Sayonara Habibi albi…
Posted on August 16th, 2007 in Uncategorized
Kau datang tiba-tiba,
sekali dua tatap muka mengait hati dan jiwa,
Adakalanya aku, mengendahkan dirimu,
kau tetap setia,
menjadi kawan tuk memberi bukan meminta,
apalagi menerima,
kau kongsi apa yang kau miliki dengan rela,
Di hati mu kulihat cahaya,
Cahaya setia kawan yang luar biasa,
Ku senangi cahaya itu yang berselimut seni dan nyawa,
sastera, bahasa, musik dan irama,
memudahkanmu tuk selesa dengan sesiapa,
Hari ini kau pergi,
disaat kita baru bermula,
mereka ceritera kenangan masa,
Pergilah dengan hembusan bayu diiringin irama,
Mekar mewangi mendamaikan hawa telinga,
lantunan kenangan selalukan berbekas dimana-mana,
Sapalah aku dikala duka,
disini aku selalu bersedia,
dengan “inafisme” aku berkarya,
bacalah ia hilangkan duka.
Kau tahu dimana mencari,
Diriku yang kuterjemahkan di dalam kata-kata.
Sayonara sahabatku,
Sayonara kekasih hatiku,
Terima Kasih tuk segalanya,
Terima Kasih sudi berkongsi cerita,
Bertemu dan berpisah kita kerana yang Maha ESA.



Leave a Comment