This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


“Akhirnya engkau pergi juga.” Desis hatiku saat menerima sms “Tok Papa dah x de” sekitar pukul 12.56 am 10/2/2008 yang dikirim oleh ibunda. Sms itu baru ku baca pada waktu subuh,setelah menunaikan solat subuh aku segera membaca surah yasin.
Kami memanggil beliau dengan gelaran ‘Tok Papa’ kerana ibunda memanggil beliau ‘Papa’. Hari sebelumnya aku telah menerima sms bahwa beliau telah pun sakit. Kisahnya bermula ketika beliau menuju ke masjid untuk menunaikan ibadah solat jumaat. Beliau merasa begitu lelah dan penat bahkan beliau hampir pengsan. Kerana merasa tidak larat maka beliau berehat di masjid sehinggalah masjid kosong. Perlahan beliau menuju kereta dan memandu ke rumah. Tok mama sudah pun resah kerana jam telah pun menunjukkan pukul 3 lebih.

Allahamdulillah beliau sampai dengan selamat ke rumah. Di rumah beliau terus terbaring keletihan. Ibunda, ayahanda, adik-adik bersama keluarga abang pergi ke Terengganu. Pada mulanya mereka menuju ke sana demi menyelesaikan beberapa hal ternyata semua yang dirancang berubah. Mereka segera pulang ke Kuala Lumpur.

Ibunda dan ayahanda tiba di rumah pada tengah malam atau awal pagi ahad. Adik-adik semua ditinggal di rumah abang di Gombak. Pada jam 7 pagi ibunda menerima panggilan dari Tok Mama untuk membawa Tok Papa ke Hospital. Ibunda bersiap dan pada jam 8 pagi ibunda menerima panggilan telepon dari Tok Mama yang menyatakan bahawa Tok Papa sudah pun tiada.

Menurut ibunda, Tok Papa pergi dengan tenang, dalam keadaan bersuci. Menurut ayahanda pula, urusan menyucikan jasad beliau pun mudah kerana pada hari sebelumnya beliau telah banyak mengeluar sisa-sisa yang terdapat di dalam tubuhnya.

Urusan jasad beliau dilaksanakan di Masjid Al-Falah, Subang Jaya. Sebelum azan zohor berkumandang, jasad beliau telah pun selesai diurus. Setelah solat jemaah zuhur, jemaah terus menyolatkan jasad beliau. Beliau kemudian di semadikan di tanah perkuburan Lot : 2208, Subang Jaya.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak, tiga orang menantu, sebelas orang cucu, seorang cucu menantu dan seorang cicit. Beliau telah pun hidup selama 76 tahun sebulan dan 10 hari.

Beliau banyak meninggalkan kenangan bersama kami apalagi diriku yang selalu menjadi rakan karibnya ke masjid. Dulu ketika beliau masih lagi menetap di Seksyen 14 Petaling Jaya, kami selalu pergi masjid bersama dan pada perjalanan pulang biasanya beliau akan mencarikan buah tangan sama ada donat dari Dunkin Dounat, ais krim dari BaskinRobins, ayam dari Kentuky, pizza dari Pizza Hut, burger dari McD atau buah dari pasar. Hal ini yang paling aku ingat kerana pada ketika itu aku masih lagi di sekolah rendah dan sangat gembira bila mendapatkan buah tangan yang sedap-sedap itu.

Beliau merupakan seorang Jurutera yang mengendali sebuah syarikat swasta bernama Bina Runding. Antara projek mega yang pernah beliau turut berkecimpung sama adalah pembinaan Masjid UPM di Serdang, Selangor.

Semoga beliau sejahtera di alam persinggahan sebelum menghadapi hari pembalasan. Semoga rumah barunya itu terang dan luas lagi bercahaya bertemankan malaikat-malaikat yang baik. Semoga rohnya sentiasa mendapat cucuran rahmat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga amal kebaikannya diterima di sisi Allah SWT. Nantikan kehadiran kami di sana, Tok Papa! Sampai jumpa lagi!

Dengan segala ke rendahan hati mohon dengan harap untuk sudi menyedekahkan bacaan Al-Fatihah. Semoga Allah membalas jasa baik anda. Al-Fatihah!

Leave a Reply