Winter 2009 (bahagian 2)

Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized

Kereta api menuju Luxor adalah kereta api yang menarik. Harga per tiketnya 110 LE. Kami berempat menduduki satu bilik yang di dalamnya terdapat 6 buah kerusi. Setiap gerabak ada beberapa bilik. Ketika membeli tiket tersebut penjualnya memberi tahu bahawa kereta api akan penuh. Namun, penumpang mungkin akan naik dari stesen yang berbeza. Oleh kerana itu Sifu Anasxz bersedia untuk tidak tidur demi mengelak sebarang yang tidak diingini berlaku. Setelah lama berjalan ternyata tidak pun ada yang datang memenuhi ruang kosong dibilik kami. Setelah penulis melirik bilik-bilik lain ternyata dibilik lain bahkan kosong. Tidak sedikit yang  baring melintangi ketiga-tiga kerusi di dalam bilik. Bahkan ada pula yang baring di lantai kereta api yang sememangnya berkarpet itu. Usai solat subuh, terdengar kekecohan. Seorang pelancong berkulit kuning cerah (walaupun wajahnya telah berubah menjadi merah) bertengkar dengan beberapa orang Arab yang kemudiannya penulis tahu bahwa mereka adalah security kereta api. Pelancong yang ternyata mahir berbahasa arab itu telah kehilangan sebuah beg galas yang di dalamnya tersimpan pasport dan wang. Sifu Anasxz menceritakan bahawa di tengah-tengah malam dan di awal pagi ada saja orang arab yang menjenguk-jenguk ke bilik kami. Untungnya dia berjaga.

Setelah subuh kami penulis membaca Al-Quran sebentar sambil menikmati pemandangan indah pagi itu. Sekita jam lapan pagi kami berempat tiba di Luxor. Kami diserang oleh beberapa orang Arab yang ingin menawarkan khidmat mereka menjadi tourist guide. Serabut kami dibuatnya. Kalau sekadar menawarkan tidak mengapa, tapi mereka hampir memaksa. Kami tidak sempat merelakan diri untuk mendengar tawaran yang ditawarkan. Namun, kami enggan menerimanya dan bergegas mencari tempat mengisi perut.

Setelah menikmati 2 sandwich kami menuju ke arah Luxor Temple dengan bantuan pemilik kedai makan tadi. Luxor temple berada di tengah-tengah bandar Luxor. Dari arah stesen kereta api kami hanya dapat melihat Luxor Temple yang terdiri dari beberapa tiang-tiang tinggi dan binaan yang sudah setengah hancur. Kami berjalan melewati Luxor Temple dan kemudian terlihatlah oleh kami apa yang terlindung oleh temple tadi. Ia adalah Nil. Barulah kami tahu bahawa Luxor temple itu benar-benar bersebelahan dengan Nil. Pesisiran Nil sangat cantik dan bersih. Tidak diracuni bau pesing seperti di pesisiran Nil di dekat Tahrir atau Ma’adi di Kaherah. Apa yang membuatkan ia lebih cantik adalah hiasan kapal-kapal besar, kapal-kapal layar dan motorboat. Semuanya tersusun dengan rapi sepanjang pesisir Sungai Nil.

Kami sepakat untuk terus berjalan walaupun pada mulanya Bro. Syakir agak keberatan dan ingin mencari hotel terlebih dahulu kerana enggan meletihkan diri membawa beg yang berisikan laptop dan sebagainya. Namun, waktu pagi adalah waktu yang tidak tepat untuk check in ke hotel. Akhirnya kita berempat terus saja berjalan dari Luxor Temple menuju ke Karnak temple. Dari pesisir Sungai Nil kami dapat melihat Barrul Gharbi atau West Bank. Karnak Temple berbeza dengan Luxor Temple. Ia terselindung dan tidak dapat di lihat dari luar. Bahkan jauh dipintu masuk, kami disambut dengan puluhan bas yang memenuhi ruangan sehingga kami tidak dapat melihat apa-apa melainkan bas. Ribuan orang hadir ketika itu.

Setelah mendapatkan tiket dengan harga pelajar yang masih sangat mahal bagi kami, kami segera memasuki Karnak Temple yang telah dipenuhi ribuan manusia itu. Kami disambut oleh patung-patung kambing dipintu masuk. Karnak Temple telah diperbaharui dan diperbesar berkali-kali oleh beberapa orang Firaun. Di dalamnya terdapat banyak ruang-ruang, tiang-tiang, patung-patung juga terdapat sacred lake. Kawasannya luas sekali. Cuacanya baik. Penulis hanya mengenakan T-Shirt padalah masih di dalam musim sejuk.

Karnak Temple menghantar penulis kepada penjelajahan minda yang panjang. Persoalan demi persoalan memenuhi ruang minda. 

Firaun telah tiada, namun, peninggalannya masih dipuja. Binasanya tidak pula menjadi pengajaran bermakna.

Kini Firaun masih ada namun dengan gaya dan pendekatan yang berbeza. Jika dahulu Firaun menindas jutaan rakyat jelata demi untuk membina Pyramid dan temple-temple, hari ini Firaun-nya tidak jauh berbeza. Entah itu Firaun Mesir yang membiarkan si musuh Israel memperkosa adiknya sendiri si Palestin, atau Firaun Malaysia yang kononnya memperjuang Melayu padahal malah menjual Melayu dengan usaha baratisasi bahasa, pemikiran dan gaya hidup. Tentunya yang saat ini gahnya paling tinggi adalah Firaun Amerika yang dengan kurang ajarnya membuat huru-hara di mana-mana kononnya demi keamanan dan keselamatan bersama. Terorist yang berteriak terorist kepada di lemah tak upaya!

Lebih menyedihkan lagi, penulis tiba-tiba melihat Firaun kecil di dalam diri dan di dalam masyarakat. Apa bezanya diri kita dengan Firaun jika angkuh menjadi sifat yang dibangga. Tidak mampu menindas orang lain, diri sendiri ditindas dengan memperhamba hawa nafsu dan harta. Jiwa diperlekehkan sehingga hilang harga. Akal apatah lagi jauh, di hujung sana lagi telah ditinggalkan dari jasad yang ada!

Firaun percaya dengan Amun mereka dan membina temple yang sedemikian gahnya. Malangnya apa yang mereka percaya adalah batil dan salah. Namun, kesannya mereka berjaya menciptakan temple yang perkasa. Ini jelas menunjukkan potensi dan kehebatan manusia. Jika berasaskan kebatilan sahaja Firaun mampu berkarya sedemikan rupa maka seharusnya mereka yang mempunyai asas yang haq harus lebih lagi berjaya. Karya mereka yang berasaskan haq layaknya lebih bermakna dan berprestij. Persoalannya mengapa kita yang meyakini asas kita yang haq tidak mencapai kejayaan bermakna padahal potensi yang kita miliki tidak jauh berbeza?

Penulis meninggalkan temple tersebut dengan keresahan hati. Percaya kepada Allah SWT yang hak tapi sejauh mana implikasinya terhadap kehidupan benar-benar memberi kesan?  Muhasabah..

Dari Karnak kami menuju ke arah utara mencari masjid untuk solat dan berehat. Kami kemudan menuju ke tengah kota untuk mengisi perut yang sudah pun berkeroncong dan kemudian mencari tempat tinggal. Penulis agak terkejut dengan jumlah gereja dan sekolah-sekolah kristien yang ada di sana. Walaupun setelah bertanya kepada penduduk tempatan, mereka mengakui bahawa jumlah penganut kristein sangatlah sedikit. Seperti penjelajahan-penjelajahan sebelum ini, penulis gemar menanyakan hal ini kepada penduduk tempatan. Menurut penulis, umat Islam di negara-negara yang bermajoritikan rakyat Islam sangat meremehkan usaha Kristenisasi yang berlaku negara mereka. 

Penulis tidaklah begitu merisaukan masalah Kristenisasi akan tetapi penulis melihat bahawa golongan Kristien gigih menjalankan usaha mereka. Jika sama-sama kita perhatikan keadaan umat Islam di suatu daerah, kita pasti akan menemukan umat Islam yang melarat dan hidup dalam keadaan menyedihkan. Makan minum pun tidak tentu arah apatah lagi kehidupan. Syukurlah kalau agama mereka kuat. Mereka akan menikmati hidup apa adanya. Namun, tahukah kita seberapa banyak dari masyarakat kita yang rela hadir setiap ahad ke gereja demi mendapatkan bantuan makanan?

Hal ini pernah diungkapkan satu majalah tarekat sufi di Mesir. Kristien tidak mempunyai modal secara ilmiah yang dapat memuaskan akal. Tapi bagi mereka yang mengikut hawa nafsu, kristien sangat memudahkan. Dosa diampunkan dengan harta. Gereja menjadi kaya. Kekayaan dijadikan modal menarik lebih banyak orang memeluk kristien.

Benar asas kekayaan itu lemah dan tidak kuat, tapi kuatkah umat Islam dengan akidah dan ekonomi untuk menghadapi cabaran kehidupan yang semakin gila dengan wang ringgit?

Waktu begitu cepat berlalu. Hari sudah pun mendekati senja. Kami ingin menikmati suasana berlayar dengan kapal. Malangnya kami tidak menemukan pemilik kapal layar yang menawarkan khidmat mereka. Lebih malang lagi kami kemudian terjebak dan tertipu dengan kemahiran putar belit seorang pemilik motorboat yang berjaya menculik kami dengan boatnya menuju ke pulau pisang. Pulau tersebut dinamakan pulau pisang kerana pemiliknya menanam pisang. Pisang bukanlah pohon yang unik bagi kita orang asia. Maka pulau pisang itu tidak lain umpama sarang penjahat yang ingin mengkapak dahan kami yang penuh dengan daun-daun wang. Setelah solat disurau kecil di situ kami meninggalkan pulau pisang dengan kekesalan memuncak kerana wang kami dipalak!

Setelah sekali lagi tiba di pesisiran Nil berdekatan Luxor temple, kami kemudian sepakat menuju ke arah selatan. Singgah ke kedai buku dan atm machine. Dalam perjalanan menuju ke kedai makan penulis sempat melihat kekecohan di kedai kopi. Setelah mendekat tahulah penulis bahawa Kawasan Masjid Saidina Hussin di Kaherah telah diletupkan sebuah bom. Mangsanya seorang perancis dan belasan lain cedera.

Kami akhirnya tiba di Hotel Venus setelah menjamu selera. Badan yang begitu lelah tidak mampu lagi bertahan. Penulis akhirnya hanyut dalam perjalanan diam.

 

 

Published by taqeyyabella

2 Responses to “Winter 2009 (bahagian 2)”

  1. Abqori Says:

    <!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:536871559 0 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>  <!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Verdana; panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:536871559 0 0 0 415 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>

    /* Style Definitions */
    table.MsoNormalTable
    {mso-style-name:”Table Normal”;
    mso-tstyle-rowband-size:0;
    mso-tstyle-colband-size:0;
    mso-style-noshow:yes;
    mso-style-priority:99;
    mso-style-qformat:yes;
    mso-style-parent:”";
    mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
    mso-para-margin-top:0in;
    mso-para-margin-right:0in;
    mso-para-margin-bottom:10.0pt;
    mso-para-margin-left:0in;
    mso-pagination:widow-orphan;
    font-size:11.0pt;
    font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
    mso-ascii-font-family:Calibri;
    mso-ascii-theme-font:minor-latin;
    mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
    mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
    mso-hansi-font-family:Calibri;
    mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

    West Bank? Bukan West Bank di Israel itu kan?
    Entri ini akan lebih mengesankan jika ada gambar-gambar yang bersangkut-pautan.
    “Maka pulau pisang itu tidak lain umpama sarang penjahat yang ingin mengkapak dahan kami yang penuh dengan daun-daun wang.”
    Ayat di atas itu adalah yang paling power selama saya berblog. Haha.
    Berjalan melihat kesan-kesan umat-umat terdahulu dengan niat untuk mengambil pengajaran. Teringat Abqori akan beberapa ayat di dalam Surah Luqman.

  2. anasxz Says:

    Shahid, ana rasa perjalanan kali ni paling menarik sebab setiap masa diisi dengan agenda, walaupun hanya relax, santai dan meronda-ronda tetapi itulah sebenarnya aktiviti jalan-jalan.

    yang paling penting berjalan kaki, bukan menaiki kenderaan. hari siang dan awal malam digunakan  untuk menikmati perjalanan. malamnya untuk rehat.

    dalam kes kena kapak masa naik motorboat tu pun kita terkena. ingat kot dah murah LE20 sekepala tu, rupanya ada lagi murah sbb kita naik fallukah tu LE5 ja sekepala. silap ana gak tu mengiyakan cakap paklong kapak pulau pisang tu.

    pastu time makan yg kena LE95 tu pun silap ana gak tu, tak bincang.. isitifadah dari tu kena bincang dulu… huhu… kesilapan yg berbayar.. :D

    Harga tiket pi LE 80. balik baru LE110. Untuk yg nak pi Luxor, elok booking ticket jam 10 malam, sbb ketapi tu jenis berbilik2 atau cari yg jenis nefertini (lebih kurang).

    Tentatif untuk hari2 perjalanan kita tu elok gak dibuat untuk program trip lepas ni..

Leave a Comment

Share