Islam merupakan sebuah agama yang mengamalkan toleransi. Toleransi atau dalam bahasa Arab kita istilahkan tasamuh memberikan manusia kelonggaran untuk menentukan keputusan sebagai manusia. Manusia diberi peluang untuk memilih dan membuat keputusan. Demi menghormati kebebasan manusia membuat keputusan itu maka Islam mengamalkan toleransi.
Sebagai seorang muslim kita mengiktiraf bahawa agama yang sah di sisi Allah hanyalah Islam. Bermakna, selain Islam adalah agama yang salah dan tidak sah di sisi Allah. Penafian kita terhadap kebenaran agama lain adalah suatu yang hak. Hak kita sebagai manusia mengkaji dan menilai lalu membuat pendirian. Sebagai manusia kita diberi kebebasan untuk membaca segala buku, mengkaji segala maklumat, menilai segala pahaman dan pada akhirnya,-dibantu dengan akal dan fitrah yang kita miliki- kita dapat menentukan mana yang benar dan salah menurut kita. Itu hak manusia sebagai manusia.
Ketika kita mengakui dan meyakini kebatilan agama selain Islam, kita tidak boleh melarang mereka berpegang dengan keyakinan mereka atau memaksa mereka untuk menganut Islam. Mengapa? Kerana kita menghormat dia sebagai manusia yang bebas menentukan sesuatu untuk diri mereka sendiri.
Islam tidak mengenal toleransi yang melecehkan atau meremehkan kebenaran. Benar, kita bertoleransi dengan melindungi seorang beragama selain Islam ketika dia berada di dalam negara kita, tetapi kita tidak bertoleransi jika dia berusaha mengatakan Islam itu tidak benar. Tidak ada toleransi di dalam kebenaran.
“Apa yang halal itu sudah jelas dan apa yang haram juga telah jelas sedang apa yang ada di antara halal dan haram adalah perkara-perkara syubhat yang harus kita jauhi”
Penyataan di atas jelas menunjukkan bahawa tiada toleransi dalam masalah kebenaran. Perkara yang halal selamanya akan halal dan tidak mungkin berubah menjadi haram dan begitu juga sebaliknya. Tidak dikatakan toleransi jika prinsip itu menjadi campuk aduk dan tidak jelas. Bukan namanya toleransi jika suatu yang benar berubah menjadi sedikit benar lalu lama kelamaan menjadi tidak benar dan akhirnya menjadi tidak benar sekali. Itu bukan toleransi!
Ramai yang berusaha menggunakan istilah toleransi untuk mempermainkan dan merendahkan sesuatu yang agung nilainya. Seperti ungkapan orang, “Islam itu agama yang toleransi, jadi tak perlulah syadid sangat. Kita open minded saje. Mungkin dia belum dapat hidayah!”
Saya sendiri tidak berapa faham dengan apa yang dimaksud dengan toleransi menurut mereka. Seakan-akan bila bicara tentang toleransi memberi makna manusia boleh buat sesuka hati. Ada kesalahfahaman disitu.
Toleransi adalah sebuah sikap memanusiakan manusia. Bila kita menghormati seorang manusia dengan pendiriannya maka itu namanya toleransi. Toleransi Islam menunjukkan betapa cintanya Islam kepada perdamaian. Toleransi memperlihatkan sisi lembut dan rahmat Islam. Tetapi toleransi tidak ada dalam hal kebenaran dan hak. Toleransi tidak memperbolehkan mendustaan dan penyelewengan. Disamping toleransi Islam yang lembut, Islam juga merupakan sebuah agama yang tegas. Perlu ada keseimbangan.
Allah SWT tidak hanya menciptakan jannah tetapi Allah juga menciptakan naar sebagai penyeimbang. Allah SWT Maha Luas kasih dan sayangnya. Pintu taubatnya sentiasa terbuka. Allah SWT Maha Pengampun walaupun dosa yang dilakukan adalah selautan. Allah SWT Maha Pemurah namun bukan bererti Allah lemah dan dayus kerana sebagai penyeimbangnya Allah SWT juga Maha Dahsyat Siksaannya, Maha Perkasa, Maha Kuasa.
Melihat kedua sisi ini memberi kita fahaman yang jelas. Islam memang lembut sehingga boleh bertoleransi tetapi Islam juga gagah ketika bertegas.
Pernah suatu ketika Ka’ab Bin Al-Asyraf, menghina Rasulullah SAW dan para isteri sahabat RA. Rasulullah SAW berkata, “Man li bi ka’ab Bin Al-Asyraf?” Tidak ada toleransi disini. Kesalahan besar yang merupakan maruah umat Islam. Maka Surayyah pergi membunuh Ka’ab.
Peristiwa yang hampir serupa juga berlaku ketika pembukaan Kota Mekah. Orang Arab yang berada di Kota Mekah dibebaskan dari sebarang hukuman. Namun ada pengecualian kepada beberapa orang yang dahulu memang pernah berkelakuan tidak baik dan menghina Rasulullah SAW. Dua diantara mereka wanita. Rasulullah SAW berkata, “Bunuhlah mereka walau mereka bergantung (berlindung) dibalik kain ka’bah (Kiswah).”
Ketegasan yang diajarkan Baginda SAW sama sekali tidak mengurangi erti dan nilai toleransi. Kerana toleransi tidak sepatutnya membuka ruang bagi musuh untuk memperlekeh Islam yang mulia.
Abu ‘Azzah Al-Jumahi sebagai contoh merupakan seorang tawanan perang Badar yang telah ditangkap oleh tentera muslimin. Dia kemudian mendekati Rasulullah SAW dan meminta belas kasihan Rasulullah SAW terhadapnya yang memiliki anak-anak perempuan. Anak-anak perempuan yang masih bergantung kepadanya. Atas dasar belas kasihan dan rahmat, Rasulullah SAW melepaskan orang tersebut dengan perjanjian bahwa dia (Abu ‘Azzah) tidak boleh memerangi Rasulullah SAW atau membantu untuk memerangi Baginda SAW. Abu ‘Azzah tidak menepati janjinya dan keluar pada peperangan Uhud buat yang kedua kalinya. Malangnya, buat kedua kalinya dia sekali lagi ditawan oleh tentera muslimin. Sekali lagi Abu ‘Azzah Al-Jumahi datang ke sisi Rasulullah SAW dan meminta belas kasihan atas kemiskinan dan besarnya tanggungannya. Namun, kali ini Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuhnya.
Dari tiga kisah di atas kita dapat mengambil sebuah gambaran yang jelas. Islam meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Toleransi pada tempatnya. Belas kasihan pada tempatnya. ‘Izzah pada tempatnya. Balas dendam juga pada tempatnya.
Toleransi perlu diiringi dengan penyampaian secara hikmah. Teguran dan berdebatan yang baik.







August 26th, 2008 at 11:27 am
byk sebenarnya boleh ulas tentang topik nih… islam hadir dengan toleransi dan kebebasan di saat ummat jahiliah diselubungi keterikatan yang merosakkan. i wrote an article about this before, but didnt publish it. oh well, nnti tukar jadi blog sy plak.. hehe… neway, ur writings have gone much better nowadays… bagus, keep up the good work.. siapa tahu kamu yg akan membawa revolusi pemikiran pd ummat islam sedunia, insyaAllah…
August 27th, 2008 at 3:33 am
Allahumma amien!!!
Thanks =)