TAHNIAH ISMA

Posted on February 1st, 2007 in Uncategorized

Tautan '07Program TAUTAN ‘07 yang dianjurkan oleh ISMA (Ikatan Musliman Malaysia), Mesir telah dilaksanakan dengan jayanya di Nadi Syabab, Seksyen 10, Madinat Nasr pada 31 Januari 2007. Program yang bermula pada 07.30 ini telah dihadiri oleh lebih dari 50 orang peserta yang dibahagikan menjadi lapan kumpulan. Acara bermula dengan pertandingan futsal yang dijuarai oleh kumpulan Amru ibn ‘Ash, setelah solat zuhur dan makan tengah hari program diteruskan dengan acara sukaneka. Antara acara yang pertandingkan adalah 1)sepak angin 2)makan cepat 3)Pakaian Berhias 4) lari ikat kaki. Acara tarik tali adalah penutup rangkaian sukaneka yang dipertandingkan. Sebelum bersurai peserta juga sempat mendengarkan tazkirah yang disampaikan ketika acara penyampaian hadiah.

ISMA adalah sebahagian dari kalangan umat Islam di Malaysia. Kita menyeru dan mengajak masyarakat kepada hidup di dalam peraturan dan undang-undang Allah swt, menjalani kehidupan dibawah naungan Islam dalam bentuknya seperti yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, dihayati dalam kehidupan seharian oleh kaum muslimin yang terdahulu dari kalangan para Sahabat ra., Tabieen dan para Solafussoleh. Mereka menghayati dan berdakwah kearahnya dengan aqidah yang teguh dengan sepenuh hati, dengan kefahaman yang sebenar yang memenuhi akal dan fikiran, dengan Syariah yang mendisiplinkan anggota tubuh badan, tingkah laku dan politik. Didalam menjalankan tanggungjawab berdakwah mereka berpegang kepada firman Allah swt. bermaksud “Dan berdakwahlah ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan (memberi) peringatan yang baik” (An-Nahl:125). Pada ISMA, cara berbincang merupakan salah satu bentuk yang bertamaddun disamping ia adalah cara menuju ke arah menanam keyakinan kepada orang lain disamping menyemai keyakinan di dalam diri sendiri dengan berasaskan hujah, logik akal, keterangan dan bukti. baca tentang Isma

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives