“Qobiltu nikahaha wa tazwijaha bil mahril mazkur naqdan…” seketika suasana hening itu berubah menjadi agak bising dengan bisikan-bisikan hadirin sebelum pecah dengan ucapan selamatÂÂ dari penghulu, “Mabruk…” semoga Allah SWT memberkati.

Entah kenapa aku seakan ingin menangis. Padahal aku ketika itu ditugaskan sebagai MC (Master of ceremony) pada uparaca akad nikah Agus dan Oshin. Pikiranku terus berlayar memberi komen itu ini kepada acara ini. Aku menyimpulkan bahwa ianya amat sangat sederhana. Namun sangat meriah. Aku kembali mengalihkan pandangan kepada para hadirin. Mereka semuanya menatap kearahku,”Ups.. mereka sedang menunggu ucapan dari ku” kataku dalam hati.
“Alhamdulillah akhirnya, dengan rahmat Allah swt, telah halallah bagi mereka berdua, semoga keluarga yang mereka bina ini berkekalan ke akhir usia amin, ya rabbal alamin. Lembaran lama telah tertutup, kini bermulalah kehidupan mereka yang baru, untuk itu marilah kita sama-sama dengarkan bekalan serta nasehat untuk mengharungi kehidupan baru yang tentunya akan lebih mencabar ini. Pesanan yang akan diikuti dengan doa ini akan disampaikan oleh Al-Ustaz Kholid Muslih MA. Dengan segala hormat kami persilakan.” Ucapku tenang.
Tak banyak yang disampaikan Ust Kholid Muslih MA, mungkin kerana masa yang sudah beranjak ke tengah hari. Cuma beliau menegaskan bahwa apa yang dilakukan oleh Agus Mutamsir hari ini perlu dicontohi. Perkahwinan tidak diukur dengan dari sudut umur semata. Biarkan masih muda, namun tanggung jawab terhadap Allah SWT dan niat ikhlas menjaga kehormatan diri akan menjadikah sebuah perkahwinan itu penuh berkat. Beliau juga menegaskan bahwa ilmu dan maksiat tidak pernah akan bertemu. Kalau seorang yang menuntut ilmu sambil bermaksiat maka ilmu yang dia dapat hanyalah sebentuk ilmu yang ghoiru nafi’, kerana hakikat ilmu itu adalah menjadi cahaya yang menerangi kehidupan manusia.
Pada sebelah petang acara walimah dilaksanakan di Masjid Assalam Hayyu ‘Asyir, Madinah Nasr Kaherah. Ramai tamu yang hadir. Tidak seperti kenduri-kenduri yang biasa aku hadiri di Malaysia, tamu hanya akan datang untuk makan dan pulang atau menunggu sebentar untuk melihat acara persandingan yang entah dari mana asal usulnya, walimah kali ini dikomandoi oleh MC juga. Seperti biasa ia dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran lalu diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Panitia, dilanjutkan dengan ucapan wakil keluarga mepelai laki-laki mahu pun perempuan. Aku sangat tertarik dengan konsep walimah ini. Keluarga kedua-dua mempelai mengingatkan anak mereka dengan pesanan-pesanan dan akhirnya seakan-akan menyerahkan anak mereka kepada masing-masing pihak, ia disaksikan oleh seluruh hadirin. Sangat Menarik.
Acara walimah kemudian diteruskan dengan khutbah nikah yang disampaikan oleh Ust Zein, beliau bertubuh kecil namun sangat besar ketika berorator. Assalam geger petang itu. Dalam khutbahnya, beliau lebih menumpakan pembicaraan tentang pernikahan yang sangat memanaskan kuping telinga mereka yang belum menikah. Beliau berkata, “Hadirin hari ini kelihatannya banyak dari golongan jomblo, maka saya ingin menasihati mereka agar cepat-cepat meninggalkan alam jomblonya dan segera menikah”
Antara isi khutbah beliau cuba untuk menjelaskan maksud hadis tentang perkahwinan merupakan setengah dari agama. Beliau menyenaraikan beberapa maksud yang dapat dipahami dari nisfuddin itu antaranya :
1. Dalam ilmu fikih jika kita lihat secara keseluruhan maka kita akan menemukan setengah daripadanya adalah berkaitan dengan keluarga. Maka, seseorang itu belum dapat memahami dengan sepenuhnya kecuali dengan proses perkahwinan itu sendiri. Perkahwinan adalah pintu untuk memahami setengah dari agama.
2. Secara keseluruhan kita dapat menyimpulkan bahwa Islam menuntut kita untuk menguasai dua hal iaitu : sabar dan ikhlas. Dalam perkahwinan seseorang akan benar-benar diuji tahap keikhlasan dan kesabaran. Dengan perkahwinan seseorang akan belajar untuk menguasai sabar dan ikhlas yang akan menjadikan dia seorang yang mengusai setengah dari agama.
Ada lagi, tiga atau empat point yang beliau sampaikan dalam membahas nisfuddin yang semuanya beliau sertakan dengan dalil-dalil naqli.
Setelah berakhir khutbah barulah tetamu dihidangkan dengan jamuan yang sangat sederhana sekali. Dalam perjalanan pulang aku kembali berbincang dengan diriku. Sungguh walimah itu sangat meriah, walaupun mereka hanya dihidangkan jamuan yang ala kadar namun mereka pulang dengan hati senang. Dan yang lebih penting lagi mereka pulang dengan semangat dan pengetahuan yang berharga tentang perkahwinan. Benarlah kata-kata yang sering kita dengar “Keberkatan sebuah perkahwinan tidak boleh diukur dari harga mahar yang tinggi, jamuan yang firstclass, hantaran yang mematikan,hadiah yang membazir, mahligai persandingan yang megah, akan tetapi ia diukur dengan ketaqwaan dan keikhlasan”
Perkahwinan lebih berharga dari sekadar menjual anak.
Perkahwinan lebih mulia dari sekadar menunjuk-nunjuk.
Perkahwinan lebih suci dari sekadar bergembira atau bahkan terjerumus kepada bermaksiat.
Tahniah Agus Mutamsir.
Tahniah Maghfirah Bt Zakaria, my classmate kat sekolah rendah dulu yang juga baru MELANGKAH. Semoga keluarga yang kalian dirikan akan melahirkan zuriyat yang akan menjadi imam bagi orang-orang yang bertaqwa. Amin






