Winter 2009 (bahagian 1)
Posted on March 1st, 2009 in Uncategorized
Winter 2009 mencatatkan pengalaman baru yang tidak kalah menariknya dengan pengalaman tahun-tahun lepas. Kali ini destinasi pilihan adalah selatan Mesir. Destinasi yang dipilih kali ini adalah yang terhujung dan yang paling hampir dengan sudan. Iaitu Aswan dan Luxor.
Penjelajahan tahun ini disertai oleh 4 orang. Penulis, adik penulis – Abdul Salaam, Sifu Anasxz, dan Bro. Syakir.
Tiket kereta api menuju ke Luxor telah berjaya dibeli pada petang jumaat, 20 Februari 2009. Pada mulanya seorang lagi sahabat karib penulis ingin ikut serta, malangnya kekosongan yang masih ada hanya 4 kerusi terakhir. Kerana gagal mendapatkan tiket maka sahabat karib penulis itu terpaksa merelakan kami berempat pergi tanpanya.
Pada petang 21 Februari 2009 kami semua sudah mula membuat persiapan. Usai solat isya berjemaah di masjid penulis mula menyiapkan segala perlengkapan yang perlu dibawa. Sibuk dengan itu dan ini penulis tidak perasaan waktu yang begitu cepat meninggalkan kami. Ketika penulis sedar ternyata jam sudah pun menunjukkan pukul 8.00 malam. Barang belum selesai disiapkan. “Ah, hari tu perjalanan dari sini ke Stesen Kereta Api Ramsis hanya mengambil masa 30 menit!” Seru hati kecil penulis. Memang kali terakhir penulis menuju Ramsis hanya mengambil masa yang demikian singkat.
Pada jam 8.30 malam Sifu Anasxz membuat panggilan telepon kepada penulis. Dia menyatakan yang dia telah tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas di kawasan Ahmad Said. Dia menyatakan demikian kerana pada mulanya kami sepakat untuk bertemu di Ramsis seawal jam 9.00 lagi. Penulis segera mengajak semua untuk memulakan perjalanan. Kira-kira jam 8.45 kami sudah pun berada di tepi jalan menunggu pengangkutan awam menuju ke Ramsis.
Satu per satu kenderaan awam meninggalkan kami. Tidak ada yang mahu menuju Ramsis. Hinggalah akhirnya sebuah bas kecil berwarna hijau berhenti untuk mengangkut kami bertiga. Luar jangkaan kami, kesesakkan malam itu agak menakutkan. Penulis mula cemas. Setelah tubuh penulis selesa di tempat duduk hati dan minda penulis malah berubah menjadi sangat gelisah. Jam telah menunjukkan pukul 9.15. Jalan sesak, bas yang dipilih menggunakan route perjalanan yang jauh. “Elok kita turun naik taksi atau yakin akan tiba tepat masa?” persoalan yang menghantui minda penulis saat itu.
Tiba-tiba telepon berdering, Sifu Anasxz memaklumkan ketibaannya di Ramsis. Penulis segera menyatakan platfom dan meminta dia menunggu kerana kami masih dalam perjalanan.
Bas yang kami naiki telah pun melintasi kawasan Seksyen 8 dan membelok di depan kampus Putri Universiti Azhar. Kawasan sesak telah pun ditinggalkan. Bas bergerak laju melintasi Menumen Sadat. Hati penulis kembali tenang kerana kelajuan bas yang tinggi. Tiba di Nadi Sikkah bas tersebut menyusuri laluan pintas (flyover) demi menghindari kesesakkan di Nadi Sikkah.
Sebaik bas yang kami naiki meniggalkan Nadi Sikkah, hati penulis mula gelisah. Kawasan Abbasiah seakan-akan tidak menyukai kehadiran kami. Jalannya disempitkan dan laluannya dihalang-halang. Sesak! Untungnya masih bergerak dan tidak berhenti. Penulis tidak henti melafazkan doa memohon kemudahan oleh Allah SWT. Bas sekali lagi melalui laluan pintas (flyover) yang menerbangkan kami tanpa melalui kesesakkan yang gila ditengah-tengah Abbasiah. Ketika berada di atas jambatan itu Sifu Anasxz sekali lagi membuat panggilan. Dia turun gelisah menanti, jam sudah pun menunjukkan pukul 9.40 sedangkan perjalanan menuju Ramsis itu semamangnya sesak (kerana dia sudah pun melaluinya). Allah SWT yang begitu besar rahmatnya memberi idea kepada Sifu Anasxz untuk menyarankan kami mengambil Metro. Tiba di Damardash kami segera turun bas dan berebut mendapatkan tiket. Abdul Salaam dan Syakir masih kelihatan tenang kerana memang mereka bukan orang Mesir dan mereka tidak dapat membayangkan jarak rumah dan Ramsis. Penulis tidak berani lagi melirik jam. Biarlah semua yang telah ditetapkan terjadi. Penyerahan diri yang mutlak kepada ketentuan Allah SWT.
Metro tiba tidak lama setelah kami menunggu. Hanya satu stesen antara Damardash dan Ramsis iaitu Ghamrah. Hati tidak henti berzikir.
Tiba di Stesen Metro Ramsis penulis segera bergegas menyusuri terowong bawah tanah yang bercabang-cabang menuju Stesen Kereta Api Ramsis. Keluar dari terowang dan melangkah ke pintu gerbang Stesen Ramsis terlihat Sifu Anasxz yang sedang menunggu. Jam ketika itu tepat pukul 9.55. “Ya Allah ana dah pasrah dah tadi..” ucapan yang mampu terucap. Segera kami berempat berlari menuju platfom. Kereta Api telah pun bersedia untuk bergerak. Kami bingung mencari gerabak. “Wah, panjang juga kereta api ini!” desis hatiku. Penulis kalut bertanya kepada pegawai yang bertugas. Dia pun segera menunjukkan gerabak dibantu dengan seorang lagi betugas yang menggunakan seragam berbeza. Akhirnya kami tiba di tempat duduk kami. Petugas tadi tidak segera pergi kerana mengharapkan tips dari kami. Penulis meminta sesiapa yang memiliki small change lalu menyerahkan kepada petugas itu. Petugas itu tidak puas hati kerana wang yang diterima sangat kecil. Dia masih menunggu. “Wei cepat dah nak jalan!” teriak teman petugas yang satunya. Mereka akhirnya berlari keluar kereta tanpa menghiraukan lagi wang sedikit yang mereka terima. Tepat jam 10.00 malam kereta api menuju Luxor itu bergerak. Tak terkata perasaan syukur yang timbul dalam hati penulis. Allah SWT sahajalah yang tahu betapa lemahnya kami ketika itu. Tanpa tawfiq dariNya sudah tentu kereta api itu pergi tanpa kami di dalamnya. Gila sungguh ketegangan malam itu. Memang umpama filem.
Bersambung..



March 2nd, 2009 at 12:36 am
salam ‘alaikum
and next???
kem salam kat salam.. jangan lupa pesan ana.. thankx
March 2nd, 2009 at 3:30 am
<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin-top:0in;
mso-para-margin-right:0in;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;}
Bahkan lebih dari filem! Abqori yang membacanya pun boleh terasa kekalutan dan kerungsingan yang dihadapi, sebab Abqori pun pernah melalui hal yang hampir sama. Bahkan lebih dahsyat. Hampir-hampir terlepas kapal terbang waktu mahu pulang semula ke Mesir tempohari. Boleh pula tersalah flatform. Habis lejut jubah yang dipakai, terkejar-kejaran. Kalaulah bukan kerana Rahmat Tuhan agaknya Abqori masih lagi di Malaysia sekarang. Jadinya cerita Abqori pun macam dalam filem lah juga ya!
)
March 6th, 2009 at 3:28 am
salam shahid,
erm… tq tq sbb ada coverage.. 1 Mac dah tulis, ana baru terdetik idea nak tulis. tengok2 kat feed dah 3 enteri about out trip.. hhuhu..
Allah taala mmg sangat2 nak bagi kita pi jugak malam tu,
walaupun 5 minit lagi ketapi nak jalan, ana pun tersedar yg platform kita malam tu nombor 8, dan dengan idea untuk bertanya kepada tukang jaga pintu ketapi tu kita sempat untuk naik ketapi, kalau tidak, untuk ke pintu selepas itu belum tentu kita dapat naik, sebab lepas kita 4 naik ketapi terus jalan.. huhu…
biasa2.. pengalaman semua tu.. yg elok jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan..
March 7th, 2009 at 7:59 am
Btl3..blh buat movie..RUSH HOUR II..
sy pun berpeluh baca..huhu berkat zikrullah yg infinity..