Pemimpin Dan Ideologi

Posted on February 18th, 2009 in Fikir

Hari ini penulis berkesempatan menghadiri sebuah wacana anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang dilaksanakan sempena kunjungan Timbalan Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Kasim.

Majlis yang dilaksanakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ini bermula agak lambat. Kehadiran pimpinan pelajar memuaskan. Paling tidak, kerusi yang kosong tidak banyak bilangannya. Majlis dimulakan dengan makan malam di Kantin ARMA. Juadah menarik yang terdiri dari daging masak merah, isi ikan, sotong dan udang bersalut tepung dan digoreng beserta sop kaki sangat membuatkan penulis yang sememangnya lapar bersemangat.

Tepat jam 8.45 menit semua sudah pun berkumpul di dewan dan wacana dimulakan. Objektif utama yang diinginkan oleh YB Dato’ adalah untuk mendapatkan input-input penting yang dapat memperbaik jabatannya yang ada di Kaherah. Ia merupakan sebuah sikap yang baik bilamana beliau bersedia mendengar apa yang ingin pimpinan pelajar sampaikan.

Mengenang apa yang penulis lalui sebentar tadi di Dewan Malaysia Abbasiah, secara tiba-tiba penulis terfikir akan keterkaitan seorang pimpinan dan ideologi. Mungkin dalam istilah bahasa Arabnya kita kenal dengan fikrah.

Fikrah paling sedikit terbahagi kepada dua. Satu, fikrah yang bersifat prinsip yang kekal dan tidak dapat berubah. Dua, fikrah yang berbentuk semasa dan berubah-ubah sesuai suasana dan keadaan.

Seorang pemimpin perlu memiliki kedua bentuk fikrah ini. Fikrah pertama adalah fondasi yang sentiasa berkait rapat dengan matlamat (jangka pendek dan jangka panjang). Fikrah kedua adalah kreativiti dan inisiatif yang membentuk proses bagi mencapai sesuatu dalam jangka masa pendek.

Dunia ini dicorak oleh mereka yang memiliki fikrah-fikrah ini. Pemimpin sudah tentu perlu memiliki fikrah bagi menuntun ahlinya ke matlamat yang diinginkan. Fikiran yang terbuka, perbincangan yang serius, mata yang peka, pelaksanaan yang konsisten dapat memberi banyak kesan kepada pemimpin untuk akhirnya menentukkan fikrah yang menjadi landasan.

Penulis amat menyokong sikap Prof Dr. Mohd Yusof Kasim yang membuka peluang bagi pimpinan pelajar menyuarakan idea untuk dikemukakan kepada negara dalam rancangan Malaysia ke-10. Sikap yang ditonjolkan itu setidak-tidaknya menunjukkan kesan positif beliau dalam melihat dan menilai persatuan-persatuan di Mesir. Penulis secara pribadi merasakan yang kita dihargai sebagai pemimpin dan selaku jurubicara para ahli.

Penulis melihat budaya seperti ini perlu disemai agar para pimpinan pelajar kembali bersungguh-sungguh berfikir dan mencorak masa depan mereka. Apa yang terjadi selama ini adalah peluang bersuara itu amat tertutup. Perbincangan amat minim. Akhirnya, pimpinan pelajar meresa rendah diri atau malas bilamana suara mereka tidak dihargai. Golongan atasan perlu memupuk budaya kritis dan budaya berfikir-bertindak, yang semakin menipis dikalangan pelajar-pelajar kita. Ini mungkin akibat dari kongkongan yang berlaku pada masa-masa lampau.

Penulis tidak pasti sejauh mana faedah yang diraih penganjur dalam wacana sebentar tadi. Namun, bagi pihak pelajar penulis melihat ia adalah suasana segar yang perlu disemarakkan. Bahkan, penulis sangat bersetuju jika para pimpinan pelajar melebarkan perbincangan antara para pimpinan mengenai permasalahan yang lebih besar skop dan kesannya dan tidak hanya tertumpu kepada permasalahan domestik pelajar sahaja.

Pada akhirnya penulis mengakui akan kelemahan diri dan kerdilnya fikrah yang dibawa. Jika benar kita menginginkan perubahan yang maksimum fikrah kita juga perlu maksimum. Mungkin fikrah kita yang berupa prinsip dan matlamat sudah jelas. Namun pertanyaan besar bermain di minda, sejauh mana fikrah dalam mencipta proses dapat menjadi benar-benar menarik, berfaedah, mencapai matlamat dan praktikal??

Published by taqeyyabella

2 Responses to “Pemimpin Dan Ideologi”

  1. Abqori Says:

    Salam. Beruntungnyalah akhi sebab dapat mengikuti program-program yang sebegini. Ianya hanya dikhaskan untuk para pimpinan pelajar di Mesir ini sahaja ke?

    Fikrah memang perlu ada dan ia sewajarnya sebuah fikrah yang jelas dan mapan. Namun ia tetap masih perlu dibangunkan dalam ruang lingkup dan bingkai yang Islami. Politik kepartian yang sering berubah-ubah prinsip dan tidak statik pegangannya bukanlah sebuah fikrah yang jelas.

    Seeloknya kalau mahu mempelopori fikrah ini, kita mantapkan falsafah dahulu. Tapi kalau falsafah mantap dan Tauhid pula porak-peranda tak ada gunanya juga.

  2. tak di jemput Says:

    hebat la anta…gempaq betul !! ana teringin nak pergi tapi tak di jemput. maklum ana bukan pimpinan pelajar. ana tak mcm anta akhi..anta dasyat..ana harap ana dapat jadi mcm anta nanti…hidup syahiid!!

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives