Tabahkan Hatimu Meniti Anak Tangga Ini

Posted on August 5th, 2009 in Motivasi

Jika kita menghadapi musibah maka kita perlu memperhatikan beberapa hal. Pertama, perlu kita ingat bahawa pahala sabar adalah ketika saat pertama musibah itu mengenai kita. Rasulullah SAW pernah melihat seorang wanita menangis lalu ditegur, “Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah..” Wanita itu kemudian meminta Rasulullah menjauh sambil berkata bahawa Baginda tidak pun menerima musibah ini dan Baginda tidak pun mengenali siapa yang meninggal itu. Lalu dikatakanlah kepadanya, “Baginda adalah Rasulullah..” Maka segera wanita itu menuju ke rumah Rasulullah SAW dan berkata, “Aku belum mengenaliMu” Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Sesungguhnya sabar adalah ketika pertembungan yang pertama..”

Kedua, membaca “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” [Al-Baqarah : 156] dan “Allahumma ujurni (atau ajirni) fi mushibati wakhluf khairan minha.” [HR Muslim 2124]

Doa ini merupakan doa yang dahsyat bagi mereka yang menimpa musibah. Ya Allah berikanlah ganjaran pada musibah yang aku alami ini dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya!

Kita semua mengetahui derajat dan maqam mereka yang telah berada di barisan muslimin ketika perang Badar. Mereka adalah golongan yang mendapat kemuliaan yang agung. Allah SWT telah mengampun semua mereka yang terlibat di dalam Badar. Abu Salamah adalah salah seorang tentera Badar.

Dikisahkan ketika beliau meninggal dunia, Ummu Salamah membaca doa ini, “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Allahumma ujurni fi mushibati wakhlufni khairan minha”

Apakah yang lebih baik dari seorang suami yang telah menyertai perang Badar?

Ternyata Ummu Salamah RA kemudian dinikahi Rasulullah yang merupakan insan yang lebih baik dari seluruh tentera Badar. Subhanallah..

Bersabar di atas musibah dan yakin akan terijabnya doa.

Ketiga, Sabar yang indah. Sabar yang indah adalah sabar yang berkualiti tinggi. Sabar yang tidak diiringi dengan resahan, keluhan, rungutan, sesalan, dan yang serupa dengannya.

Apakah kita memilih untuk mengadukan kesulitan kita kepada manusia dibanding kepada Allah? Ataukah kita masih susah menerima ketentuan (Qada’) Allah?

Ketiga-tiga hal ini membuahkan satu sikap yang unggul di dalam jiwa muslim. Sabar ini memberikan sepenuhnya kekuatan kepada muslim untuk terus menghadapi segala cabaran kehidupan. Gagah menapaki anak tangga walau musibah melanda. Gagah mengharungi dugaan dan cabaran demi meraih janji Allah. Setiap usaha pasti akan tercatitkan di akaun individu setiap hamba. Allah sesekali tidak pernah akan menghilangkan amal mereka yang berlaku ihsan. Apa pun bentuk musibah yang melanda sentiasa memberi ruang bagi muslim untuk menambah berat timbangan kebaikan mereka. Seperti mana firman Allah, “Innama yuwaffas shobiruna ajrahum bi ghairi hisab..” [Az-Zumar : 10] Sesungguhnya ditunaikan bagi mereka yang sabar ganjaran mereka tanpa kira-kira..

Published by taqeyyabella

3 Responses to “Tabahkan Hatimu Meniti Anak Tangga Ini”

  1. Baika Rahmi Says:

    Assalamualaikum wr.wb,,,
    ustadz… ana sangat tersentuh setelah baca tauji diatas memang benar sabar sangat menentukan keimanan seseorang,tapi ana juga sering mengalami yang namanya krisis iman,terkadang ujian yang Allah berikan terasa amat sangat berat unt dilalui,,apakah iman kita berkurang? dan bagaimana cara menambah keimanan kita itu? apakah sabar ada batasannya?? 

  2. sheeda Says:

    sukanye kisah ummu salamah 2..

  3. taqeyyabella Says:

    Manusia adalah makhluk yang imannya meningkat dan menurun. Apabila iman kita sedang meningkat maka laksanakanlah semua yang nafilah atau sunat. Ketika iman kita menurun jangan sampai kita meninggalkan yang wajib. Apa bila kita melakukan suatu dosa itu adalah ketika keadaan diri kita lemah iman.

    Mengukur keimanan dalam diri perlu dengan data dan analisa. Seperti sebuah perusahaan (syarikat) besar yang selalu menganalisis keuntungan setiap tahun seperti itu jugalah kita perlu menganalisis iman kita sehingga ketika kita iman kita turun kita ada plan B agar turunnya tidak drastis (teruk).

    Allah SWT mengetahui bahawa manusia ada keinginan, ada kehendak, ada syahwat, ada gairah lalu ketika Allah melihat kita memilih untuk melakukan sesuatu yang menunjukkan keimanan kita kepada Allah seperti solat maka ketika itu Allah SWT amat senang dan suka kerana kita sendiri memilih untuk melakukan itu. Berbeza dengan para malaikat, yang memang diciptakan untuk taat. Malaikat dari azalinya tidak pernah akan melanggar perintah Allah kerana memang para malaikat diciptakan demikian.

    Manusia selalu berkata, “Aku sudah hilang sabar,” seakan-akan sabar itu terbatas atau mungkin sabar itu boleh habis. Hakikatnya sabar itu adalah suatu yang benar-benar tergantung pada diri kita. Jika kita mahu ia habis maka habislah ia. Tapi jika kita mahu ia terus menghiasi hati kita maka ia pasti akan sentiasa ada di hati kita.

    “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu..” Ali Imran :200

    Kekasih Allah adalah mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Semakin sabar kita semakin tinggi tingkat atau tahap ujian atau musibah yang melanda kita.  Hanya mereka yang mampu bersabar sahaja yang akan mendapat ujian yang lebih berat yang memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Jika sabar kita habis bermakna kita belum layak untuk menerima ujian yang lebih berat. Bererti kita belum nait level yang lebih tinggi.

    Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dan sesungguhnya Allah jika mencintai sesuatu kaum, Allah akan menguji mereka..” HR At-Tirmizi 2396

Leave a Comment

Share