Peperiksaan Tarikh Adab

Posted on January 4th, 2007 in Uncategorized

Lapan haribulan ni akan ada satu paper yang perluÂÂ dihadapi iaitu matapelajaran “tarikh adab” kali ini pelajar tahun dua kuliah bahasa arab di Universty Al Azhar di beri peluang untuk melahap dua buah buku yang boleh tahan nipis, 1. Adab fi sadril islam karangan Dr. Muhammad Abdul Rahman Abdul Zahir pensyarah kuliah bahasa arab di universiti al azhar dan 2. Muthola’at fil adabil umawy karangan Dr. Syafiq Abdul Raziq Abu Sa’idah. Buku yang pertama terdiri dari tujuh bab. Dr Muhammad Abdul Rahman menekankan didalam bukunya ini akan pengaruh Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang telah merubah sastera arab pada zaman sadrul islam(bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke akhir khulafa arrasyidin). Pengaruh Al-Quran yang merupakan sebuah kitab yang menjadi sumber hidayah,menerangkan tata cara kehidupan, memberi peringatan, menyampaikan berita gembira dan bahkan merupakan sebuah mukjizat yang tidak dapat ditandingi oleh manusia. Kehadiran kitab suci ini mempengaruhi beberapa hal antaranya : 1. Mempengaruhi jiwa-jiwa yang kosong(manusia). 2.Mempengaruhi Jin 3.Mempengaruhi pemikiran manusia. 4.Mempengaruhi tutur kata manusia. Di salah satu lembaran buku ini diceritakan bagaimana seorang sahabat bernama Umar bin Khattab yang merupakan orang yang paling ganas dan sadis terhadap orang islam ketika itu, mendapat hidayah apabila mendengarkan bacaan al-quran adik perempuannya. Hatinya yang lebih keras dari batu itu berubah lembut tatkalau membaca ayat-ayat Arrahman dari surah tha ha. Kemudian diceritakan bahwa umar pergi ke ka’bah dan melihat Rasulullah SAW sedang solat lalu dia memasukkan badannya kedalam kain ka’bah lalu berjalan sehinggalah dirinya berada dihadapan Baginda SAW yang sedang solat. Beliau melakukan hal itu hanya untuk mendengarkan bacaan baginda SAW yang akhirnya mengantarnya kepada sebuah penyerahan diri kepada yang Maha Esa. Buku ini diakhiri dengan pembahasan mengenai syiir-syiir arab. Pandangan islam terhadap syiir-syiir, sikap Rasulullah SAW dan para sahabat ketika mendengar syiir-syiir dan lain-lain. Buku yang kedua pula membahas tentang keadaan sastera arab pada zaman Umawy (zaman setelah kematian Ali RA sehingga sebelum khilafah abbasiyyah) bagaimana terjadinya perubahan tatkala pada zaman sadrulislam khutbah menjadi aktiviti yang paling menarik dalam masyarakat kerana ketika itu masih dalam fase penyebaran islam dan penerapan sendi-sendinya kepada masyarakat, namun pada zaman umawy khutbah mulai pudar akan tetapi syiir-syiir kembali popular. Perubahan ini terjadi kerana beberapa faktor antaranya,1. jumlah umat islam yang semakin ramai,2. fitnah-fitnah yang terjadi,3. perpecahan-perpecahan antara umat islam, 4. Kekacauan politik (keadaan politik yang tidak stabil) Keadaan Politik yang tidak stabil ketika itu adalah faktor terbesar yang menghidupkan lagi populariti syiir-syiir, ini kerana setiap puak ingin dipimpin oleh puak mereka. Untuk mencapai tujuan itu mereka terpaksa menggunakan syiir-syiir untuk membuktikan kelayakan mereka memimpin dan untuk meraih hati rakyat juga untuk menumbuhkan semangat perkauman antara mereka. Dr Syafiq juga menerangkan bagaimana pengaruh bahasa arab yang telah mendarah daging kepada bangsa-bangsa selain arab (roma, parsi, qibti, dan sebagainya) sehingga melahirkan orang arab berdarah roma atau parsi dan sebagainya. Pembahasan tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara penulisan, bahasa rasmi kerajaan, surat menyurat, perjanjian, dan urusan-urusan pejabat juga dibincangkan secara detail dibuku ini. Demikianlah sekilas tentang subjek yang akan diujiankan beberapa hari lagi. Semoga Allah SWT memberikan taufiq, hidayah dan inayahNya sehingga matapelajaran ini dapat dikaji,dibaca,dihafalkan dengan baik.Walaupun banyak syiir-syiir dan nasar-nasar yang harus dihafalkan yang membuatkan kita ingin segera menutupnya sebelum sempat membukanya…Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla waanta taj’alu ssho’ba iza syita sahla… Amin ya rabb….

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share