This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Sangat menyedihkan tatkala sakit yang kita alami ternyata semakin lama bertambah teruk. Sudah luka bernanah pula. Itulah keadaan yang semakin lama semakin menyedihkan menimpa umat Islam saat ini. Belum hilang pedih sengatan isu Denmark diikuti pula dengan peperangan keji rekayasa Bush laknatullah alaih dan kini timbul lagi isu baru yang tak kurang sensasinya. Ironisnya yang menyimbah minyak ke bara adalah orang Islam juga. Entah Islamnya seperti apa.

Akhbar Fajar yang diterbitkan di Mesir telah melakukan sebuah tindakkan yang amat terkutuk. Kali ini mereka menggambarkan anekdot Syeikh Sayyid Muhammad Tantawi Grand Imam Al-Azhar As-Syarif hafizahullah dengan lukisan yang amat terkeji. Walaupun sekiranya kita tidak menyetujui sesuatu perkara, perlukah kita mempermalukan diri kita dan Imam kita serta agama kita dengan perbuatan kita. Dewasalah wahai umat Islam.

Puncanya amat remeh. Syeikh Tantawi ingin pergi ke Vatican untuk berdialog dengan Pope. Mungkin mereka tidak setuju dengan pendekatan Syeikh Tantawi yang lebih menunjukkan sikap mesra dibandingkan dengan sikap bermusuhan, bahkan mereka mengsalah ertikan dengan menunjukkan seakan-akan Syeikh Tantawi tunduk terhadap Pope.

MENGENAL MUSUH

Sikap egois dan tidak tasamuh antara umat Islam sangat mengkhawatirkan. Sangat mungkin bahwa anekdot itu merupakan sebuah usaha adu domba pihak lain. Namun yang menghairankan, sampai bilakah umat Islam masih rela dilaga-lagakan seperti ini. Sudah sangat jelas siapa yang menjadi musuh namun mengapa kita masih tidak dapat membezakannya.

Ust Abu Saif menulis baru-baru ini di dalam blog beliau yang menyinggung akhlak dan etika yang harus dipahami seorang muslim dalam menyiasat sejarah seseorang yang telah mati khususnya bagi mereka pengkaji sejarah. Hal ini perlu agar kita tidak mengkaji dan memberi statement yang berlandaskan hasad dengki, benci dan nafsu. Malangnya hari ini, belum sempat seseorang mati namun pelbagai fitnah dan cacian yang telah diberi.

SIAPA ANDA DAN SIAPA BELIAU

Keangkuhan seseorang sebagi manusia menyebabkan dia tidak mampu menilai dan bertindak dengan benar. I’jaburrajuli bi nafsihi ‘unwanu du’fi a’aqlihi , Seseorang yang bangga dan angkuh terhadap dirinya sendiri adalah tanda kedangkalan akal fikirannya. Alangkah baiknya seandainya sang pelukis dan sang redaksi akhbar Fajar menyempatkan waktu untuk sekadar berfikir dan merenung siapakah mereka dan siapakah Syeikh Tantawi. Kalaulah mereka mengaku sebagai muslim apakah layak tindakkan mereka mempersendakan seorang Imam seperti Syeikh Tantawi.

Syeikh Tantawi adalah ikon bagi umat Islam. Azhar yang telah diiktiraf dunia secara tidak langsung menonjolkan wajah umat Islam secara umumnya. Sehingga saat ini kita tidak nampak sedikit pun sebab mengapa Syeikh Tantawi tidak perlu pergi ke Vatican. Bahkan pemergian beliau ke Vatican akan lebih memperlihatkan kebesaran dan kesucian Islam itu sendiri. Apalagi di saat Islam di-label-kan dengan pelbagai idelogi yang salah maka saat ini adalah peluang memperlihatkan keterbukaan Islam dan ketegasan ajaran Islam kepada kaum Musyrikun.

Sedang mereka hanya mampu mengutuk dan mempersendakan seorang Imam yang sangat besar pengaruhnya dengan lukisan yang hina. Dengan alasan mengatakan yang membenar dan hak bersuara. Apakah benar semua itu? Apa yang sebenarnya mereka pertahankan? Hak bersuara siapa dan untuk apa yang mereka laungkan?

Semoga Allah SWT merahmati umat Islam. Menyatukan kembali barisan. Memperteguhkan keimanan. Menggilapkan ketaqwaan. Ya Allah seandainya terjadi fitnah, matikanlah kami dalam keadaan tidak terkena fitnah tersebut…

Leave a Reply