Selalu kita dengar dan baca perspektif masa dari kaca mata Islam. Saya yakin kita sudah sepakat akan nilai dan besarnya kepentingan pengurusan masa bagi seorang muslim. Apa yang ingin saya ingatkan diri saya adalah bagaimana pelaksanaannya masing-masing dari kita dalam bertanggung jawap dan menepati masa. Ya, kita sudah mampu solat tepat pada waktunya dikebanyakkan solat fardhu kita. Sudah cukupkah sekedar itu? Tentunya tidak! Masa akan terurus jika kita merancangnya dengan baik seperti mana kita rancang setiap kegiatan kita sehingga kita mampu memastikan keberadaan kita di saf pertama pada setiap waktu solat walau di pelbagai tempat, situasi dan keadaan. Maka kita perlu juga merancang jadwal harian kita sedemikian rupa sehingga setiap saat bahkan detik sentiasa bermanfaat dan terurus. Sengaja saya tuliskan mengenai perihal sepele ini kerana kekecewaan saya atas diri saya yang tidak dapat menghadiri sebuah kegiatan yang saya nanti-nantikan. Ia bukan kali yang pertama. Itu yang membuatkan saya semakin sedih. Ingin sekali saya fahamkan kepada semua orang bahawa saya ini terlibat dalam pelbagai kegiatan, formal dan tidak formal. Saya menjadi murabbi di suatu jemaah dan di jemaah lain saya menjadi mad’u. Saya menjadi pemimpin di satu organisasi dan saya juga menjadi ahli di organisasi lain. Pahamilah kenyataan itu. Hidup saya bukan sekedar menjadi mad’u semata-mata atau ahli saja sebagaimana saya juga bukan hanya menjadi pemimpin sahaja. Untuk mengurus kehidupan saya yang penuh dengan warna-warni ini saya sentiasa perlu aktif menyusun jadwal saya. Tolong jangan paksa saya untuk menghadiri program anda jika anda memberi makluman 10 menit sebelum acara. Apalagi pada saat itu saya sudah pun memiliki jadwal yang telah lama saya susun. Mengapa hal seperti ini perlu saya suarakan? Kerana setiap kita mempunyai kesan kepada orang-orang lain. Sikap ini perlu kita perbaiki dan perlu kita perhatikan. Paling tidak kita usaha merancang agar tidak menyesal. Maafkan saya atas segala kelemahan diri. Tulisan ini bukan usaha untuk menyalahkan sesiapa akan tetapi agar kita lebih waspada dan jeli. Paling tidak anda telah berusaha memaklumkan kepada saya walau disaat-saat akhir. Hal itu amat sangat saya hargai. Merenung agar hidup lebih bererti.






