This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Beberapa hari lepas saya telah menonton sebuah filem bertajuk : The Kingdom. Sebuah hasil karya Universal Studio. Sejujurnya hasil filem itu amatlah cemerlang jika dilihat dari sudut seni  perfileman. Suasana tegang yang menakutkan memaparkan keadaan nyata sebuah peperangan. Adegannya menarik apalagi pada babak pertempuran. Bom dan peluru yang melayang ke sana ke sini. Darah yang mengalir. Semuanya memberi kesan yang pelbagai pada penonton.

Menonton filem secemerlang ini membuatkan saya berfikir bahwa kandungan dan mesej yang disampaikan akan sangat membekas seperti parut yang tidak akan terlupakan penonton. Malangnya kandungan filem tersebut tidaklah begitu baik menurutku.

Hal yang paling menonjol disitu adalah FBI benar-benar hebat dan berjaya menemukan TERORIST. Tentunya filem ini hanyalah sebuah cerita, akan tetapi ia boleh mempengaruhi orang awam yang akan menyangka bahwa FBI dibawah naungan kerajaan Amerika benar-benar berusaha membasmi TERORIST. Kita semua sedia maklum dan meyakini bahwa teror yang paling dahsyat adalah yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu terhadap negara-negara Islam. Bahkan Amerika dengan kekuatan medianya menuduh para mujahidin yang berusaha mempertahankan hak mereka adalah TERORIST.

Berbeza dengan kejadian 11 september, Bom bali atau kejadian di stesen keretaapi di London. Peristiwa-peristiwa itu jelas-jelas kita kutuk kerana sasaran serangan itu adalah orang awam. Bahkan berkemungkinan besar bahwa semua itu adalah rekayasa yang sengaja mereka cipta demi mencetuskan peperangan. Hal yang jelas di sini bahwa Islam bukanlah agama yang mengajarkan kita berdendam apalagi membuat kezaliman dengan merampas hak dan membunuh orang awam seperti mana yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dalam merompak negara Israel.

Pada sudut yang lain, ada kerisauan yang muncul akibat terlalu banyak usaha mengutuk tindakkan TERORIST yang secara sengaja dijadikan sinonim dengan Islam, mengakibatkan umat Islam salah memahami erti jihad. Cuba sahaja kita perhatikan tulisan wartawan-wartawan mengenai isu yang berkaitan Iraq, Palestin, Lubnan, Algeria, Chechnya dan lain-lain. Mereka sedaya upaya berusaha mengkonotasikan istilah ‘jihad’, ‘mujahidin’ itu sebagai suatu yang negatif dan sama seperti istilah ‘pengganas’, ‘pemberontak’, ‘terorist’Â atau ‘pelampau’. Hakikatnya tidak. Jihad adalah usaha yang paling mulia di sisi Allah SWT. Tentunya jihad yang saya maksud adalah berperang dengan senjata. Ini kerana istilah jihad juga digunapakai bagi semua usaha untuk menegakkan agama Allah. Hanya saja umat Islam perlu memahami konsep asas dalam berjihad. Bukan jihad jika yang ditembak adalah orang awam yang tidak melawan apalagi yang menyerah diri. Bukan jihad jika salurannya salah. Namun apakah salah penggunakan istilah JIHAD bagi mereka yang berusaha mempertahankan hak seperti di Palestina dan Iraq? tentunya tidak. Lalu apakah salah jika membunuh orang awam yang berada di tanah haram Israel? sekali lagi ianya tidak. Masyarakat awam di Israel memang perampas dan memang bersalah. Namun, perlu kita ingat bagaimana Rasulullah SAW membuka kota Mekah dengan aman. Begitu juga yang telah termaktub dalam lembaran sejarah dimana Salahuddin Al-Ayyubi juga tidak membuka kota Palestina yang dijajah kaum kuffar ketika itu dengan zalim.

Jihad tidak boleh bergerak hanya dengan semangat. Ini kerana semangat mungkin berasal dari sebuah kekesalan dan dendam sedang jihad bersih dari segala hal nista itu. Jihad perlu digerakkan dengan ketaqwaan dan iman. Bukan dikatakan jihad jika usaha itu bukan demi meraih redha Allah SWT.

ANTARA JIHAD DAN KURBAN

Ada sisi persamaan antara Jihad dan perayaan kurban yang bakal kita sambut pada esok hari. Peristiwa kurban yang berlaku pada Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam menunjukkan betapa murninya penyerahan diri kepada Allah SWT. Allah SWT menguji dengan memerintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri yang tentunya amat disayangi. Sang anak pula diuji untuk menerima hakikat perintah yang mengharuskan dia merelakan nyawanya kepada Allah SWT. Kira-kira apakah akan diterima kurban tersebut jika Nabi Ibrahim memotong leher anaknya dengan perasaan dendam dan benci yang tersimpan dihatinya? Apakah akan diterima jika Nabi Ismail yang menyerahkan nyawanya dengan mengutuk di dalam hati? Allah SWT mengetahui apa yang ada dihati kita. Kurban tersebut diterima kerana Allah SWT mengetahui bahwa didalam hati Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail terkandung kerelaan dan penyerahan diri yang ikhlas kepada Allah SWT lalu menggantikannya dengan seekor kambing. Demikian pula halnya dengan jihad. Jihad yang diterima adalah yang benar-benar murni ditujukan kepada Allah SWT dan benar disisi pelaksanaannya. Jihad yang dijalankan atas landasan penyerahan diri demi Allah dan bukan atas dasar benci dan dendam. Ikhlas kepada Allah SWT dan benci itulah yang membezakan perdamaian ala Bush di Iraq dan Israel dan pembukaan kota Mekah ala Sayyidukhalqillah Muhammad SAW.

Inilah juga titik utama mengapa perintah berjihad lambat diturunkan kepada Rasulullah SAW. Seperti mana yang kita maklum, umat Islam pada permulaan dilarang untuk melawan sehinggalah mereka sudah pun kokoh ketika di Madinah. Kelambatan jihad fisik ini diisi dengan jihad ma’nawi yang ditanam dengan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jihad melawan hawa nafsu. Jihad menguasai diri sendiri.

Perayaan Kurban ini juga mengingatkan kita bahwa jihad utama kita adalah terhadap musuh kita yang sebenar iaitu Iblis. Iblislah musuh sebenar kita. Musuh yang selalu kita keliru dan menjadikannya teman. Lihat bagaimana Allah SWT mensyarikatkan jumrah yang kita lakukan secara fisik dan simbolik bagi menunjukkan betapa besarnya musuh yang tidak terlihat oleh mata ini. Selami erti ibadah ini yang sebenarnya berusaha menyedarkan kita bahwa keberadaan Iblis sangat dekat dan perlu kesungguhan menghadapinya. Bahkan kita perlukan usaha dengan gigih memeranginya. Perangi makhluk yang tidak dilihat oleh mata ini dengan lemparan batu. Renungkan dan selami hikmah disebaliknya! Â

Leave a Reply