Alhamdulillah berkat kekuatan dan inayah yang Allah SWT karuniakan aku telah berjaya mengikut serta sebuah program keusahawanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Program yang dilaksanakan selama hampir 5 hari ini telah disertai oleh hampi 60 orang, walaupun yang benar-benar aktif dan hadir hanyalah kurang dari 50 orang.

Secara keseluruhan program berjalan lancar walau  perlu diakui segala kekurangan dan kesalah-kesalahan besar bagi program anjuran Kementerian berlaku di sana-sini. Mungkin orang biasa tidak terlalu menyedari kesalahan-kesalahan fatal yang berlaku, namun, sebagai seorang yang selalu mengurus dan menjalankan program, kesalahan-kesalahan itu sangat perlu diperbaiki apalagi jika suatu program itu dianjurkan oleh kementrian.

Dalam keadaan yang demikian rumit, aku menawarkan diri untuk terlibat membantu jalannya program walaupun aku bukanlah sesiapa bagi program tersebut. Ya tidak susah menjadi urusetia, lagi pun tidak banyak yang harus diperbuat. Cuma merasa sedih bila program yang sedemikian besar kekuatan kewangannya tidak diurus dengan baik. Kami ini susah mencari wang untuk melaksanakan program. Ada yang memiliki wang malah urusannya tidak baik yang menyebabkan penyertaan tidak memuaskan. Tentulah menyedihkan.

Bicara mengenai keusahawanan tentunya merupakan topik yang sangat penting. Aku bukanlah orang yang begitu bercita-cita untuk menjadi seorang yang kaya raya. Sama sekali tidak pernah terlintas untuk berfikir demikian. Kita perlu yakin dan faham bahawa kaya raya itu bukat satu-satunya matlamat kehidupan ini. Bahkan, ia tidak layak pun dijadikan matlamat. Ada orang yang berkata, kita perlu kaya dahulu baru nanti kita boleh tolong umat ini. Betul apa yang dia katakan itu cuma sisi pandangnya yang salah. Kita membantu agama ini bukan untuk agama ini kerana agama ini tanpa dibantu pun pasti akan mulia. Kitalah sebenarnya yang memerlukan agama dan perlu berusaha agar dicatatkan sebagai pembela-pembela agama. Demi menjadi yang terpilih untuk mengemban amanat ini tidak disyaratkan untuk menjadi kaya. Ertinya, tidak kaya pun boleh dipilih menjadi pembela agama. Maka, sisi pandang yang benar adalah sama ada kita kaya atau pun kita miskin agama ini perlu dibantu agar kita digolongkan dalam golongan yang layak memasuki syurga.

Pahaman yang jelas ini memberi kita dorongan untuk hidup diatas bumi yang nyata. Jelas dengan segala yang dituntut ke atas kita. Seorang yang ingin tergolongan menjadi pembela agama haruslah terlebih dahulu mampu membela diri mereka sendiri terlebih dahulu. Kekuatan yang dimiliki sajalah yang mampu melawan segala musuh agama. Kekuatan itu bukanlah terletak pada kekayaan tetapi kekayaan mempunyai andil atau peran yang begitu besar dalam mengokohkan gerakkan kita.

Apa yang membezakan usahawan biasa dengan usahawan pejuang agama?

Bagi menjawap pertanyaan ini, ingin saya mengajak kita melihat generasi muslimin pertama yang dididik oleh Rasulullah SAW. Tim pertama yang memeluk Islam memiliki dua ciri-ciri, sama ada dia merupakan pedagang hebat atau pun dia merupakan seorang belia. Ya pedagang yang bukan calang-calang, malah yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Contohnya, Saidatina Khadiijah RA dan Saidina Abu Bakar Assyiddiq. Tidakkah kita pelik bagaimana mereka yang hidup dalam keadaan senang lenang ini mahu menjadi pengikut Rasulullah SAW dan meninggalkan segala kekayaan mereka. Terlalu banyak kisah yang menceritakan bagaimana harta itu bukan lagi hal yang berharga bagi mereka. Mari kita kenang kembali apa yang terjadi ketika Saidina Abu Bakar RA ingin membeli Bilal. Tuan kepada Bilal meletakkan harga yang tinggi dan Saidina Abu Bakar menyetujui harga Bilal yang tinggi itu. Tuan tersebut kemudian menertawakan keputusan Abu Bakar atas keputusannya yang dianggap sangat hina memandangkan Bilal pada matanya tidak bernilai. Saidina Abu Bakar malah menjawap, seandainya dia meletakkan harga yang jauh lebih tinggi dari itu, nescaya Saidina Abu Bakar tetap akan membelinya secara tunai yang secara tidak langsung menunjukkan betapa berharga dan besarnya nilai Bilal di mata Abu Bakar RA.

Banyak lagi kisah para sahabat yang menyumbangkan hampir keseluruhan harta mereka demi Islam. Peliknya, mereka ini setelah menyerahkan harta kekayaan mereka, mereka masih lagi terus berusaha sehingga kembali menjadi orang yang kaya lalu kemudian menghabiskan segala yang mereka dapat di jalan Allah.

Dari sini jelas dapat dibezakan matlamat dari masing-masing usahawan. Usahawan biasa gigih ingin mendapatkan harta dan kekayaan. Usahawan pejuang agama gigih kerana itu adalah kewajiban dan itu adalah tuntutan agama. Usahawan biasa menikmati segala harta dan kekayaan. Usahawan pejuang menggunakan apa yang mereka perlu sahaja dan menyerahkan bakinya kepada Rasulullah SAW dan Islam kerana apa yang mereka inginkan bukan kenikmatan dunia tetapi kenikmatan hakiki di akhirat sana.

Perbezaan sisi pandang ini tidak menjejaskan semangat, usaha dan dedikasi usahawan pejuang agama untuk mendapatkan kekayaan dan harta. Malah sisi pandang ini semakin memotivasikan mereka untuk terus berusaha lebih gigih lagi kerana mereka yakin dengan demikian mereka bakal berpeluang mendapatkan rahmat dan belas kasihan Allah SWT seterusnya dijadikan ahli syurga.

Kesimpulannya, sangat salah mereka yang mengatakan, “jadi kaya dahulu baru boleh bela agama!” seperti salahnya mereka yang mengatakan, “kekuatan ekonomi (kekayaan dan harta) itu tidak penting bagi pembelaan agama!”

Program keusahawanan ini paling tidak telah memberi suntikkan semangat kepadaku khususnya untuk lebih yakin bahawa kita adalah orang yang mampu untuk terus berusaha dan berusaha. Sebagai usahawan berjaya, kita perlu berpijak pada alam realiti dan berinteraksi dengannya sebaik mungkin sehingga kita dapat mencapai matlamat tanpa melanggar tuntutan syarak.

Aku berasa sangat gembira dengan program yang dianjurkan ini. Perkara yang menggembirakan itu antara lain adalah kerana aku dapat mengenal ramai kawan-kawan baru. Walaupun aku tidak mampu menghafal semua nama-nama mereka namun insyaAllah aku yakin wajah-wajah mereka akan sentiasa aku kenang.

Sebagai seorang peserta, aku turut bangga dan bersyukur telah ditetapkan sebagai ahli kumpulan 2 yang dipimpin oleh Anas. Pada mulanya anas berusaha menolak jawatan tersebut. Namun, setelah masa berjalan dia kelihatan tidak lagi segan walaupun aku tidak pernah melihat dia memberikan arahan kepada ahli-ahlinya. Aku turut bangga melihat semangat dan sokongan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulanku. Dedikasi mereka sangat tinggi. Walaupun mereka mungkin tidak melakukan apa-apa tugas namun, mereka sedar bahawa kehadiran mereka menunggu dan menemani teman-teman yang lain bekerja adalah suatu yang perlu mereka lakukan. Semangat berkumpulan dan rasa memiliki ini tidak dimiliki oleh semua orang. Tidak jarang kita menjumpai teman-teman yang egois yang selalu suka mematematikkan segala urusan. “Aku dah buat kerja aku sudahlah..” “Itu kerja kau, kau lah yang urus..” aku tidak menyukai sikap manusia yang demikian. Aku bahkan menyesal kerana tidak dapat bersama-sama mereka kerana urusan yang harus aku sempurnakan. Aku memang tidak berniat membuat-buat alasan untuk melarikan diri.

Ribuan terima kasih dan penghargaan ini aku ucapkan kepada semua khususnya, Anas, Talhah yang bersemangat, Abg Faiz yang merupakan ahli tertua antara kami, Faizul yang cool dan ceria selalu, Aizuddin sang pemilik idea yang dijadikan bahan projek, Hashrafful yang gigih menyiapkan slideshow, Amirah dan kak A’A (Fakhriah) yang begitu talented dalam bab kira-kira sampai kami terpaksa membiarkan mereka berdua berlari dan kami puas sekadar merangkak dalam mempelajari bab pengurusan kewangan. Tidak terlupakan Radin yang turut hadir.

Nice to meet you all!!!

Semoga kita semua berjaya menjadi usahawan pejuang agama yang cemerlang suatu hari nanti.

Tidak dilupakan semua peserta-pesrta lain, Norzilawati dan Saliya yang rajin dari mansurah, Anna anak murid Ust Tunggul, Muizuddin and de gang, Kak Mar and de gang, Daniel, Fikri, pasangan pengantin baru, Abu Dzar dari Alex, kawan-kawan dari pahang, kawan-kawan dari negeri sembilan,kawan-kawan dari Sabah, kawan-kawan dari Tanta, kawan-kawan dari Syubra dan semua yang hadir. Nice to meet you all.. 

One Response to “Program Keusahawanan 2008”

  1. anas Says:

    aslkm…
    salam ukhwah pada ust syhid kite…
    bce2 blog ni…rse segan plak..hehe…
    bkn x nak bg arahan cme…segan je..jd adik plg kecik dalam kumpulan tiba2 jd ketua…hehe…
    tapi,apa2 pun…mcm ust jugak…ana rse bangge berada dalam kumpulan 2..semuanye komited ngan tugas yang diberikan…
    harap2 ukhwah yang dibina ni kekal walaupun berkenalan sekejap..
    harap2 semua jd usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat..amiin…
    (p/s : sahabat sekalian dah kaye nanti jgn lupe ana ye…hehe…)

Leave a Reply