sebagai buah tangan dari Aswan.

Kereta api bergerak agak lambat. Sekitar jam sembilan, kereta api baru bergerak meninggalkan Aswan dengan pelbagai kenangan.

 

Published by taqeyyabella

3 Responses to “Winter 2009 (bahagian 4)”

  1. suatu Says:

    itu lah tauhid…aroma nya tidak skuat dulu…nak dapatkan mkn dlm talam sambil berulam kan rasa tauhid pon da jarang, sjarang ulaman tempatan dalam masakan western…teringat dulu apabila bertemu org soleh, bukan hanya tuala dan kain di bri pinjam, malah berus gigi nya sndiri di tawarkan..bila di tafsir dgn istilah hygine, pnyakit dll psti timbul gli..tapi apabila yang memberi itu seikhlas hati, ia mnyentuh d hati, di bri kita spt robot mnrima dgn rasa insaf, bliau tahu agung nya jika saudaranya dpt solat dgn mulut yg harum, bliau mahu sama2 d maqam yang tinggi, bliau mnyayangi akh nya walau perknlan hny br 5 minit..hebatnya iman…hebat nya tauhid..jika di logik kan, apalah sangat spotong kalimah LA ILAAHA ILLALLAH .. bagi yg d campak hidayah oleh empunya hidayah psti mrasakan bza nya 7 ptala langit walaupn d mata kasar prbezaan itu hanya setebal shelai kertas A4… ‘ rabbana la tuzigh qulubana ba!da idz hadaitana ‘ agung sungguh kalimah tauhid, dasyat benar kalimah toyyibah… kehebatan dan kedasyatan itu tidak bererti jika tidak sampai di hati hati yang salim dan muniiib .. ma sya Allah…Kau cipta kan kehebatan, Kau pilih di kalangan hamba mu yang hina untuk menikmati khebatan Mu..tp hamba mu msh zolim… La ilaaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zolimin’

  2. naome Says:

    Assalamualaikum,

    saya bercadang untuk melawat ke Mesir selama 12 hari.
    Boleh cadang tempat menarik?

  3. taqeyyabella Says:

    Waalaikumussalam..

    12 hari adalah tempoh yang panjang. Saudara/i boleh menziarahi banyak tempat.

    Mesir adalah destinasi pelancongan utama yang menjadi sasaran warga eropa dan barat kerana kebanyakan mereka menyukai adventure yang ada di padang pasir. Mesir terkenal dengan 7 oasis besar. Mesir juga terkenal dengan Sand Desert (Siwa), Black Desert (Bahriya) dan White Desert (Farafra). Pelancong asing banyak menggunakan khidmat travel guide untuk safari dan bermalam di tengah padang pasir. Namun, menurut pengamatan saya, pelancong dari negara kita Malaysia tidak meminati destinasi sebegini. Mungkin juga kerana kosnya yang agak tinggi.

    Sasaran lain selain keindahan alam semula jadi padang pasir yang jauh berbeza dengan daerah tropis seperti negara kita, Mesir juga terkenal dengan sejarah kunonya. Sejarah empayar Firaun. Destinasi yang menyimpan banyak sejarah firaun ada di Luxor dan Aswan.

    Sasaran lain yang tak kalah menarik adalah laut merah dan laut mediteranian. Laut merah kaya dengan khazanah underwaternya. Dive di sana adalah satu yang tidak boleh ditinggalkan. Destinasi laut merah ada di Sharam syeikh dan Dahab. Sedang mediteranian di Alex dan Matruh.

    Kaherah pula adalah destinasi wajib kerana kebanyakan flight antarabangsa mendarat di kaherah. Kaherah sendiri kaya dengan peninggalan sejarah Islam dan Firaun.

    Selamat Bercuti.. Semoga perjalanan anda mendapat banyak pengajaran dan hikmah..

Leave a Comment

Share