Qadarrullahu Ma Sya` a Fa’ala
Posted on February 2nd, 2009 in Uncategorized

“Qadaarallahu ma sya`a fa’ala” berkali-kali mereka mengucapkan kata-kata itu kepada saya. Usaha mereka menenangkan saya yang memang -alhamdulillah- tenang membuatkan saya semakin tenang.
Ucapan tersebut bermakna “Allah telah mentaqdirkan apa yang diingini berlaku”. Ucapan tersebut mempunyai nilai yang cukup besar ketika diucapakan kepada mereka yang tertimpa mushibah kerana ia mengingatkan kita yang mendengar bahawa Allah SWTlah yang memiliki sebenar-benar hak bertindak dan sepenu-penuh keinginan. Manusia memang berkeinginan dan berkehendak akan tetapi keinginan dan kehendak manusia terbatas. Keinginan dan kehendak manusia tidak akan tercapai dan terlaksana tanpa kehendak dan keinginan Allah SWT. Maka ketika suatu yang tidak kita ingini berlaku, hendaklah kita segera menyedari konsep dan hakikat ini.
1 Februari 2009 merupakan sebuah hari yang sangat terkesan buat diri saya. Tazkirah kematian disampaikan oleh Allah SWT dengan cara yang sangat unik dan ril. Ia juga memperlihatkan dan mempersedarkan saya akan kelemahan diri sebagai manusia. Mengingatkan diri akan hati yang semakin ternoda dengan dosa. Menegur jiwa yang makin haus dengan pekerti mulia. Mengingatkan tubuh dan akal akan sedikitnya bakti di dunia. Menginatkan ajal yang hadirnya sekelip mata. Mecubit hati agar kembali taat pada yang Esa. Menyingkap memori akan masa yang tersia. Mengenag peluang yang hilang entah ke mana.
Peristiwa yang terjadi kerana lemahnya diri. Kelopak mata pon tak mampu dikuasai. Sehingga tutupnya penyebab sebuah tragedi.

Diriku lenyap tatkala mata terlelap. Tangan tergerak tanpa sedar. Stereng berputar ke kanan. Kereta yang berkelajuan 90 – 100 km/jam bergegar kerana tayar mula menyentuh bebatuan di sisi jalan. Goncangan dan gegaran mengembalikan diri ke alam sedar. Gerakan reflek memutarkan tangan ke arah kiri dan kaki kanan menekan padel brek. Kereta hilang kawalan dan membuat sebuah putaran. Bahagian kanan depan menghentak pembagi jalan. Cermin mataku turut terbang akibat kuatnya hentakkan. Untungnya tubuh terikat sabuk pengaman (seat belt).
Dari belakang hadir sebuah truck pick up yang tidak rendah kelajuannya. Rahmat Allah pemandu truck tersebut tangkas walau pergerakkan Hyundai tidak terduga. Mana tidak dalam hitungan detik Hyundai Matrix itu berubah arah dari pergerakkan lurus membelok ke kanan kemudian ke kiri semula dan akhirnya hilang kawalan dan membuat sebuah putaran penuh.
Segera dia turut dan menjerit dengan suara yang sangat-sangat lantang, “Engkau nak bunuh aku kah!!”
Orang yang ada di sekitar segera datang membantu. Menolak kereta menuju tempat aman di tepi jalan.

Antara kerosakkan yang telah dikenal pasti :
Tayar kanan, Copling, Cooler tank, Dynamo, Radiator dan Bumper.
Qadarrallahu ma sya`a fa’al..



February 2nd, 2009 at 3:14 pm
Alhamdulillah syukur…
rabbena yustur..
biasa tu shahid, tak dak apa2 pun..
rosak2 tu biasa la….
February 2nd, 2009 at 6:05 pm
(’Cikgu’.. Hehe..kami sumer risaukn ‘cikgu’ taw.. Hehe..)
Alhamdulillah ustz x de pape2 tp ustz mcm mane skrng? 0k x?
Salam take care dr kami pelajar aq mans0ura..:-)
February 3rd, 2009 at 12:53 am
Kesalahan:
1. Memandu sambil tidur:
Iqob ; A.Saman RM 300 bayar bila tiba di KLIA
2. Memandu tanpa lesen:
Iqob ; A. Ulang balik P
B. Saman RM 200 Bayar di Kastam
* Lengkaplah anak-anak Hj Sharuddin & Hjh Sofia yang mempunyai lesen mengalami saat-saat ‘cheating death’. Semoga terus berdoa agar sentiasa dipelihara Allah swt. Sallimna Ya Allah Min Kulli Bala’in wad dhoror. Amin
February 3rd, 2009 at 12:55 am
Alhamdullilah abang selamat..jangan tinggal kan kami abang..i luv u..Ya Allah! lindungi lah abang ku , sempat kn lah kami melihat cahaya mata kami ya 4JJl…
February 3rd, 2009 at 4:17 pm
wah ustz,mcm drift je sy tengok
hehe~
alhmdulillah ustz x pape
sy tengok gak kete tu snanya
ish3..x dpt bygkn
xpela,yg pnting ustz slamat
February 4th, 2009 at 2:41 pm
Hampes punya kekasih!! kat sinilah nak berkasih.. tempat lain tak mo!!
Mama cubit sikit anak sulung mama nie.. buat huru-hara kat blog orang.. Habes ramai orang kecewa ingat pemilik blog kawen tak jemput.. Ish!!!
February 4th, 2009 at 3:10 pm
Syukran anas..
Time kasih penolong ketua kelas (hehee.. jaga kawan-kawan eh. jangan gaduh-gaduh..)
Polis trafik pon layan blog kew.. huhuhuuu~ Aku exciden lepas 5 tahun dapat lesen eh.. So tolong sket.. Tu pon sebab ngantuk. Yang pegi hantam orang lepas dua hari dapat P tu sape? Dia yang tak pass test JPJ tu sebenarnya.. Ulang P balik!! :p
AS_Conan hehe… Time kasih.. tula ari tu suruh orang buat drift time orang buat tak tengok pulak.. :p
February 5th, 2009 at 12:00 pm
logik la baru 2 hari dapat lesen eksiden, takkan 5 taun bwk br nk eksiden plak…xtau la sape ulang p hahahaha
February 6th, 2009 at 9:18 am
wew.. hati-hati atuh akang Syahid. Untung yang penyok cuma mobilnya.hehehe
*salam dari Jakarta
February 6th, 2009 at 10:08 pm
tu dia , ramai yg mengkomen kat sini . muiz pun ada gak eh . id, ttg kete tu hang jangan risau . semua dah cover . tinggal kita settlekan je .
February 8th, 2009 at 5:06 pm
hihi..comel anak sulung mama kamu.td org tkejut gk bce tgk ble die kawen tbe2 nk dpt anak da? hikhik..syahiid cedera x? sorry lama x visit blog..nape drive time ngantuk..ish ish..
February 8th, 2009 at 11:19 pm
haha… nasib baik selamat… alhamdulillah… a good tazkirah for u n for me too~ thanks for sharing, dear friend~
February 11th, 2009 at 12:24 am
Sweetheart, semua nya yang berlaku, suka tak suka is kehendak Allaah Tabaraka wa Ta`Ala. So… have you learnt anything from this experience ? Besides falling asleep at the wheel – did you get any ‘insight’ during that minute second? Mesti ada kot tapi anta tak tulis
Terbabas is GOOD! Trust me – I know what I’m talking about – its when you have “sinned” so to speak, that you can learn the reality of divine providence. Otherwise, kalau orang kata ‘dosa’ tanpa mengenal dan hidup dalam noda ‘dosa’… kita tak akan tahu … Taubat is also good but don’t take my word for it because that’ll be between you and Allaah Tabaraka wa Ta`Ala correct ?
I trust you will with better ‘judgement’ lead a life, full of eXperience for without which a life based on heresay, is nothing but a lie, and veils are meant for cowards, and not for jihadists.
My love, and prayer go to you always,
Love,
AA
February 12th, 2009 at 4:41 pm
salam…
terkejut memula baca..
ingtkn ada kematian..
alhamdulillah semuanya selamat…
lama xdengar khabar..
take care ye..
semoga sentiasa dilindungi olehNya~
February 12th, 2009 at 5:09 pm
Salam…
dah ditakdirkan nak kena maner nak tau..tapi beringatlah sebelum kena..Syukur Selamat.
Allahu ma’i Allahu Nadhiri, Allahu syahidi..