Simbolik kebebasan selalu ditandakan dengan pelepasan burung merpati dari sangkarnya. Setiap kita ada burung merpati kita masing-masing maka burung kita itu juga perlu dibebaskan dari terpenjara.

Hari ini adalah hari yang begitu besar nilai dan kenangannya bagi diriku. Bermula dengan pertemuan dengan HE. Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir Duta Malaysia ke Kaherah Mesir hari ini mencatat sejarah baru bagi diri ini. Memang pertemuan itu hanya sebentar dan bahkan isinya hanya sekedar ’saying hello’ tetapi setelah meninggalkan bangunan kedutaan, kami menuju Hospital Palestin di Jalan Sawra Heliopolis, Mesir. Di sini kami bertemu dengan Dr Mai Araf yang merupakan seorang anak jati Palestin. Beliau yang membuat kajian tentang wanita Palestin untuk mendapatkan ijazah PHDnya telah menceritakan sedikit sebanyak keadaan yang sedang berlaku. Beberapa ratus rakyat Palestin yang cedera telah dibawa masuk ke Mesir dan dibahagikan ke beberapa hospital setelah perbatasan dibuka beberapa hari yang lalu. Peralatan yang sangat sederhana yang ada di Hospital Nasr di Gaza tidak memadai untuk merawat pesakit-pesakit itu. Semalam (26/3) beberapa puluh pesakit telah diterbangkan ke Turki untuk mendapatkan rawatan di sana.
Menurut Dr. Mai, antara pesakit yang paling teruja keadaannya adalah seorang wanita yang mengandung 7 bulan. Dia telah terkena serangan bom yang menyebabkan kakinya hilang. Ketika sedar dia mendapati kakinya sudah tiada lagi. Dia hanya mampu menahan sakit dengan mengucap nama Allah dan menunggu bantuan yang entah berapa jam setelah itu baru diterimanya. Dia terpaksa menunggu sekian lama sehingga dapat memasuki Mesir dan mendapar rawatan di sini. Kami kemudian bertemu dengan Dr Yazit yang memandu kami melawat pesakit-pesakit yang masih berada di Hospital tersebut. Kami sempat menemui Abdul Ghadir Hawajir yang kehilangan kedua kakinya, seorang pemuda yang tertembak di daerah dada mendekati jantungnya, seorang gadis yang tertimpa batu bangunan yang besar yang menyebabkan dia hilang keseimbangan tubuh, seorang wanita setengah baya yang terkena sesuatu di bahagian kepalanya dan beberapa lagi yang mengalami masalah sakit dalaman. Kami turut mencari peluang agar mampu dijadikan ‘ubat’ yang dapat dikirim ke Gaza. Tetapi menurut mereka peluang tersebut teramat sangat nipis. Walaupun perbatasan kini dibuka namun ianya sangat susah sekali untuk ditembusi. Menurut Dr. Mai lagi, ramai warga Palestin yang telah mendapat rawatan belum dapat memasuki negara mereka dan terpaksa menumpang di rumah penduduk sekitar Rafah dan Arisy.
Kami meninggalkan Hospital Palestin dengan perasaan yang begitu hiba dan pilu. Kami sempat membuat temu janji dengan Dr. Zaghlul yang merupakan Ketua Bulan Sabit Merah Palestin pada beberapa hari yang akan datang. Agenda kami berikutnya adalah menghadiri ‘International Campaign againts US and Zionist Occupation, 6th Cairo Conference-4th Cairo Forum’ di Press Syndicate yang bermula pada hari ini 27/3 hingga 20/3 2008.
Kami tiba di sana tepat pada jam 5.30 ptg. Setelah solat dan menghilangkan dahaga kami memasuki ruang konfrence yang ketika itu telah pun riuh dengan hadirin dari berbagai negara. Tema forum tersebut adalah ‘Againts Dictatorship’. Setalah ucapan pembukaan dari penganjur, pengerusi menjemput setiap wakil untuk maju memberikan ucapan mereka. Ucapan yang pertama disampaikan oleh Muhammad Mahdi Akif Mursyid Am Ikhwanul Muslimin. Beliau banyak mengulas tentang kejadian-kejadian yang terus berulang pada hari ini. Irak, Palestin, Negara-negara Arab bahkan bangsa Amerika sendiri yang tertindas oleh kezaliman zionis. Wakil seterusnya dari sebuah NGO Palestin yang berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakyat Mesir di Arisy dan Rafah yang telah menerima dan melayan dengan baik pelarian Palestin. Tidak sedikit NGO dari Britain, Perancis, German, yang turut berucap di kesempatan ini. Semua mereka mengutuk dengan tegas kezaliman yang dilakukan Mubarak, Bush, dan lain-lain. Bahkan mereka mengutuk amalan Demokrasi yang kononnya dilaksanakan oleh Britain. Beliau dengan lantang menceritakan bagaimana Ibrahim Musayyar dari Hizbullah tidak dibenarkan berucap di sana padahal mereka mengaku mengamalkan demokrasi. Wakil Hammas turut mengirim sepucuk surat setelah gagal untuk masuk ke Mesir, suratnya kemudian dibacakan oleh Dr. Rajab.

Forum semakin panas dengan tampilnya seorang anak kepada wakil rakyat Ikhwan Muslimin yang masih dipenjara sejak pilihanraya 2007 yang lalu. Dia menuntut kebangkitan rakyat Mesir dalam memperjuangkan keadilan. Kezliman telah dengan nyatanya dizahirkan pada pilihan raya 2007 dimana hakikatnya Ikhwan Muslimin telah menang 20% kerusi parlimen. Penangkapan demi penangkapan yang dilancarkan tidak cukup, kerajaan malah menutup 40 syarikat yang menjadi tulang belakang dana kepada Ikhwan Muslimin.
Tanpa kami sedari waktu berlalu dengan begitu cepat. Ramai utusan NGO dan Parti dari seluruh dunia menunggu peluang berucap ketika kami melangkah keluar dewan. Masih terasa getaran hati saat kaki melangkah. Teriakan-teriakan yang mendirikan bulu roma sukar dilupakan. Langkah kaki yang berat diriringin ngiangan teriakan ketua Parti Amal yang berkempen pelaksanaan Hari Kemarahan Bangsa pada 6 April akan datang. Utusan Parti Amal begitu marah terhadap pemerintah Mesir yang mengexport gas dan mengimport ratusan produk Israel ke Mesir.
Mereka begitu bersungguh membebaskan merpati mereka. Usaha gigih mereka pasti akan mendatangkan hasil walau kedatangannya mungkin mengambil masa yang lama. Sama-samalah kita saksikan episod-episod menarik sejarah bumi kita ini, sehingga ketika tiba saatnya nanti, kita mampu melaksanakan peran yang sepatutnya kita lakukan dengan cemerlang. Susunlah batu tersebut dari sekarang.. Bebaskan merpatimu..






