TAG : 5 bende

Posted on August 24th, 2007 in Uncategorized

Sifuku anasxz telah men-TAQ-kan diriku maka aku dengan suke HaTiNye memberikan mende-mende nie :

Kalau bukak beg akan nampak :

1. Sebilah P E N (yang tajam)

2. Sehelai kain lap cermin mata (walaupun kadang cermin matanya tak de)

3. Sebuah Buku Catatan (kot-kot nak bagi note kat orang)

4. Sebuah Buku bacaan (sebagai perhiasan)Â

5. Lipstik (hahahaha…. Just kidding ok)

5. Laptop Dell inspiron 640m (tapi ni kalau aku nak pergi tempat yang ada wireless access yang free jer la kalau tak aku akan tinggal)

*sebagai seorang yang berbadan besar, aku kurang berminat tuk bawa ke hulu-ke hilir beg aku yang tentunya akan sangat berat, apa lagi kat MESIR ni bas dia tak de had penumpang… So membawa beg adalah sebuah MUSIBAH.

Kalau bukak wallet aku pulak korang akan jumpe :

1. Resit dari Money charger yang entah dari kurun bile aku simpan

2. Beberapa helai duit RM dan USD yang lame giller tak tersentuh

3. Student card aku

4. Gambar ukuran passport

5. sim card CELCOM aku yang baru saje di non aktifkan setelah berbakti kepadaku semenjak aku mengenal makhluk bernama HP.

*Disebabkan pada suatu hari yang sungguh menyedihkan, wallet aku telah menjadi mangsa tangan penjahat yang dikenal sebagai penyeluk saku sewaktu aku menaiki bas no 80palang warna hijau tuk ke kuliah, aku telah menjadikan wallet aku sebagai perhiasan almari pakaianku.

Masuk bilik aku korang akan jumpe :

1. Meje belajar aku yang tak pernah tertib (malas giller nak susun) yang diatasnya ada : Atlas-atlas sejarah Islam, Kamus, Quran, Buku-buku bacaan, cop-cop persatuan, alat-alat tulis, Laptop Dell inspiron 640 M, Scanner orang punya, Printer Persatuan punya, cabel-cabel yang bermacam2 rupe,…

2. Kipas kesayanganku yang sangat berbakti kepadaku 24 jam pada musim panas nie…

3. Tilam warisan

4. Rak buku yang penuh ngan buku-buku perhiasan (tak pernah dibaca… teruk tul..)

5. Desktop kawan aku yang berduakan monitor flat screen.

*Jangan pengsan masuk bilik kitorang eh.. huahuahuaa…..

Mende-mende yang nak tul aku wat :

1. Conteng-conteng mende yang ada dalam pale otak aku

2. Rosakkan gambar yang bagus-bagus guna Adobe Photoshop

3. Rehlahla jelajah negeri orang

4. Setelkan aku punya masalah beso (6 juz untuk 3rd year nie)

5. Baca… Baca.. Baca. dan Baca

Mende-mende yang tengah aku wat skrang nie :

1. Setelkan Darul Ehsan Cafe (tempat aku kerje selama musim panas nie)

2. Laporan tuk muktamar ngan mende-mende berkaitan yang tak lama lagi dah nak tiba

3. Tolong kengkawan apa yang patut…

4. Mencari information pasal PEMAKANAN dan JENIS darah (Time kasih bagi yang membantu)

5. Siapkan tulisan tuk pertandingan sempene Hari Kemerdekaan anjuran KELAPPmram yang dateline untuk hantarnya esok… (matilah aku tak sempat siap)

 Â

*Tak sampai hati nak tunjukkan gambo bilik aku yang tunggang langgang tebalik.. hahahahha…

Harap berpuas hati ngan jawab yang sekodar nie =)

Menunggu dari Azzuhrie dan Abdul RazakÂ

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives