Gallery

Posted on February 4th, 2007 in Uncategorized

Ini adalah gambar ‘Meeting Hall’ sekolah kami “Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo” Dewan ini merupakan pusat bagi kawasan sekolah yang luas (14 hektar), di sinilah terpacak loceng gergasi yang mengontrol kehidupan kami selama berada di sini

Acara kemuncak bulan perkenalan iaitu Panggung Gembira dan Drama Arena, acara mega ini semuanya merupakan hasil mutlak usaha pelajar-pelajar dibawah pengawasan guru-guru bermula dari pencarian dana, persiapan panggung, persiapan persembahan-persembahan, pengurusan tamu, mengawalan lampu dan sound system dan lain-lain lagi

Ini adalah Masjid Gontor yang berwajah baru, sebelum tahun 2003 masjid ini masih berwarna hijau muda, masjid ini meninggalkan banyak kenangan bagiku kerana selama setahun (2003) aku dan sembilan lagi teman-temanku bertanggung jawab atas kelancaraan semua kegiatan di masjid ini, di masjid inilah pertama kali dalam hidupku diberi kesempatan untuk belajar berkhutbah jumaat dan disini jugalah kami selalu ‘boardcast’ di dapan lebih 4500 pelajar

Ini adalah gerbang utama sekolah kami, melihat gambar ini mengingatkan kami ketika pertama kali tiba di sekolah setelah 50 hari bercuti setiap tahun selalu diselubungi keresahan kerana melalui gerbang ini bermakna meninggalkan dunia luar yang tenang penuh kenikmatan dan kesenangan dan memasuki dunia Gontor yang penuh cabaran halangan dan kesengsaraan

Ini pula merupakan bangunan kelas bernama ’satelit’ yang paling hujung sekali, di belakang bangunan ini terdapat sebatang sungai yang dipercayai pernah menjadi tempat pembantaian ratusan pengikut Parti Komunis Indonesia sebelum merdeka dahulu

Seekor kambing yang diguling dibakar ala ‘hadramaut’ ia dihidang dalam satu talam, perkiraannya kalau untuk orang asia, satu dulang ni boleh dikongsi bersama 25 orang hingga ke 30 orang, sape teringin jom jalan egypt. Yang ni ana beli pada hujung tahun 2005, masih berharga LE 600 lebih kurang 300 RM, boleh kata murahlah sebab seekor kambing dengan sedulang beras mati mana nak dapat seharga itu dinegara kita, siap masak lagi.

Gambar ni kami ambil dalam perjalanan kami ke Dahab di semenanjung Sinai, Ada yang berpendapat bahwa tempat ini adalah tempat di mana nabi Musa AS dan pengikutnya sesat selama 40 tahun.

 

Gambar ni ditangkap sebelum kami ber’snockling’ ria di tempat yang dikenali sebagai ‘blue hall’ di salah satu sudut semenanjung Sinai

Ni banner Book Fair 2007 di Kaherah Mesir, tahun ni borong banyak juga buku dari tempat ni, harap-harap dapatlah konsisten membaca dan menulis. Doakan teman-teman !!!

img_0199.jpg

Adik-adik tercinta yang masih menuntut di Darussalam Gontor Ponoroga Indonesia.

Abdul Musawwir-Abdul Mu’min -Nursyaerah

Gambar diambil di depan gerbang utama pondok ketika cuti sekolah pertengahan tahun 2007

Van kuning kecil ni, adalah pengangkutan awam yang menghantarkan kami ke kota Ponorogo, sangat sempit dan tidak akan bergerak selagi belum penuh. Pernah ada kenangan pahit dengan van ni. Bergayut dekat luar van (sebab dah tak de tempat kat dalam) dan tiba-tiba kaki tergelincir dan terjatuh nasiblah tangan berpegangan kuat ke tingkap van yang mengelakkan daripada terjatuh. Alhamdulillah hanya cedere sedikit akibat terseret kaki di tar jalan. Kalau tak silap kejadian tu terjadi pada tahun 2001

 

 

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives