Siapakah Sebenarnya Yang Malang?
Posted on May 2nd, 2008 in Uncategorized
Siapakah sebenarnya yang malang? Orang yang zalim atau orang yang dizalimi? Jika melihat dari sisi yang berbeza dengan tegas kita akan menyatakan bahawa orang yang dizalimi adalah orang-orang yang terpilih untuk menerima ujian Allah dan orang yang zalim pula terpilih sebagai istidraj ke atas mereka…
Sebenarnya tidak ada hajat untuk menulis akan tetapi perasaan sebak bercampur marah dan benci terasa sangat mengganggu setelah membaca entri bertajuk “I Love ISA..” di laman blog http://ummuasiah2001.blogspot.com. Entah dari mana hadirnya perasaan yang susah digambarkan ini. Namun, sangat menyakitkan hati melihat tingkah laku meloyakan yang dipamerkan sesebuah golongan yang baru sahaja diberikan jawatan sementara di dunia. Hebat sangatkah kita padahal kita sama-sama manusia.. Golongan ini memang tidak pernah akan berubah melainkan dahinya benar-benar mencecah tanah bersujud kepada Allah. Hanya itu sahajalah ubat bagi golongan sebegini.
Gambar dari :http://ummuasiah2001.blogspot.com
Berikut adalah sebuah artikel yang pernah saya kirimkan kepada KOSMOS! tapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan atau dengan kata yang lebih tepat, artikel yang tidak layak diterima oleh KOSMOS!.
Tema: Harapan Generasi Muda Terhadap Kerajaan Baru Yang Dibentuk Daripada Kemenangan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini.
KETENANGAN DALAM KEMAJUAN
           Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mencatat lembaran baru di dalam sejarah pemerintahan kerajaan
           Kemajuan
           Seluruh rakyat
           Generasi muda rindukan
KEMAJUAN BUKAN SEGALA-GALANYA
           Fitrah manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik, negara yang maju, masyarakat yang terbilang. Akan tetapi kemajuan dan kegemilangan bukanlah segala-galanya.
           Sejarah Fir’aun banyak mengajarkan kepada kita untuk lebih bijak dalam mengecap kemajuan. Kemajuan perlulah seimbang dan tidak pincang. Infrastruktur yang menjadi lambang kemajuan perlulah diimbangai dengan kematangan masyarakat dalam menerima kemajuan itu sendiri. Masyarakat perlu dididik agar memiliki jati diri sehingga mampu hidup dalam kemajuan dengan corak yang ala
           Fir’aun merupakan pelopor kemajuan ketamadunan dan infrastruktur yang sangat tersohor. Hampir 5000 tahun sudah era kegemilangannya berakhir akan tetapi dia masih dikenang, bahkan kubur yang diciptakan untuk dirinya hingga hari ini masih lagi menerima kunjungan ribuan manusia setiap hari. Namun apakah yang tersembunyi disebalik kegemilangan itu sehingga dia dilaknat oleh tuhan dan dijadikan peringatan bagi umat manusia hingga akhir usia bumi?
           Ketika memerintah Mesir, Fir’aun telah berjaya menciptakan sebuah kehidupan yang makmur. Dia memiliki panglima-panglima perang yang perkasa. Dia memiliki jentera dan peralatan perang yang hebat. Dia memiliki perancang bandar, pereka bangunan, jurutera, juruukur, dan pelbagai lagi sektor lain yang mendukung kemajuan ketika itu. Walaupun demikian, kemakmuran itu tidak dirasai oleh seluruh masyarakat melainkan golongan tertentu sahaja. Iaitu golongan bangsawan. Demi mensejahterakan golongan ini, mereka memperhambakan siapa sahaja yang tidak tergolong dari mereka.
           Tuhan tidak menciptakan dunia untuk dinikmati oleh satu golongan sahaja dan memperhambakan golongan yang lain. Kemajuan dan kekuatan yang mereka miliki menjadikan mereka angkuh dan sombong hinggalah ketika Musa seorang utusan tuhan (kesejahteraan keatasnya) yang memimpin gerakan reformasi untuk memerdekakan golongan hamba dan mendapatkan hak sebagai manusia. Firaun dengan angkuh mengaku sebagai tuhan.
           Fir’aun sedar bahawa dia juga seorang manusia akan tetapi kekayaan dan kekuatan tentera ditangannya membuatkan dia marah ketika golongan hamba yang lemah berani menentangnya. Demi menundukkan golongan hamba yang dipimpin oleh Musa, Fir’aun mengakui diri sebagai tuhan yang memiliki hak membiarkan sesiapa untuk hidup dan membunuh sesiapa yang dia inginkan. Pengakuan yang disebabkan dengan kemajuan yang tidak seimbang mendatangkan laknat tuhan.
KEMAJUAN YANG SEIMBANG
           Jika keseimbangan diterjemahkan sebagai keadilan maka, kemajuan perlulah adil dengan keadaan masyarakat. Adil bukan bererti menyama ratakan segala sesuatu semata-mata, akan tetapi adil adalah memberikan setiap hak kepada pemiliknya. Tuhan berhak disembah, maka manusia berlaku adil ketika menyembah tuhan. Masyarakat menuntut hak mereka agar diberikan kepada mereka maka, tidak adil jika ia dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja. Jika anak dikatakan adil ketika mentaati kedua ibu bapa, maka ibu bapa menjadi adil ketika memberi kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Jika sebuah negeri menjadi kaya kerana jasa para petani maka adalah adil jika negeri tersebut membalas jasa mereka dan terus menjaga kesejahteraan mereka. Jika pemerintah memiliki kekuatan dari sokongan rakyat jelata maka adalah adil ketika pemerintah melindungi mereka yang kurang upaya.
           Ketika yang kuat melindungi yang lemah, yang kaya membantu yang miskin, yang bijak membimbing yang bodoh maka terciptalah sebuah keadaan masyarakat yang seimbang. Sebuah golongan tidak menjadi tamak dan golongan yang lain pula tidak menjadi iri terhadap yang lain. Setiap golongan saling memberi dan menerima. Lahirlah sebuah mayarakat yang seimbang.
           Â
           Keseimbangan ini sangat penting untuk menciptakan sebuah negara yang aman. Nikmat apakah yang dirasai ketika kita memerlukan lima hingga sepuluh pengawal untuk mengunjungi pusat bandar yang dipenuhi bangunan megah kerana tahap keselamatan yang rendah?
HUKUM RIMBA BUKAN KEMAJUAN
           Kita mengenal sebuah hukum yang terkenal dengan istilah ’hukum rimba’. Hukum tersebut mengamalkan sistem siapa kuat dia yang berkuasa. Hukum ini juga percaya bahawa dunia ini hanya milik mereka yang kuat, maka siapa yang lemah perlu disingkirkan.
           Kita semua sepakat bahawa hukum sebegini tidak lagi layak dipakai di zaman ini. Akan tetapi benarkah hukum seperti ini benar-benar tiada lagi?
           Generasi muda mahukan perkembangan pemikiran yang sihat, kemajuan yang seimbang. Hal ini tidak dapat dikecapi jika hukum rimba masih sebati dalam masyarkat. Penguasa menyekat segala sesuatu yang mereka inginkan secara sepihak dan memaksa masyarakat menerima apa yang mereka berikan. Golongan majoriti menganiaya golongan minoriti tanpa diberi peluang mereka membela diri. Cara pemerintahan yang sebegini sangat primitif dan bukan kemajuan.
           Kemajuan perlu dizahirkan dengan bentuk yang lebih layak dan sesuai bagi manusia. Semua pihak perlu diberi hak bersuara dan berbincang. Maka, masyarakat mendapat maklumat yang benar dan tahu apa yang berlaku. Hilang kecurigaan dan syak wasangka. Golongan minoriti bukan merasa tertindas tetapi malah selamat kerana golongan majoriti melindungi mereka setelah menemukan kata sepakat dari sebuah perbincangan. Bukan pertelagahan berat sebelah.
NIKMAT HIDUP PADA KETENANGAN
           Kemajuan menghantarkan masyarakat kepada kehidupan yang lebih selesa. Selesa dengan keperluan hidup yang sesuai kemampuan. Kemudahan awam yang lengkap. Pentadbiran yang bersih. Kesemua ciri-ciri kemajuan, walau bagaimana pun tidak dapat dinikmati jika kehidupan selalu dihantui dengan perasaan takut dan tidak selamat. Manusia inginkan hidup yang tenang. Walaupun susah jika tenang manusia akan lebih menikmati hidup. Bapa inginkan ketenangan dengan terjaminnya perut anak yang perlu diisi. Ibu harapkan ketenangan perkembangan intelektual anaknya disekolah. Keluarga rindukan keselamatan ahlinya ketika berpergian. Pada akhirnya, manusia semuanya ingikan hidup yang menjanjikan ketenangan. Apalah ertinya kekayaan yang dikecapi jika hidup dihantui rasa takut. Apalah ertinya kemajuan yang hebat jika tidak selamat menjadi sebati. Apa ertinya tinggal di negara berdaulat jika ketenangan tidak terjamin.

Leave a Comment