Ramai masyarakat Malaysia hari ini mula berminat untuk berpaling ke cara hidup yang Islami. Keinginan tersebut mungkin muncul setelah beberapa episod menyeramkan serata dunia akibat bencana alam yang terjadi. Tentunya perihal ini terjadi bagi sebahagian yang dibuka pintu hati mereka untuk berfikir. Namun, tidak sedikit dari mereka yang terjebak dalam dilema. Keinginan untuk berubah bahkan membentuk zuriat yang muslim sejati berbenturan dengan realiti semasa yang kejam. Udara sosial yang kotor dan beracun seakan tidak mampu dihalang dari meluru masuk ke paru-paru kita. Buntu tanpa penyelesaian.
Kelompok lain melihat pada sisi yang berbeza. Bagi mereka, siapa yang memegang tampuk pemerintahanlah punca masalahnya. Maka agenda utama adalah menggulingkan pemimpin yang “sekular” menurut mereka dan melantik pemimpin yang “Islami” dari kalangan mereka. Masa, tenaga dan harta habis dengan usaha politik perebutan kuasa. Pelaksanaan syariah tetap tinggal cita-cita semata.
Kelompok yang ketiga agak sederhana. Mungkin cita-cita mereka tidak terlalu menonjol seperti ingin membina sebuah negara. Namun, usaha mereka walau kecil sentiasa berterusan. Target jangka pendek dan jangka panjang sentiasa diupdate. Check and balance menjadi rutin harian. Bermula dari diri dan anak isteri kemudian menuju keluarga. Perkembangan yang perlahan tapi berterusan. Kesannya jelas terpancar. Malangnya, kelompok ini malah membuat satu strata sosial yang baru. Cenderung eksklusif. Tidak bergaul dengan orang “biasa” atau “awam”.
Cuba renungkan. Kita cenderung kepada kelompok mana?
Bila bicara tentang perundangan Syariah, kita perlu jelas terlebih dahulu apa yang hendak kita bincangkan. Ini penting agar kita tidak melulu dan tidak membuang masa. Syariah hakikatnya perlu ditatbiqkan atau dilaksanakan dalam setiap level. Bermula dari 1) individu 2) masyarakat dan 3) negara.
Fahaman yang jelas akan pelaksanaan syariah perlu bermula dari individu kemudian masyarakat dan akhirnya negara adalah asas utama yang perlu sama-sama kita renungkan. Bayangkan betapa lucunya ketika sekelompok yang begitu semangat menerapkan hukum Islam di suatu daerah akan tetapi masyarakat yang tinggal di tempat tersebut belum bersedia menerima penerapan itu, apa yang terjadi hukum tersebut ditolak, huru-hara berlaku, mudarat yang lebih besar timbul. Ini yang terjadi di Pakistan dan beberapa tempat lain.
Taqnin (perundangan) Syariah di peringkat negara hanya akan berjaya jika masyarakat telah pun sedia menerima perundangan tersebut sebagai alat bagi menjaga maqasid syariah (1. Aqidah 2. Nyawa 3. Harta 4. Keturunan 5. Kehormatan 6. Akal). Dalam perundangan Islam, yang penting bukan ramai yang bersalah dikenakan hukuman, tetapi hukuman jarang dijatuhkan kerana tidak ada yang bersalah!
Jika merujuk kepada sejarah, syariah diturunkan bila mana masyarakat muslim ketika itu sudah bersedia untuk menerima syariah. Bersedia secara aqliah, zahir dan batin. Bersedia yang dimaksud disini adalah mental attitude yang telah tepat dan matang. Contoh mudah, ketika syariat tudung ditetapkan ada wanita yang tidak memakai tudung kerana belum tahu. Sebaik sahaja ada yang memberi tahu bahawa tudung telah disyariatkan si fulanah tersebut terus berpaling ke arah dinding menyembunyikan muka. Kain guni digunakan demi untuk melaksanakan syariah. Kesediaan dengan mental attitude yang tepat dan betul!
13 tahun diperlukan untuk membina aqidah assalimah yang merupakan asas kepada mental attitude yang tepat pada fasa Mekah. Jika dilirik ke serajah yang lebih lama, membina metal attitude yang tepat memerlukan kepada pergantian generasi seperti yang dialami pengikut Nabi Musa AS selama 40 tahun di kawasan tih (di Semenanjung Sinai).
Individu-individu yang telah memiliki mental attitude yang tepat dan berada di satu tempat akan menghasilkan man power. Man power yang gagahlah yang akan berjaya melaksanakan penerapan Syariah.
Dari sini jelas, penerapan Syariah memerlukan keseimbangan antara menjadikannya hanya sekedar ideologi yang digembar-gemburkan dan perlaksanaan di masyarakat.
Dua pendekatan yang dapat diguna pakai. Pertama, pendekatan dari atas ke bawah; iaitu dari pemerintah (atasan) ke masyarakat. Pendekatan kedua, dari bawah ke atas; iaitu dari masyarakat ke pemerintah.
Jelas terlihat bagaimana pendekatan dari bawah ke atas lebih berpengaruh dan berkesan. Seperti usaha Saidina Muhammad SAW di Mekah dan Madinah. Pendekatan dari atas ke bawah tidak kalah penting, tetapi jika pemerintah berhadapan dengan masyarakat yang tidak bersedia, maka penerapan tetap tidak akan berjaya.
Di Malaysia, perundangan Syariah terikat dan tersepit dengan perlembagaan. Akan tetapi perubahan menuju ke arah positif akan berterusan jika masyarakat bersedia dan mendesak perlembagaan untuk digubal dari masa ke masa. Kita dapat melihat betapa perlembagaan menjadi penghalang utama, akan tetapi kita juga melihat man power yang mampu mengubah jika masyarakat memiliki mental attitude yang siap menerima Islam sebagai undang-undang.
CABARAN
Penerapan dan pelaksanaan Syariah diperingkat individu adalah sebuah proses berterusan yang lama dan melelahkan. Ianya tidak popular dan tidak mendapat perhatian. Bahkan, public opini yang terbentuk bahawa pahlawan adalah yang lantang dan berani (menentang). Hakikatnya, yang kritikal adalah usaha memasyarakatkan penerapan Syariah ke jiwa dan nurani setiap individu. Dengan bahasa lain berdakwah!
Berbuih sudah mulut berkata, letih sudah telinga mendengar tapi malangnya perlaksanaan tidak kunjung datang. Yang bicara lidah, yang dengan telinga yang melaksana iman dan taqwa. Itu sebabnya susah.
Gerakan-gerakan Islam perlu melihat kembali sejauh mana usaha memasyarakatkan Syariah Islam ini berjaya diterapkan diperingkat individu dan masyarakat. Sedih tapi nyata, golongan gerakan hari ini gagal untuk menerapkan Syariah walau hanya ke peringkat anak. Maka ucah bicara tentang cucu atau cicit. Mengapa? Kerana ketika sang anak memerlukan first idea untuk dijadikan asas kepada mental attitude, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan luar yang kononnya atas nama jamaah. Ketika sang anak sepatutnya telah memiliki mental attitude yang tepat demi penerapan Syariah, nyatanya sang anak belum bersedia. Pertembungan berlaku antara ibubapa dan anak. Terlambat sudah untuk memaksa. Mental attitude yang salah dan rosak telah pun tercipta. Lahirlah hari ini generasi ibu yang bertudung labuh bahkan berpurdah tapi anak gadisnya sendiri berseluar jeans ketat, t-shirt you can see dan tudung yang sekedar perhiasan. Lahirlah sang ayah berdahi hitam yang subuhnya sentiasa di masjid sedangkan anak lelakinya menduhakan subuh bahkan menzuhurkan subuh.
Ideologi memang perlu tapi hanya sekedar ideologi tidak cukup. Hanya sekedar wacana, slogan dan sebagainya tidak cukup. Pelaksanaan perlu seiring. Perubahan perlu bergerak seiring dengan ideologi yang diperjuangkan.







November 8th, 2008 at 3:46 am
Salam alaik.
“Dua pendekatan yang dapat diguna pakai. Pertama, pendekatan dari atas ke bawah; iaitu dari pemerintah (atasan) ke masyarakat. Pendekatan kedua, dari bawah ke atas; iaitu dari masyarakat ke pemerintah”
1) X bolehkah kalau buat 2-2 ni serentak?
“Taqnin (perundangan) Syariah di peringkat negara hanya akan berjaya jika masyarakat telah pun SEDIA menerima perundangan tersebut sebagai alat bagi menjaga maqasid syariah”
2) Rasa-rasanya perlu ditunggukah BERSEDIAnya seluruh masyarakat itu ataupun sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk MENJADIKAN MEREKA BERSEDIA?
November 8th, 2008 at 12:33 pm
alhamdulillah..
dari ats ke bwh itu just enforcement atau plaksanaan. plaksanaan kpd yg tidak berilmu hany mnimbul kan mslh yg lbh trok. krn mrk tidak fhm knp mereka d lyn sbgitu, tidak fhm mngapa bgitu bgini, bgini bgitu. slagi mereka tidak fhm, tidak berilmu plaksanaan ini malah bakal mnjauhkan lg mereka mereka ini..
tp ada pngecualian… skiranya kita soroti sirah, pmrintah itu tidak jauh dgn masy. pmrintah itu mndidik langsung rakyat nya, di beri ilmu, di dkati sgnap lampisan, d tarbiyah lewat pelbagai metode, hikmah d gunakan d mana-mana, dari situasi ini ia mlaksanakan perundangan ke ats yg mngerti yg fhm yg mahu kan syariah itu. di mn mn ttp akn ada sglintr yg tidak akn fhm tidak akn trima dll bahkan zmn nabi jg bgt. tetapi stidaknya majoriti itu harus fhm harus mngerti asas2 agama/syariah dsbg
jadi kita bagaimana..
prnh d bhs ttg perkara ini dgn seorg ilmuan. d mn seorg ank muda brpndapat melalui pemerintahan ia bakal mngwal tv, sumber maksiat dsbg nya. spt mnggunakan kuasa utk mnegakkan syiar. ilmuwan itu brkata jika berjya pn ia tidak boleh brtahan lama krn foundation nya tidk kukuh. is sama spt org yg cakap ‘ bila aku kaya aku nk derma kpd Islam’ walhal islam itu tidak pernah perlukan uang beliau. sama spt ini, islam tidak perlu kan kuasa utk ia trlaksana. Allah yg mnjaga agama ini. Agama ini ada nya dlm hati lewat iman dan taqwa.
mningktnya iman dan taqwa masyarakat nscaya nur Islam itu psti membri rahmat kpd alam. Allah sntiasa mnjaga hati2 yg brtaqwa dan beriman. smakin ramai yg di jaga allah smkain kuat masyarakat itu, kekuatan ini yg d perlukan untuk mnjadikan kita tersenarai di dalam snarai Hamzah. Hamzah ktua sgl syuhada. amin
November 9th, 2008 at 4:05 am
Terima kasih atas soalan yang dilontarkan,
1) Masalah yang perlu dibahas bukan masalah boleh atau tidak boleh. Nama saja pendekatan tentulah boleh untuk dilaksanakan. Tapi apa yang ingin kita fikirkan adalah sejauh mana realiti kita pada saat ini memungkinkan pendekatan ini dilaksanakan. Pendekatan pertama sangat popular dikalangan kelompok yang menjadikan politik sebagai ladang perjuangan. Namun, usaha mereka sepertinya lebih fokus kepada kemenangan pada pilihanraya dibanding dengan usaha mendidik masyarakat agar memiliki mental attitude yang dapat menerima penerapan syariah. Jika kedua-dua pendekatan ini dapat berjalan seiringan, tentunya masyarakat kita tidak akan teruk. Masalah yang lebih merisaukan adalah usaha menggunakan pendekatan kedua sangat-sangat tidak diminati. Bahkan kita yang ada paham agama sekali pun kadang-kadang bila berhadapan dengan anak atau saudara mara sendiri pun tidak usaha menyebarkan dakwah.
Kesan dari pendekatan pertama yang saat ini lebih dominan dikalangan masyarakat yang hendakkan islam di malaysia adalah seperti yang telah disampaikan keyboardbaru di atas. Apa yang kita takutkan adalah masyarakat tidak bersedia lalu kemudian menentang hukum-hukum Allah. Alangkah baiknya jika kita memfokuskan usaha dalam mempersiapkan masyarakat yang matang dan mentally prepared sehingga ketika kita ditaqdirkan menang, penerapan itu tidak menjadi kejutan kepada masyarakat.
2) Tentunya menjadikan masyarakat kita bersedia adalah perkara utama yang menjadi beban kita semua. Tapi adalah kurang hikmah jika kita memaksa untuk menerapkan syariah sedangkan kita tahu mereka memang belum bersedia. Contoh mudah, seorang yang tidak jelas tentang konsep penghambaan, konsep ketuhanan, konsep kenabian, al-quran sebagai petunjuk adalah orang yang sangat jelas ketidaksediaannya untuk menerima syariah, maka, adalah tidak hikmah memaksa dia untuk memakai tudung sebagai contoh. Orang tersebut akan melenting dan makin benci kepada Islam. Tapi seandainya, kita mendekati mereka melalui tahap-tahap yang betul iaitu dengan memberikan segala yang diperlukan sehingga memiliki mental attitude yang kukuh, maka tanpa kita menyuruh pun, dia sendiri akan menanyakan tentang hal-hal tersebut. Maka, instead dia merasa terpaksa melaksanakan syariah, dia malah menjadi volenteer to practice the syariah. Lihat betapa berbezanya kesan antara pendekatan pertama dan kedua.
What do you have in mind?? Please share with me..
November 9th, 2008 at 10:14 am
to me everything in this world has 1 meeting point. titik pertmuan, titik perselisihan di mn smuanya berkaitan. contohnya bila cerita syariah pastu ade kait nye dgn ekonomi, politik, aqidah, lifestyle, mind set, sains, psikolog, teknologi dsbg. cukup trasa keagungan Allah bila kita dpt mlhat 1 titik itu.
ini krn islam itu tanpa sempdan, bkn skadar sempadan warna kulit, bangsa, ngara tp malah ideologi, profesi, jiwa, minda, subconcious dll.
sbg contoh di sini, isunya; undang2, cara hidup, plaksanaan 1 sistem. untuk mncari jln kluar atau pndekatan yg ssuai ahli perniagaan akan mlihat mcm mn kita buat marketing syariah itu. target audience itu pada kelas mana? adakah iklan itu di peringkat introduction? create awareness? just a reminder? dsbg.
bg ahli ekonomi sudut pandang nye pd demand n supply, kita cipta permintaan itu. kita anjurkan promosi agar rakyat fhm, suka, cinta kpd syariah, bila d thp ini apa jual plaksanaan insyaAllah d trima majoriti. corak khidupan, cara pmikiran, pattern komuniti itu akan berubah scara otomatik.
bg arkitek, foundation ssuatu itu harus kuat. dgn reka bentuk asas yg kukuh, apa jua corak, bentuk, fungsi, capasiti bngunan itu pasti tidak mngecewakan. jika asas ikman , aqidah itu kukuh…corak khidupan yg mn pon psti klihatan indah, bagaimana skali pon keadaan geografi nya psti ttp utuh.
bg engineer, stiap prhitungan itu harus tpt. bkalan yang mcm mn, dlm penyampaian yg bagaimana, dan hasil nya di tukar kpd sesuatu yg boleh di ukur.
musician ada rentak rentak yg perlu di ssuaikan mngikut ms dn majlis. kita lihat lagu syariah ini mcm mn nk jual, mcm mn nk buat konsert agr mrk dtg mndengr apa itu syariah? knp? bagaimana ? dll
di sini mnunjukkan, stiap individu muslim mempunyai pranan utk menyebar syariah di dlm msyarkat. dgn pndidikan yg tidak sama di ssuaikan dgn pelbagai jns ragam manusia insyaAllah tiada klompok yg terlpas dr mnrima dakwah.
mungkin ada yg kurang nyambung ttg 1 titik pertembungan itu. mungkin contoh di sini kurang jelas. dgn konsep kesyumulan islam itu, saya yakin adanya 1 titik pertmuan itu. dgn adanya ttik prsamaan stiap perkara d bumi ini adlah tanda kebesaran Allah. 1 titik prtmuan itu ada pd aqidah islam itu. bumi dan isinya itu terdapat didlm alquran. dan alquran itu tidak ada satu ayat pon yg bertentangan, tidak ada pembenturan dsbg. maka jika kita tidak lihat titik pertmuan itu maka ia nya bukan tiada cuma kita yg belom lihat.
Allah yg Esa. Quran yg 1, Bumi yg 1, kita yg 1 - d lahirkan sndirian kmbali nanti pon sndirian.
satu
November 12th, 2008 at 3:40 pm
salam bro…apa kabar..lama tak dgr berita
November 13th, 2008 at 6:40 pm
Tanpa fikrah/ideologi/manhaj (apa yang sewaktu denganya) yang benar..kita akan ghurur dengan amal amal kita….akhirnya ghiyabah ahdaf
Berbekal ideologi pula hanya akan menyebabkan kita tenggelam dengan lautan teori dan falsafah..akhirnya terasa cita2 Islam begitu kompleks dan sukar ditaqbiqkan