June 20, 2006
Semalam hari isnin, 19 July 2006, pagi tu aku bangun pukul 5.00 lambat ah sket dari waktu biasa, terlepaslah gak jemaah kat masjid. Pepagi lagi aku dah pergi CC sebab dah janji nak bagi harga barang cuma yang men-tension-kan tu adalah internet kat umah tu buat hal, terpaksalah menapak pergi CC pepagi buta, matahari pun tak sempat nak kuar lagi. Tak lama kat CC, 1/2 jam jer kot sempatlah tegur dua tiga kawan yang On kat dalam List time tu, Pukul enam lebih sket aku dah lari balik rumah, tetengok bebudak sume tido lagi. Sebenarnya kitorang serumah plan nak gi pantai hari tu kire nak refreshing la habis exam. “woi… bangun oi… -sesorang nak kene kejut- …tak malu ngan matahari ker korang nie…” 10 menit lepas tu sume dah ready, aku dah stand by dalam kete panaskan enjin. Lepas dah singgah sana sini mulalah aku mengarahkan kete ke hingway menuju pantai laut merah tempat kita menuju, aku nie bukannya tau jalan saja jer gatal nak drive, penunjuk jalannye pulak kat blakang, jalan yang agak renggang dipagi yang tenang membuatkan kakiku mudah jer tekan minyak, walau pun tak laju sangat 120-140 km/jam jer tapi dah cukup membuatkan aku terlajak meninggalkan lorong yang patut aku masuk. Jalan one way kat mesir nie panjang-panjang dan lorong untuk U turn tu pulak jarang-jarang memang elok sangatlah menghabiskan minyak pepagi nie, setelah beberapa ketika jumpalah juga lorong untuk u-turn, kembali ker jalan tadi yang dah mula ramai tetiba kawan belakak jerit ” oi … shahiid lorong dah terlepas…!!!!!” laaaa not again, aku pun mula slow down speed dan berenti kat tepi jalan. Lepas semua orang meluahkan apa yang ada dalam otak masing-masing aku pun me- reverse-kan kereta kat tengah hingway. Tetiba…. “…… id… jaga ada lori… berenti….!!!” Aku kata hampeh bebudak nie tak yah lah jerit, lari jantung aku, sebab aku pun dah kecut gak aku pun kasilah kawan aku gantikan aku drive, dia pun mulakanlah kerje giler jadikan highway yang oneway tu menjadi two way – amaran don’t try this at home- dengan selamba kereta kita melaju menuju lorong yang tertinggal tadi, setelah berada di atas jalan yang betul kereta melaju dengan gelak ketawa yang menghiasi pagi tak lupa zikir kat dalam hati… tetiba eh apa tu.. polis siut… wah alhamdulillah aku dah ganti ngan jems -panggilan mesra kawan aku yang drive- kalau tak mampus gak aku dah lah tak berlesen. Lepas jer dari polis tu sume bersuara mensyukuri nasib baik sebab polis tu tadi sempat tunjuk lagi kat kerete kite, macam wanted punya ketelah pulak… Dah tiba disana kita pun makanlah dulu yang lawak nyer tu makan lauk sesajer, sebab taklah ingat tempat nie akan sesepi nie, kedai yang hanya ada 2 buah jer kat tengah-tengah padang pasir tu pun tak buka lagi so mau tak mau terpaksalah makan lauk sesaje, sepatutnya makan ngan roti,(pantai nie kat tepi padang pasir) dah makan amik pot baek punya dan terjunlah kitorang. Mandi punya mandi sampai letih, lumbe itu-ini memang best tul-lah, apalagi airnya yang jernih nampak ikan yang berenang ke sana-sini bersama angin pantai yang tak berhenti berhembus, setelah beberapa jam semua mula penat, ide-ide giler mula kuar dari masing-masing kepala yang badannya masih terendam air. Bagai mendapat arahan semua mula berjalan menuju pantai untuk bersiap meneruskan aktiviti selanjutnya, aku masih merendamkan diri dan sesekali merendamkan kepala menikmati kedinginan air walau pun mata terasa agak pedih setelah merasa puas aku pun terus menuju kearah tempat kereta kita berada. Dari jauh aku perasan, giler bebudak nie masuk kawasan rumah orang untuk bilas badan sebab shower yang disediakan tak berfungsi, rumah tu nampak terurus tapi tak der orang kot. Aku pun terpaksa ikut gak ah sebab tak tahan gatalkan, lagi pun cuaca dah panas giler tengah-tengah hari, tetiba ada yang bersuara ” hid.. mana kunci?” terus jer aku jawab “tak tau..
kan
tadi dah bagi.” Aku ingatkan diorang saja jer buat lawakkan sebab waktu aku sampai kat kete tu sume tak masuk kete lagi. “Woi mana ada kat aku kunci,kan tadi aku masuk laut first sekali… Aku dah kasi ngan kamere tadi..”.”Ko jangan memain shahiid.. ko suke buat lawak bodoh..” bende yang tak terduga bermula. Kunci kete hilang, semua mula mencari kehulu dan hilir. Tak Jumpa!!! Oh tidak… handset, beg, wallet dan duit sume kat dalam bonet. Oh my God… bayangkanlah tetengah hari yang panas, tak de sen, Hp sume kat dalam, oh tidak. Sekali ada yang bersuara “mungkin ko terletak sekali dalam bonet kot waktu ko letak jam, hp dan lain-lain”. So kita semua sekarang pikir camner pulak nak pecahkan kete nie, macam-macam cara dah di cube akhirnya aku dapat gak buka gune taktik yang dulu pernah tengok dalam citer Mcgiver. Tanpa disangka,malang memang tak berbau, dengan hampanya setelah mengetahui yang kat dalam bonet tu memang tak der kunci tu. Semua menunduk lesu. Kawan yang sewa kete dah call tuan punya kete suruh dia bawak kunci spare, menunggulah kite semua kehadiran dia, perut memang tengah bernyanyi-nyanyi dengan kuat sekali, as I said before hanya ada 2 jer kedai kat situ satu tak buka satu lagi tu tak de bende. Aku sangat mensyukuri sebab dapat tugas jaga kete ngan sorang lagi bro, yang 3 kawan aku nie kene pergi menapak ke tengahpadang pasir tempat dimana jalan raya berada untuk menahan tuan milik kete bila sampai. Tunggulah diorang tiga kat tepi jalan macam arab badwi, aku rasa tengah hari tu panas dia mungkin sampai 40-45 degree gaklah, mau tak hitam kulit dibakarnya, macam dalam ovenlah pulak kan, semua menginsafi diri atas dosa masing-masing, membayangkan neraka yang jauh ribuan kali ganda panasnya ngan apa yang ada kat dunia nie. Kete Hyundai Matrix warna kelabu bersinar-sinar memantulkan cahaya matahari, bagaikan pertolongan besar yang datang kepada mangsa tragedi, waktu tu dah dekat pukul tujuh petang kot. sesampai 3 orang kawan aku ke tempat kete, diorang mencari mana shahiid?. Waktu tu aku gi berendam lagi sebab dah tak tahan sangat panas dan lapar hanya dengan berendamlah aku dapat alihkan perhatian minda aku waktu tu. Dengan tension nyer kengkawan aku yang lain usyar slek jer kat aku sambil kata ” orang panas – panas berjemor tepi jalan ko sedap-sedap jer berendam” aku buat muka bodoh jer gi tukar baju dan naik kete, kitorang singgah masjid untuk solat zuhur dan asar jama’ ta’khir. Dari situ terus jer pecut ke rumah -masih tak makan lagi tu- sampai rumah dalam pukul 9 malam, cepat aku solat magrib (musim panas nie siang lagi lama dari malam, isya tu dekat pukul 10 malam) dan mula masak- tak larat nak beli sebab dah terlebih budget, mana taknya kete yang tuan tu bawak untuk hantar kunci mestilah kita kene bayar kan- masak cin cai jer, masuk isya solat dan melantaklah.
Begitulah akhir penderitaan berkelana di padang pasir, tak dapat bayangkan bagaimana ujian bagi kaum terdahulu apalagi seperti kaum Nabi Musa AS yang sesat 40 tahun di pergunungan Ibtih tengah padang pasir.
Pengajaran : Jangan memain dengan kunci, hanya disebabkan sebatang kunci memacam hal yang boleh terjadi.






