Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, Berkesankah?
Posted on March 17th, 2007 in Uncategorized

Terlalu awal bagi seorang pelajar muda seperti saya untuk menulis tentang keberkesanan Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia apalagi tanpa melakukan sebarang kajian yang terperinci, namun sebagai seorang pelajar berwarganegara Malaysia di Mesir sepertinya tidak salah jika tulisan ini diutarakan sebagai pencetus dan penyemangat sekaligus lontaran bebas untuk diambil perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkaitan.
Bahasa Arab adalah sama seperti bahasa-bahasa lain di dunia akan tetapi bagi kita (orang Islam) ianya agak istimewa seperti yang cuba saya sampaikan di artikel ‘bahasa arab, pentingkah ia’. Bahasa secara umumnya merupakan alat komunikasi yang perlu dilatih dan dikembangkan kerana ia merupakan keterampilan yang dapat di asah. Skop pendidikan bahasa dapat dirincikan kepada 3 hal (paling tidak) :
1. Keterampilan bertutur
2. Keterampilan mendengar
3. Keterampilan menulis
Hubungan antara ketiga ini tidak dapat dipisahkan kerana ia merupakan elemen-elemen penting dalam bahasa. Hubungan yang kuat antara ketiga elemen inilah yang akan membantu seseorang menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Apa yang seorang pelajar dengar, tulis, baca dan berkata adalah hasil dari pendidikan sebuah bahasa. Maka adalah sangat penting bagi seorang pendidik bahasa untuk memperhatikan seluruh aspek yang terkandung dalam mata pelajaran bahasa yang dia sampaikan. Seorang pendidik bahasa yang mahir akan selalu memperhatikan sebagai contoh, Huruf besar pada permulaan ayat walaupun ketika dia menerangkan maksud suatu perkataan. Dengan maksud ketika sang pendidik mengajar tentang pemahaman tidak berarti dia boleh mengabaikan segala yang berkaitan dengan tatabahasa.
Antara Pendidikan Bahasa Arab dan Pengajaran Bahasa Arab
Ketika kita membicarakan tentang pendidikan maka akan terbayang diminda bahwa apa yang terkandung haruslah meresap ke dalam minda, raga dan jiwa anak didik. Ketika itu barulah layak ia dikatakan sebuah pendidikan. Sebagi contoh, pendidikan Islam bertujuan untuk menjadikan Islam sebagai buah fikiran (minda) amalan (raga) dan kepercayaan (jiwa). Ketika Bahasa dijadikan sebuah pendidikan maka anak didik perlulah mengusai bahasa di mindanya, mampu bertutur dan menulis dengan raganya dan merasakan zauq atau sense dari bahasa itu dengan jiwanya.
Ketika bahasa hanya menjadi sebuah subjek yang diajarkan maka ia tidak lain hanyalah seperti sebuah maklumat yang diterima oleh seorang pelajar setelah transaksi yang dilakukan di kelas. Maklumat bahawa kitabun adalah buku dan qolamun adalah pena serta fa’ala adalah dari kata kerja lampau (past) tidak akan menjadikan bahasa itu sebagai alat namun hanyalah sebagai maklumat dan pengetahuan.
Seorang pemain bola sepak tidak akan menjadi seorang pemain yang handal jika setiap hari pelatih menyajikan seribu satu teori memasukkan bola ke gawang melainkan pemain itu mengenakan sepatu bolanya dan berusaha menterjemahkan teori itu kedalam sebuah proses usaha kerjasama berpasukan demikian juga dengan seorang peminat matematik tidak akan menjadi terampil dengan hitungan dengan sekadar menghafal rumus akan tetapi keterampilan itu perlulah diasah dengan latihan yang kerap.
Suatu dilemma yang sangat merisaukan ketika seorang pelajar yang telah mempelajari bahasa arab seawal sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah bahkan telah mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) namun gagal untuk menggunakan bahasa arab sebagai alat ketika berada di jenjang universiti. Hal ini bukanlah omong kosong yang sengaja penulis gembar-gemborkan namun ia telah diakui sendiri oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ketika menjelaskan penyebab utama kegagalan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar.
Berikut adalah antara bualan yang selalu kita dengarkan setelah mereka keluar dari dewan peperiksaan.
“Aku tau apa maksud soalan ni dan aku tau jawapan dia cume aku tak tau nak describe macammana.â€ÂÂ
“Alamak aku salah paham, aku ingatkan dia tanya pasal ni, rupanya dia tanya lain.â€ÂÂ
“Eh, sebenarnya soalan ni tanya pasal apa?â€ÂÂ
Ini menunjukkan bahawa, walaupun mereka telah berjaya lulus dalam pelajaran bahasa arab di peperiksaan yang mereka hadapi di sekolah menengah namun hakikatnya mereka gagal menggunakannya ketika ia diperlukan.
Berikut adalah beberapa permasalahan yang dihadapi :
1. Kegagalan pelajar-pelajar Azhar khususnya menguasai Bahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan mengalamai masalah ketika mengajarkannya di sekolah-sekolah di Malaysia. Hal ini berpunca kerana ketika di Mesir, bahasa yang digunakan adalah bahasa ammiyyah atau mahalliyyah bukan bahasa fushhah.
2. Pelajar-pelajar gagal mengaplikasikan nahu dan syorof ke dalam pertuturan dan penulisan mereka. Hal ini berpunca dari kurangnya latihan dan cara penyampain di sekolah.
3. Kurangnya kosa kata yang dimiliki pelajar. Hal ini kerana kurangnya bahan bacaan dan bahan audio visual yang dimiliki oleh sekolah-sekolah di Malaysia.
Mengapa Bahasa Inggris mampu dikuasai oleh lepasan sekolah menengah tempatan dan tidak Bahasa Arab?
Berikut adalah sebahagian kecil dari penyebab kejayaan Bahasa Inggris:
1. Guru-guru bahasa Inggris menyampaikannya menggunakan Bahasa Inggris sedangkan pengajar Bahasa Arab perlu menyampaikannya di dalam Bahasa Melayu.
2. Bahasa Inggris dapat dipraktekkan dimana-mana sedangkan Bahasa Arab tidak pernah di praktekkan walaupun di dalam kelas.
3. Kebanyakan hiburan seperti filem, game, computer, dan sebagainya menggunakan Bahasa Inggris sebagai pengantar sedangkan Bahasa Arab hanya ada di buku teks sekolah tidak lebih dari itu.
Kesimpulan
Sebuah keberhasilan akan hanya diraih dengan usaha yang maksimum. Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia belum menunjukkan tahap keseriusan dari pihak kementrian dan guru-guru yang menghadapinya secara langsung.
Bahasa Arab di Malaysia masih dalam tahap pengenalan dan hanya sebagai pelengkap agar memenuhi syarat namun belum mampu mencapai tahap dan yang sepatutnya seperti yang tertulis di dalam buku persediaan mengajar guru-guru.
Sistem sekolah asrama penuh yang mewajibkan penggunaan bahasa pengantar Arab dan Inggris selama 24jam sehari adalah sebuah contoh sekolah yang berjaya menerapkan bahasa kepada para pelajar-pelajarnya. Sekolah yang seperti ini belum ditemui di Malaysia.



February 10th, 2009 at 5:55 pm
salam. ana tertarik dgn isi penulisan ini krn ana jg merupakan pelajar jrusan b.arab di malaysia,… tahniah..
May 12th, 2009 at 9:07 pm
salam.jazakallah atas penulisan yang bagus ini,teruskan lagi usaha anta.
May 21st, 2009 at 5:41 am
Terperasan ada rupanya post berkaitan isu ni, dari tepi kotak sisi..
Hm..sekolah yang menggunakan Bahasa Arab dan Inggeris 24 jam sebagai bahasa pengantar yang masih belum wujud di Malaysia..Menarik..
Mungkinkah Gontor modelnya?
May 22nd, 2009 at 4:32 am
Di Malaysia sekolah yang pelajar dan guru berwarganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Inggris berbanding bahasa Malaysia sendiri sangat banyak. Terutama sekolah-sekolah elit dan sekolah-sekolah yang didirikan bangsa Inggris juga sekolah Kristien. Tapi sekolah yang berbahasa Arab secara pertuturan seharian belum ada lagi walaupun sekolah Arab yang mengajarkan mata pelajaran Arab dalam bahasa Arab dan juga mata pelajaran agama dalam bahasa Arab tidak sedikit.
Gontor merupakan sebuah tajribah an-najihah fi ta’limil arabiyyah li ghairi natiqinabiha seperti yang dinyatakan oleh para rombongan yang dipimpin oleh Ketua Ikatan Universiti Islam Antarabangsa Syeikh Abdullah Abdul Muhsin Al-Turky ketika melaksanakan persidangan pertubuhan itu di Gontor pada tahun 2007.
Pimpinan Pondok Modern Darussalam Gontor KH Abdullah Syukri Zarkasyi juga telah menerima wusam atau anugerah tokoh yang telah berkhidmat bagi Islam dan Umat Islam yang berjaya dari Presiden Republik Arab Mesir, Husni Mubarak. (KH Abdullah Syukri Zarkasyi merupakan lulusan Al-Azhar Mesir)
Sudah sepatutnya Malaysia memiliki sekolah seperti Gontor bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa.
May 28th, 2009 at 5:33 pm
salam…tertarik ddengan isi yang dikupas, akak sebagai salah seorang tenaga pengajar b.arab di sekolah menengah yang cuma b.arab sampai tngkatan 3..tapi masya allah…terlalu teruk dan memang mengecewakan. guru yang mengajar sebelum akak tak paham cara menympaikan dan mengaplikasikan b.arab untuk peperiksaan apatah lagi digunakan dalam percakapan seharian
mungkin ader alternatif teman-teman dicadangkan untuk aktiviti ini diimarahkan program bahasa arab…
wassalam..terima kasih
July 21st, 2009 at 4:59 pm
السلام عليكم ورحمة الله
نري الي اثر اللغة العربية في حياة الامة الماليزية الصميمة خاصة الي المدرسين ومن يعيش في هذه البيئة.رأينا انهم لم ينجح في استعمالها.
January 15th, 2010 at 7:20 pm
tahniah atas penulisan ini. sy merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah institut perguruan. pngkhususan sy adalah bahasa arab. sy bersetuju dgn pendapat penulis. antara faktor kejayaan seorang murid adalah kerana gurunya efektif & gagalnya seorang murid jg kerana salah guru mendidik.
di peringkat institut kami bljr ttg kaedah&teknik mengajar…program ini adalah perintis dari kementerian dan kami adlh cohort pertama. diharapkan bakal2 guru yg kluar akan menyemarakkan lagi b.arab. apa yg diharapkn spy kite jg mampu. bdiri sama tinggi dn duduk sama rendah dengan bahasa2 lain….