Tiga tahun sudah saya meninggalkan sekolah tercinta “Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo”, namun kenangan indah selama di sana masih lagi segar di ingatan. Kenangan suka dan duka menjadi memori indah dan pengajaran yang sangat berharga bagi diriku hingga saat ini. Salah satu sudut kehidupan yang paling unik dan berbeza di Gontor adalah hari-hari peperiksaan. Peperiksaan di Gontor dihadapi dengan penuh maksimal (jiwa, raga dan pikiran). Konsep peperiksaan yang tidak hanya tertumpu pada kertas soalan dan jawaban akan tetapi mencakupi aspek-aspek lain menjadikan peperiksaan di Gontor sangat mencabar. Disiplin ketenteraan yang telah menjadi trademark Gontor menjadikan keadaan hari-hari peperiksaan lebih dahsyat dan teruja, ini kerana disiplin di hari peperiksaan akan ditingkatkan ketahap yang lebih tinggi. Tidak hairan kalau banyak dari pelajar-pelajar yang gagal mematuhi disiplin terpaksa di dropout pada hari-hari peperiksaan. Mengerikan bukan…
Gontor memiliki sebuah sunnah (kebiasaan/amalan) yang tidak pernah ditinggalkan setiap kali adanya event-event tertentu iaitu Taujihat wal irsyadat. Sebelum menghadapi peperiksaan kita akan ditaujih (diarahkan) dan diirsyad (dituntun) oleh Mudir agar dapat menjalani hari-hari yang mencabar ini dan lulus menghadapinya. Mudir biasanya akan menyampaikan segala hal yang menyebabkan kegagalan dan segala yang menjadi pendorong kejayaan. Tentunya Mudir tidak akan lupa untuk mengumumkan kembali segala disiplin-disiplin yang harus dipatuhi selama hari-hari peperiksaan. Suka saya sampaikan disinilah salah satu contoh peraturan adalah membawa buku. Membawa buku adalah hal yang wajib bagi setiap pelajar pada hari-hari ujian kemana sahaja dia pergi. Walaupun dia ingin pergi ke bilik air sekali pun buku wajib berada di tangan setiap individu. Peraturan sebegini sangat mendukung sehingga ia menjadikan suasana di sekolah itu, benar-benar suasana ujian, suasana belajar, suasana perjuangan. Pelajar yang menunggu giliran mandi di bilik air akan menggunakan masa menunggunya dengan membaca buku yang dia bawa tadi.
Kini sudah tiba bagi saya untuk menghadapi hari-hari peperiksaan akhir semester di Universiti Al-Azhar Tahun 2006/2007. Sekarang tidak ada lagi Mudir yang dulu selalu mentaujih dan mentarsyid kami. Maka post kali ini ingin saya khususkan untuk mentaujih dan mentarsyid diri saya sendiri agar dapat menjalani hari-hari ini dengan baik.
Bil limtihani yukramul maru au yuhan. Dengan peperiksaan seseorang akan dihormati atau dihina.
Maka sebelum menghadapi peperiksaan perlulah bagi kita memperhatikan hal-hal berikut:
1. Niat
Peperiksaan bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bergantung pada peperiksaan. Niat adalah bahasa lain dari usaha men-set mind-kan seseorang. Seorang yang memahami konsep bahawa peperiksaan bukan segala-galanya, maka dia tidak akan menjaga dirinya agar tidak menjadikannya segala-galanya. Ramai pelajar yang salah menyangka tentang peperiksaan. Mereka beranggapan bahwa peperiksaan adalah segala-galanya sehingga mereka rela melakukan apa sahaja entah dengan cara yang benar maupun salah dengan harapan dapat berjaya di dalam peperiksaan. Mereka merupakan golongan yang salah. Mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka menghina diri mereka sendiri. Mereka gagal.
K etika si pelajar berpegang pada prinsip meletakkan segala-galanya bergantung pada peperiksaan, maka si pelajar tidak menumpukan pada peperiksaan sahaja, namun si pelajar berusaha menjadikan peperiksaan hanya sebagai alasan untuk memotivasikan diri untuk lebih fokus dalam belajar. Di peringkat ini, pelajar akan merasakan bahwa peperiksaan membuatkan dia menjadi lebih paham, lebih menguasai pelajaran, lebih banyak maklumat, dan usaha yang diletakkan juga akan lebih maksimal. Mind set yang begini akan menjadikan si pelajar sportif dan jujur memeriksa dan menilai tahap kemampuan dirinya.
2. Utruku ma siwaddarsi Tinggalkan segala suatu yang tidak berkaitan dengan pelajaran
Untuk mencapai pada suatu hasil yang baik, seorang pelajar haruslah mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Meninggalkan segala suatu yang tidak berkaitan dengan pelajaran adalah hal yang paling baik untuk mendapatkan tumpuan yang sempurna. Jadi, yang ada awek tu putuskan dulu awek-awek korang selama hari-hari peperiksaan
just kidding !!!
3. Disiplin
Disiplin adalah hal yang terpenting untuk mencapai kejayaan. Namun pada hari-hari peperiksaan, disiplin belajar, disiplin pemakanan, disiplin waktu, disiplin tidur semuanya perlu diperhatikan. Konsep 6×2 : 2×6 sangat bergantung pada kemampuan seseorang dalam berdisiplin.
Konsep 6×2 : 2×6 = adalah konsep dalam mengulang kaji pelajaran. Peruntukan masa selama 6 jam non stop dalam belajar yang dikalikan dengan dua akan membuahkan hasil yang berbeza dengan peruntukan 2 jam yang dikalikan dengan enam. Minda seseorang akan merasa letih kalau terus menerus dipaksa untuk menerima suatu pelajaran. Pelajar yang mahir akan mengatur waktu mereka agar selalu dapat memperuntukkan masa yang memadai untuk suatu pelajaran ketika mindanya FRESH. Pergantian mata pelajaran ke mata pelajaran lain akan membantu seseorang untuk me-refresh-kan minda mereka.
Peringatan : Minda tidak akan fresh jika direfreshkan dengan menonton filem !!! Freshkanlah minda anda dengan solat sunat dan baca Al-Qur’an.
4. Ad Doa’ silahul Mu’min Doa adalah senjata orang-orang mu’min
Sebagai seorang mu’min perlulah kita percaya bahawa segala kejayaan dan kemenangan hanya akan diraih dengan rahmat dan inayah dari Allah SWT. Jika kita mengharapkan sebuah kejayaan yang mutlak dan adil maka tentunya kita tidak pernah akan berjaya, kerana usaha kita untuk mendapatkan kejayaan itu tidak seimbang (setimpal) dengan kejayaan itu sendiri. Allah SWT sangat kasih dan sayang pada hamba-hambanya. Kasih sayang Allah SWTlah yang memberikan kejayaan kepada kita walaupun kita tidak layak menerimanya.
Prinsip : Usaha tanpa doa adalah SOMBONG, Doa tanpa usaha adalah OMONG KOSONG
Pelajar yang ingin berjaya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Solat-solat seperti solat malam, duha’, qabliyyah dan ba’diyyah, tilawah, shoum dan sodaqoh sudah menjadi agenda wajib bagi mereka. Mereka juga akan meminta maaf dan doa dari teman-temanya dan juga ibu bapa tentunya. Doakanlah teman-teman kita maka kita juga akan didoakan.
Pernah ada yang berkata, “Dah nak dekat peperiksaan rajin benar dia beramal kalau tidak liat benar…” Ingatlah Allah pada waktu ada senang maka Allah akan mengingat kita pada waktu kita susah. Namun kalau kita dalam keadaan terdesak dan susah lalu tak reti-reti nak beramal, tak taulah orang jenis apa kita ni…
5. Qana’ah Berpuas Hati
Setelah segala usaha kita kerahkan maka hendaklah kita berpuas hati dengan segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Jangan pernah merungut dan menyesal atau bermegah dan sombong. Akhiri setiap paper kita dengan sujud syukur. Jadikanlah sujud syukur sebagai suatu amalan.

Jangan lupa :
1. Alat tulis 2. Student Card 3. Tengok jadwal betul-betul 4. Tulis Nama dan No.Pelajar dengan betul 5.Semak berulang-ulang kali sebelum hantar 6. Baca doa sebelum jawab 7. Jawab dengan tenang
Peperiksaan adalah pertarungan kita dengan diri kita sendiri. Jangan hiraukan orang disekeliling kita. Semoga kita semua tergolong dalam mereka yang berjaya… Amin…
Doa mudah menghafal dan fokus :
اللهم ارØÂÂمنى بترك المعاصى أبدا ما أبقÙÅ تÙ†ى وارØÂÂمنى أنأتكل٠ما لا ÙÅ عÙ†ÙÅ Ù†ى وارزقÙ†ى ØÂÂسÙ†الÙ†ظر ÙÂÂÙÅ ما ÙÅ رضÙÅ Ùƒ عÙ†ى, اللهم بدÙÅ ع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التى لا ترام أسألك ÙÅ ا الله بجلالك ونور وجهك أنتلزم قلبÙÅ ØÂÂÙÂÂظ كتابك الكرÙÅ Ù… كما علمتÙ†ى وارزقÙ†ى أنأتلوه على الÙ†ØÂÂوالذى ÙÅ رضÙÅ Ùƒ عÙ†ى, اللهم بدÙÅ ع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التى لا ترام أسألك ÙÅ ا الله بجلالك ونور وجهك أنتÙ†ور بكتابك بصرى وأÙ†تطلق به لساÙ†ى وأÙ†تÙÂÂرج به عÙ†قلبى وأÙ†تشرؠبه صدرى وأÙ†تغسل به بدÙ†ى ÙÂÂØ¥Ù†ه لا ÙÅ عÙŠننى على الØÂÂÙ‚ غÙÅ رك ولا ÙÅ ؤتÙÅ Ù‡ إلا أنت ولا ØÂÂول ولا قوة إلا بالله العلى العظÙÅ Ù….
Doa mendapat keputusan cemerlang :
اللهم اجعلÙ†ى منأعظم عبادك Ù†صÙÅ با ÙÂÂÙ‰ كل Ø®ÙÅ ر تقسمه ÙÂÂÙ‰ الغداة مننور تهدى به ورØÂÂمة تÙ†شرها ورزق تبسطه وضر تكشÙÂÂÙ‡ وبلاء ترÙÂÂعه ÙˆÙÂÂتÙ†ة تصرÙÂÂها وسوء تدÙÂÂعه.






