Sampai berjumpa lagi !!!

Posted on September 12th, 2007 in Uncategorized

Semalam aku menghantar seorang kawan karibku. Seorang yang sangat ku hormati dan kukasihi. Seorang yang banyak memberiku ilmu. Seorang yang layak bergelar SIFU. Dialah yang menanamkan minat menulis dan berblog di dalam diriku.

Secara jujur kami tidaklah akrab pada mulanya. Wataknya sebagai anak jati utara semenanjung yang sedikit keras dan kasar dalam mengungkapkan sesuatu menjadikan jarak antara kita sedikit ketara. Â

 Anasxz berjaket putih

Namun seiring dengan berjalannya waktu, sebagai seorang sahabat, aku tidak rela jika sebuah persahabatan hanya bersifat statik. Hubungan persahabatan perlu ada perubahan positif. Semakin lama kita berteman seharusnya kita semakin akrab dan dekat.

Maka berbekalkan prinsip “Seek to understand then to be understood”

 aku mula mengakrabkan diri dengannya. Melalui komputer, adobephotoshop, dan hal-hal yang berkaitan dengan web site, kami menaut kasih. Tanpa memerlukan masa yang lama kami mula akrab dan saling selesa. Terjalinlah ukhuwwah fillah yang begitu mahal harganya.

Hari ini dia pergi meninggalkan kami. Pemergiannya tentukan memberi kesan mendalam pada ramai orang. Seperti pepatah arab yang berbunyi, “wal wahidu kal alfi in amrun ana..” dan satu seperti seribu jika dia memikul hal yang mustahak. Kehilangan seorang seperti beliau ini seakan-akan kehilangan seribu orang..

“Seronok bekerja dengan shahiid ni..” Itulah ungkapan terakhirnya. Kita berpisah untuk bertemu.. Nikmat bertemu pada saat berpisah.. Sampai jumpa sahabatku..

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives