PROFESIONALISME DALAM PENULISAN
Posted on August 1st, 2007 in Uncategorized
“Greate but lots of spelling mistake la bro !!!†pesan yang ditinggal seorang pengunjung di c-box. Memang perlu diakui bahwa tulisan aku belum lagi mencapai tahap profesionalisme. Kesalahan tulisan adalah aib bagi penulis, begitu juga dengan masalah tata bahasa dan tanda baca. Sangatlah tidak layak bagi penulis untuk mengatakan bahwa dia tidak sempat untuk mengedit tulisannya. Inilah yang membuatkan diriku sedih.
Baru-baru ini aku telah berkesempatan mengikuti sebuah Seminar Penulisan Profesional bersama salah seorang Timbalan Dekan Universiti Malaya iaitu Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak. Beliau yang begitu sederhana dan ramah telah meluangkan masa selama dua hari bersama kami di Dewan Malaysia Abbasiah. Tidak seperti seminar yang sering dilaksanakan sebelum ini, seminar kali ini lebih menarik paling tidak bagi diriku. Ini kerana Prof telah mengkonsepkan perjalanan seminar ini berupa sebuah interaksi tiga hala. Iaitu :
1. Penceramah –> Peserta
2. Peserta –> Peserta
3. Peserta –> Penceramah
Konsep seperti inilah yang sangat jarang ditemui di universiti kami apalagi bagi kami yang belajar di bidang agama.
Di dalam tempoh yang singkat ini, kami dikenalkan akan ciri-ciri penulisan yang professional dengan harapan, latihan menjadi penulis yang professional dapat dilaksanakan sendiri setelah seminar.
Profesionlisme seorang penulis dalam melaksanakan proses penulisan, format penulisan, tujuan penulisan dan kualiti penulisan akan mempengaruhi profesionalisme tulisan tersebut, disamping ciri-ciri lain seperti keterbacaan, kepersisan dan kejelasan.
Seorang penulis harus sering berpegang pada prinsip-prinsip berikut :
“Good writing begins with good reporting.â€
“Good writing begins with good thinking.â€
“Good writing begins with good idea.â€
Pada seminar ini, kami dilatih untuk merangka tulisan yang ingin dihasilkan dengan perbincangan berkumpulan. Kerjasama kumpulan sangat membantu kami untuk melatih untuk menjadi seorang yang mahir dalam berfikir. Cara pemikiran yang kreatif, analisis, kritis dan logik akan bermuara ke sebuah idea yang bernas. Idea yang bernas haruslah segar (fresh) tidak lapuk dan basi, serta sarat akan nilai-nilai.
Ketika rangka sebuah tulisan telah pun tersedia dengan matang. Penulis hanya perlu menterjemahkannya ke dalam tulisan. Kemahiran menulis inilah yang perlu dilatih oleh masing-masing individu. Ianya adalah bakat yang archiveble dengan usaha keras.
Prof. Dr. Md Sidin turut meninggalkan tugas yang perlu kami laksanakan iaitu merealisasikan segala rangka buku atau artikel yang telah dibincangkan ke sebuah produk yang publishable.

Leave a Comment