This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Dengan segala kerendahan hati saya mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Amal baik kita diterima di sisi Allah SWT. Semoga kita termasuk golongan yang kembali kepada fitrah dan berjaya meraih Ramadhan Mubarak.

Aku tidak tahu bagaimana perasaanku ketika ini. Ya, aku sedih kerana saat ini sedang berjauhan dengan keluarga. Aku juga gembira dengan syawwal yang menjelma. Tapi apakah kehadiran Syawwal begitu membahagiakan? Mungkin jika saat ini aku di Malaysia, kegembiraan itu dapat dirasa dengan meriahnya keadaan kampung yang indah di hiasi lampu pelita. Meriah dengan lantunan lagu-lagu raya. Meriah dengan kunjungan saudara mara. Meriah dengan kuih muih dan makanan yang dihidang. Meriah dengan mercun dan bunga api. Meriah dengan seribu satu hal yang menarik di Malaysia.

Di sini, Aidilfitri turut disambut dengan gembira. Namun fizikalnya, kegembiraan itu tidaklah diterjemahkan sebagaimana masyarakat kita terjemahkan. Maka, secara fizikalnya, tidaklah begitu ketara dan kurang menggembirakan. Dengan bahasa lain, di Malaysia kita akan turut gembira kerana keadaan masyarakat kita yang demikian, sedangkan di sini keadaannya tidak merangsang kita untuk rasa gembira. Keadaan sebegini menyebabkan hatiku serba salah untuk menentukan perasaannya. Sedang bersedihkah aku atau bahagia? Ya aku tidak bersama keluarga, namun apakah hal itu begitu menyedihkan? Aku sudah terbiasa berjauhan dengan keluarga. Gembirakah aku dengan kehadiran syawwal? Mungkin ya, tapi gembira kerana apa. Disini tidak ada lagu-lagu raya, tidak juga ada kuih muih yang meggembirakan. Keadaan yang tidak menggembirakan.

Aku mulia sedar dan perasan bahwa sebenarnya aku tidak gembira. Seandainya saja aku benar-benar bekerja keras di setiap detik pada 30 hari yang lalu, mungkin layak bagiku merasa gembira saat ini. Apa yang lebih menyedihkan adalah hatiku tidak dapat mengecam perasaan sedih yang sepatutnya aku alami atas kerugian besar dan atas peluang yang berharga yang telah pergi begitu saja. Kini aku sedar, sekeras inikah hatiku untuk tidak merasa menyesal atas kegagalan ini? Ya Allah SWT, mengapa tiada air mata penyesalan yang mengalir atas masa dan peluang yang aku sia-siakan. Ya Allah sekeras inikah hatiku? Ya Allah izinkanlah mata ini menangis… Ya Allah izinkanlah hati ini menyesal.. Ya Allah hidupkanlah kembali hatiku..

Leave a Reply