Wajah Baru

Posted on November 22nd, 2008 in Uncategorized

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang masih memberikan peluang kepadaku untuk terus bekerja dan berfikir. Menulis sekarang merupakan sebuah hobi. Banyak waktuku yang habis untuk menulis. Namun, perlu aku akui bahawa kesuntukan masa amat sangat mencemburui. Waktu untuk mentelaah buku-buku amat sedikit. Jadilah tulisanku semakin hari semakin kering dan kontang.

Memblog bukanlah sekedar melayan keinginan untuk menulis. Tapi juga untuk berkreasi. Mungkin ia boleh menjadi penghibur seseorang dikala merasa letih. Itulah yang aku rasakan. 

Sebagai bentuk pembaharuan yang sentiasa kita usahakan, maka aku menggantikan theme blog yang sudah agak lama dipakai. Terima kasih kepada Amazing Greece yang telah berbakti kepada taqeyyabella.naemy.net untuk beberapa bulan. 

Kali ini, purple swirl menjadi pilihan. Tidak ada yang istimewa dengan theme baru ini. Hanya saja ia menyediakan 6 ruangan ikon berukuran 125×125. Antara ikon yang ada di situ adalah ikon wajah taqeyyabella selaku pemilik blog. 2. Ikon http://anasxz.naemy.net selaku orang yang paling berjasa mendorong aku memasuki dunia maya ini. 3. ikon http://saifulislam.com yang pemiliknya adalah Ust Hasrizal. Sebuah blog yang baik yang telah mendorong aku untuk berkarya dan menulis. 4. Palestina info, sebuah laman web penting yang memberi tahu kita perkembangan terkini di Palestin. 5. Ikon pendorong untuk menulis. 6. Kredit kepada penghasil theme.

Sudah lama blog ini tidak dihitung pembacanya (baca: pengunjung). Kalau dulu blog ini pernah mencapai 150 pengunjung baru sehari. Bahkan, pernah mencapai 400 ketika aku menulis sebuah artikel mengenai cinta. Setelah itu aku membuang khidmat tracker ketika itu. Entah mengapa aku ingin kembali mengetahui tentang statistik pengunjung blog ini, sekedar ingin tahu, maka aku menggunakan khidmat hitstats untuk melakukan tugas ini.

Published by taqeyyabella

3 Responses to “Wajah Baru”

  1. anasxz Says:

    hurm…
    mabruk alaik..
    memnarik jugak theme, sebelum ni cerah, kali ni gelap.

    kini, blog bukan lagi sekadar saja-saja, tetapi mesti satu kebiasaan, bertujuan.. insya Allah.

    allahumma ballaghtu wa anta fashhad…

  2. alQasam Says:

    Salam.

    Berwajah baru. Cuma rasanya lebih selesa dengan latar putih lama. Lebih segar dan terbuka untuk membaca rasanya. Apapun terpulang pada empunya laman. Terus menulis.

  3. taqeyyabella Says:

    Sebenarnya memang demikian. Mak saya pun mesti tak suka latar gelap-gelap ni. Hehehe.. Katanya, mata orang tua dah tak boleh nampak dah.. Nanti nak cube cari tau bagaimana nak tukar warna tanpa perlu tukar theme..

Leave a Comment

Share