Sajak Pilihan HK2′09
Posted on March 14th, 2009 in Uncategorized
Tajuk : “Membudaya Warisan Bangsa Memacu Aspirasi Umat”
Berjalan aku merentasi zaman,
melirik jatuh bangun ketamadunan,
terkesima aku pada suatu perubahan,
jayanya penuh kegemilangan.
Dulu manusia diperhamba hiburan,
harta, arak dan wanita sebagai habuan,
rosak jiwa hilang arah pemikiran,
tergadai raga dek halusnya bisikan,
terjual maruah rakusnya keinginan.
Cahaya perubahan sinar gemilang,
suluhnya perjelaskan perbezaan,
pantulannya memberi kekuatan,
silaunya mencegah kesalahan.
Kekuatan cahaya itu perkasa,
menghanyutkan diri taat yang esa,
menjulang tinggi anugerah istimewa,
akal selamat jiwa terjaga,
Sinar itu kemudian menjadi aspirasi,
asas khalifah mentadbir bumi,
hamparan kosong disulap menjadi berisi,
bahkan dihiasi indahnya warna-warni,
tujuannya tetap mengquduskan Zat Suci,
persembahan hamba yang rabbani,
tanda syukur atas jasad yang diberi,
menghindar kufur azabnya tak terperi.
Sinar azimat itu berjaya melahirkan permata,
kilaunya menjadi pujaan manusia generasi ke generasi,
kuasa gilanya berjaya memanusiakan kebinatangan nafsu,
wanita diangkat dengan lelaki sama tinggi,
si abdi diberi hak layaknya penguasa,
menariknya lagi, rentak kehidupan mengalir ke era pembaharuan,
nilai ilmu agungnya tak terlawan.
Bacalah dengan nama tuhanMu yang menciptakan!
Untuk apa!? Supaya anda bersujud dan taqarrub! Fasjud waqtarib..
Abu Aswad Adu’ali berfikir hingga menghadiahkan titik kepada dhad.
Sibawaeh yang berguru kepada Khalil mendokumentasikan kata-kata Arab agar fathah tak tersalah tempat.
Warisan ilmu biar ‘ihdina’ bukan sekedar meminta tetapi doa agar dikarunia sentiasa.
Berlari gerakkan ilmu malah manusia menjadi bahan kajian,
terungkaplah misteri kandungan badan dalam catatan ibnu sina yang lahirnya di bukhara kini Uzbekistan,
dalam sibuk dihanyut dunia ibnu tufail pula menghadiah novel berjudul hay ibnu yaqdzon,
milik asli yang kini dicetak rompak dengan nama imingan tarzan.
Angin kencang menerbangkan debu,
hinggap dipermukaan menyelimuti mulusnya kulit,
terganggu cahaya pantulan permata menjadi redup,
taringnya dulu tidak lagi menggetarkan lawan,
keris pula tumpul terbungkus sampul.
“Hoi, dulu permata kami cemerlang!” tabik dada si muslim pada nama.
“itu dulu!” lekeh si yahudi yang kaya.
Kini sinar itu tiada lagi, Di pecah belah garis teritori,
Sibuk memikirkan diri dan bangsa sendiri.
Tak mengapa jiran merana asalkan diri selesa.
Pupus peduli tumpah darah manusia seakan tiada makna,
Lahirlah generasi baru umpama jasad tanpa roh.
Perang zaman ini mula berubah rupa, pedang bukan lagi senjata utama,
senjata baru yang ampuh umpama bom pembunuh diri,
bom yang mematikan jiwa dan membiarkan diri bergerak tanpa erti.
Bom pemusnah ruh di dalam diri.
Budi pekerti yang dulu merupakan aset utama diri kini hilang tiada lagi.
Celupar mulut, tindakkan diri dan bencikan kebenaran menjadi junjungan.
Lahirlah bangsa melayu yang bukan lagi melayu. Melayu yang berbicara tanpa kemelayuan.
Kononnya ingin maju dengan bahasa asing. Hasilnya malah berpusing.
Maju bukan menafikan asal-usul. Buah tidak akan ada tanpa akar!
Terduduk aku merenung dan berfikir.
Seni dan kebudayaan adalah khazanah berharga.
Mengajak kita mengenal agama dan bangsa dengan segala budi pekertinya.
Jati diri bangsa mengingatkan kita prinsip yang dipertahan demi taat yang Maha pencipta.
Agama mengajar kita walau kiamat tiba, dan kita dalam keupayaan untuk menanam sebutir benih
maka laksanakanlah!
Itu bukti potensi syukurnya dengan mengembangkan.
Memperjuangkan seni dan budaya agar aspirasi tercipta demi melakar kegemilangan bangsa
dalam kerangka dan kaca mata Si Pemilik Nyawa.
~taqeyyabella~
Kaherah 13 Mac 2009
Sajak ini telah kutuliskan dalam beberapa peringkat. Mencuri-curi masa disela-sela kesibukkan. Sepertiga pertama kutuliskan sekitar jam 2 pagi 11 Mac 2009, beberapa rangkap sempat kunukilkan di dalam pejabat Dekan Fakulti Perubatan Universiti Zaqziq pada 12 Mac 2009, beberapa yang lain kunilakan tatkala pertemuan non-formal disebuah rumah pelajar di Zaq-ziq dan akhirnya kusempurnakan penyusunan sajak ini setelah solat jumaat tadi.
Sejujurnya sajak ini bukanlah sajak yang baik dan sangat jauh daripada layak untuk dinobatkan sebagai sajak yang baik. Toh aku sendiri tidak begitu pasti apa sebenarnya ciri-ciri dan krateria sajak dalam kesusastraan Melayu. Kalau dalam kesusteraan Arab, sajak adalah rangkaian kata-kata yang tidak terikat dalam wazan yang khusus atau dikenal dengan kategori nathr namun, ia memiliki susunan bunyi yang menyenangkan dan makna yang mendalam.
Seni dan budaya adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Cuma bagi kita manusia yang punya agama, kita melandaskan seni dan budaya kepada ilmu. Hanya ilmu yang dapat membezakan kerangka dan isi suatu kebudayaan dan kesenian antara yang memberi kebaikan kepada manusia dan yang sebaliknya. Ilmu yang tidak ada keraguan di dalamnya adalah ilmu yang hadirnya dari Allah SWT yang Maha Kuasa.



March 23rd, 2009 at 3:38 am
nak test comment, jadi cam mana..
April 10th, 2009 at 4:28 pm
sahiddd….mis uu..huhuhu bersajak la pulakkkkk
April 11th, 2009 at 4:41 am
miss you too pai.. tapi skrng tak leh miss ko lebih-lebih macam dulu.. nanti ada orang marah… wahahaha~
Bila ko nak hadiahkan aku anak sedara.. hehe..
March 22nd, 2010 at 5:12 pm
sikit-sikit dah le