This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Lama sungguh blog ini tidak disentuh. Bukan tidak mahu tapi tidak mampu. Kesibukkan tidak memberi tenaga, masa bahkan tidak juga memberi keinginan untuk menulis. Padahal hal yang bermain diminda seorang taqeyyabella sangat banyak. Banyak kejadian dan insiden yang perlu ditadabburi hikmah disebaliknya. Banyak idea bernas yang perlu dilakarkan langkah perlaksanaannya. Tidak kurang pula pengalaman menarik yang ingin sama-sama dikongsi, namun semua itu tidak mampu diluahkan kerana kecemburuan keadaan yang memaksa bertahan dengan diam seribu bahasa.

Janji untuk menulis sedikit-sebanyak hal-hal yang dibincangkan dalam forum yang lalu juga belum sempat ditunaikan. Tapi fakta-fakta yang berlalu insyaAllah masih segar tersimpan.

Keinginan berkongsi terus mendesak agar usaha memberi terus berlanjutan. Hari ini tanpa disengaja ku temui sebuah laman web baru yang sangat menggembirakan diriku. Dulu, aku konsisten membeli surat kabar SAWT Al-AZHAR yang diterbitkan sekali seminggu iaitu pada hari Jumaat. Komitmen ini aku teruskan demi untuk membiasakan diri dengan membaca surat kabar arab. Tentunya faedah disebalik komitmen ini begitu besar dan tidak perlu diceritakan. Memulakan latihan membaca dengan surat kabar SAWT AL-AZHAR merupakan usaha awal yang begitu baik dan perlu dicontohi oleh semua pelajar-pelajar Azhar yang baru. Ini kerana kos surat kabar yang murah. Bahasa yang digunakan masih mudah. Topik perbincangan adalah perihal sehari-hari yang berkait dengan agama dan Islam. Ia merupakan permulaan awal sebelum pelajar mula melirik surat kabar lain seperti Ahram, Misril Yaum, Rose Yusuf, Al-Wafd dan sebagainya yang kesemuanya menggunakan bahasa yang agak tinggi untuk lepasan STAM.

Hari ini, aku dikejutkan dengan penemuan laman web SAWT AL-AZHAR yang menyediakan khidmat muat turun keratan akhbar yang telah di-scan. Ini bermakna, teman-teman yang berada di Malaysia, Indonesia yang kehausan sumber bahan bacaan arab dapat mengambil faedah dari laman web ini. Bagi aku peribadi, ini sangat menguntungkan kerana sekian lama aku telah berhenti membeli akibat jadwal pembelian yang harus dilaksanakan pada hari kamis atau jumaat sahaja. 

Semoga dengan adanya laman web ini, dan seribu satu laman web arab lain dapat kita manfaatkan sebaiknya dalam meningkatkan bahasa dan menambahkan tsaqafah kita.

2 Responses to “SAWT Al-AZHAR”

  1. daliliNo Gravatar Says:

    pergh~ x tau la bley faham x baca web tuh~ hehe~ baca web yusuf qardawi pon tukar balik jd english… :P

  2. anasxzNo Gravatar Says:

    cantik la shahid, pasni leh bawak bincang dalam usmam ka apa tajuk yg menarik//

Leave a Reply