Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kenikmatan yang tidak terhingga dimana kali ini saya masih lagi diberi peluang untuk terus melaksanakan rutinitas harian sebagai seorang muslim walau penuh dengan kekurangan di sana sini. Selawat serta salam tak terlupakan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW yang jelas nyata baktinya ke atas kita semua.
Ramai yang mengirimkan pesanan melalui YM yang menanyakan tentang blog ini. Ia disebabkan ketergendalaan yang terjadi ke atas blog ini. Ceritanya, naemy dot net sudah pun ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana tempoh tamat perkhidmatannya telah hampir tiba. Ada juga terfikir untuk berpindah ke taqeyyabella dot com dan ada juga terfikir untuk menguburkan saja kegiatan di alam maya ini. Namun sifu saya, anasxz ternyata masih semangat untuk ‘menyambung usia’ naemy dot net. Bahkan dia terus menyerahkan bayaran RM 30 kepadaku. ‘Nyawa’ naemy dot net berharga RM 60 setahun. Jadi bahagian kedua adalah tanggunganku. Aku segera menuju laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ketika di laman web tersebut aku mendapati tawaran bagi memiliki domain dan hosting seharga RM 60 setahun itu tidak lagi ada. Tawaran yang dahulu kami pilih itu kini telah naik harga kepada RM 100. Untungnya naemy dot net masih tertakluk kepada perjanjian awal maka penyambungan ‘nyawa’nya masih seharga seperti transaksi pertama kami. Aku menggunakan kad kredit untuk membayar menggunakan perkhidmatan worldpay. Selesai urusan tersebut aku dengan ilmu yang cetek ini pergi ke cpanel naemy dot net dan membuka Fantastisco. Dengan tanpa rasa berdosa aku mengupdate wordpress yang aku guna ke versi terkini. Aku tahu seharusnya aku membuat backup terlebih dahulu. Apa yang sepatutnya terjadi malah menjadi sesuatu yang lain. Terjadi kekacauan dan kecelaruan (mungkinlah kot) dalam wordpress yang menyebabkan taqeyyabella dot naemy dot net tergendala. Ia tidak dapat dibuka sama sekali. Sangat mengejutkan! Walau aku masih berlagak seperti orang yang tak berdosa. Hehe.. Aku langsung tidak tahu apa yang harus aku buat bagi memperbaiki kerosakkan yang terjadi. Sambil melemparkan senyum yang paling lebar aku meminta bantuan sifuku anasxz.
Aku tidak tahu apa yang dilakukan oleh sifu sehingga blog ini ‘hidup’ kembali. Terima kasih kerana meluangkan masa sibuk anda bagi ‘merawat penyakit’ taqeyyabella dot naemy dot net. Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Pagi ini taqeyyabella dot naemy dot net sudah pun mampu beroperasi dengan maksimal. Aku kemudian tertarik dengan Amazing Grace yang dapat menukar-nukar secara ‘random’ gambar di bahagian atas setiap kali kita memasuki laman yang menggunakan khidmatnya. Sebenarnya bukan perihal gambar itu yang menarik perhatianku tetapi yang membuatkan aku memilih Amazing Grace adalah instruksi yang mudah aku fahami. Berpandukan instruksi itu dan bantuan laman manual wordpress aku menemui penyelesaian masalah yang sekian lama aku hadapi. Masalah itu adalah yang berkait dengan theme editor dan permission. Ternyata masalah itu ada jalan penyelesaian yang mudah iaitu dengan mengedit setiap failnya secara manual kerana aku menggunakan khidmat FTP. Jadi aku hanya perlu mengedit css melalui FTP tanpa memasuki laman web. Selama ini aku tidak terfikir untuk berbuat demikian. Huh.. sifu anas pasti ketawa jika mengetahui yang aku masih tak paham bab ni. haha..
Aku tidak tahu berapa lama aku akan setia menggunakan Amazing Grace ini. Tapi buat sementara biarlah dahulu.
Tags: blog story







July 6th, 2008 at 7:31 pm
Assalamualaikum wbt….
great job, some kinda improvement happened here, amazing…^_^
Never give up, never lose hope..
Keep up the great job bro!