Pembaharuan. Apa Sumbangan Anda?

Posted on March 29th, 2009 in Agama, Fikir

Dari Abi Hurairah RA. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT mengutus bagi ummat ini pada setiap awal seratus tahun siapa yang memperbaharui agama (umat) ini”

Penulis menelusuri lembaran sebuah buku karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawy yang bertajuk, “Min Ajli Shohwah Ar-Rashidah, Tajadud Ed-Din Wa Tanhadh bid Dunya”. Terbitan Dar Es-Syouroq. Buku ini telah adalah kompilasi tulisan-tulisan lama beliau. Kata pengantar dari beliau saja ditulis di atas kapal terbang menuju ke Daha Qatar. Setelah diusir dari Mesir. Bahkan, ada diantara tulisan tersebut yang pernah diterbitkan di akhbar di Mesir tanpa menggunakan nama penuh beliau kerana takut dari nama tersebut akan menimbulkan pelbagai masalah.

Buku yang tidak terlalu tebal ini dimulakan dengan perbincangan mengenai hadis mulia ini. Beliau menerangkan secara ringkas martabat hadis ini dan keadaan sanadnya. Kemudian beliau menerangkan akan mafhum hadis tersebut. Para ulama banyak yang mengaitkan sederetan nama ulama yang dianggap sebagai pembaharu kepada agama ini dan pembaharu yang pertama dinobatkan kepada Amirul Mu’minin Umar Ibn Abdul Aziz.

Pembahasan mengenai hadis ini menjadi semakin menarik ketika usia umat Islam semakin bertambah. Jumlah populasi umat Islam semakin ramai. Bidang dan cabang ilmu semakin meluas. Ulama kemudian mula menyenaraikan pembaharu-pembaharu dalam bidang yang berbeza-beza. Bahkan Imam Assuyuti ada menuliskan sebuah syair yang mengandung senarai nama-nama pembaharu. Di penghujung syair tersebut beliau menyatakan harapannya (thumuh) agar turut menjadi antara pembaharu.

Generasi manusia yang silih berganti memainkan peranan selaku khalifah di atas muka bumi ini seringkali diutus kepada mereka para nabi dan rasul bagi memberi peringatan dan kabar gembira bagi manusia. Ketika Rasulullah SAW (Muhammad Bin Abdullah) wafat. Generasi manusia terputus dari utusan Allah. Pintu kenabian dan kerasulan telah ditutup oleh baginda. Risalah yang baginda sampaikan kepada manusia juga telah sempurna dan tidak lagi diperlukan kepada pengutusan nabi atau rasul. Namun, Allah SWT tidak akan membiarkan manusia terus terkontang-kanting, lupa akan matlamat dan tujuan. Maka hadis diatas ini dianggap sebagai sebuah jaminan oleh Allah SWT bahawa walaupun utusan dariNya tidak akan ada lagi setelah Muhammad Bin Abdullah akan tetapi penerus dan pembaharu itu tetap akan diutus.

Ketika Imam Assuyuti menuliskan sajak tentang senarai mereka yang terdahulu yang mana jasa mereka jelas terukir dilembaran sejarah kita lalu diakhiri dengan pengharapannya itu membuat kita sedar betapa beliau menunjukkan sikap proaktif sebagai seorang muslim sejati. Sikap proaktif dimana beliau telah pun berusaha membuat yang terbaik agar layak digolongkan dari kategori tersebut. Hadis ini seharusnya menjadi pendorong kepada umat Islam untuk berfikir dengan lebih kreatif. Kreatif untuk menampilkan Islam dengan segala ciri-cirinya, asas-asasnya, rukun-rukunnya dan syariat-syariatnya dalam kemasan yang cantik, molek, menarik dan baru. Namun, kerisauan yang timbul adalah apabila umat Islam menjadi kaum yang pasif dan hanya berperan sebagai mereka yang menunggu kehadiran si pembaharu itu.

Pembaharuan dalam agama perlu ada tata-tertibnya. Apabila saya ingin memperbaharui sebuah kereta maka saya perlu berfikir dengan sangat kreatif untuk menampilkan sebuah benda yang masih memiliki ciri-ciri sebuah kereta. Bukanlah dikatakan sebagai pembaharu kereta jika menghadirkan sebuah benda yang bersayap dua, berkipas besar dan berekor kerana tindakkan tersebut bukan memperbaharui kereta akan tetapi menggantikan kereta kepada kapal terbang. Dengan kata lain mengekalkan ciri-ciri asas dalam tampilan baru.

Memahami konsep ini, setiap individu dalam masyarakat besar umat Islam perlu menyedari bahawa membuat pembaharuan adalah dengan kembali kepada asal. Maka pengkayaan ilmu perlu diperkuat. Khazanah ilmu perlu diperluas dan diperkaya.

Kegagalan mengenal pasti asas dalam agama akan menghantarkan seseorang ke gerbang kerisauan dan keraguan bila berhadapan dengan zaman yang memerlukan tampilan agama dalam bentuk yang segar dan baru.

Umat Islam perlu memiliki usaha yang maksimum untuk kembali menelusuri asas dalam Islam sehingga ketika kita tampil kehadapan, kita di dalam gaya yang relevan dengan zaman kita dan tidak dalam keadaan lapuk yang kuno.

Hal ini relevan dijadikan perbincangan kerana kegairahan masyarakat dalam melibatkan diri di dalam menegakkan Islam mulai timbul. Saat ini tidak sedikit kaum muda yang mula membuka mata dan mahu turun ke padang dalam menyumbang namun, berbekalkan semangat sahaja tidak cukup. Bahkan, seandainya ia berbekalkan dendam maka perlu diperbetulkan kerana muntalaqnya itu salah.

Mari sama-sama kita sahut cabaran dengan berusaha segigih mungkin agar paling tidak berada di dalam trek menuju ke arah pembaharu agama seperti mana mereka sebelum kita telah menyahut cabaran itu dan menyumbangkan segala yang mereka miliki untuk diri mereka sendiri yang hasilnya kita nikmati hingga saat ini. Allahumma a’izzana bil islam wa aizzal islama bina..

Published by taqeyyabella

4 Responses to “Pembaharuan. Apa Sumbangan Anda?”

  1. perubah Says:

    byk perubah agama ni…hasilnye

    islam liberal
    islam hadari
    islam ……

    hehehe

    pembaharu  agama ni bkn membaharui agama kan…ia lbh kpd branding…how to promote islam, mewar warkan islam agar lbh ramai yg mula faham, mula minat, mula mnghayati agama indah ini…. product is perfect already, rebranding n introduce it in a way to meet current intelectual level  n condition… current media manage to picture islam in a bad perspective, our job is to counter it…spreading info is not enough…we need prove – ummah yg mnghayati n amalkan islam s the way of life . …then the rebranding will be succesfull i.A…it doesnt start with intensive marketing but with an individual yg musleh -> family -> community -> nation i.A…

  2. taqeyyabella Says:

    Ada yang bertanya pembaharu itu apa sebanarnya.. Menurut Dr Muhammad Bin Abdul Wahab ‘aqyil, “Membaharu adalah menjelaskan sunnah dari pada bid’ah dan memperbanyak ilmu lalu mengi’izzahkan ahlinya (ahli ilmu) lalu memenangkan sunnah (yanshur) dan memenangkan ahlinya (ahli sunnah) dan menundukkan bid’ah lalu memperjelaskan kepada ahlinya (ahli bid’ah) dengan lidah atau tulisan buku atau pengajaran atau yang selain dari itu dan semua ini tidak dilakukan melainkan untuk mengekalkan (indiras) agama.” 

  3. good Says:

    good answer, vry helpfull….

  4. b-mikrajovic Says:

    saya pasti syair as-sayuti itu tentu menarik.

    Boleh saudara beri rujukan nas asalnya?

    mail : mikraj88@gmail.com

    wa jazakumullah khair.

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives