PELUANG KEEMASAN LAGI!!

Posted on December 1st, 2008 in Motivasi

Bagi semua mereka-mereka yang ‘ekonomis’, mencintai balasan yang MEWAH dengan pengeluaran yang super sedikit, super mudah, super sederhana, anda harus membaca tulisan ini dengan sungguh-sungguh!

Saya juga sama seperti anda. Inginkan yang MEWAH. Inginkan yang ISTIMEWA. Inginkan yang LUAR BIASA. Bahkan sampai ke tahap menginginkan suatu yang belum pun terbayang di minda. Tapi apa yang menarik dengan diri saya, (juga diri para pembaca sekalian yakin saya) bahawa saya amat menyedari akan kebakhilan diri saya terhadap diri saya sendiri. Kalau boleh mahu bayar kurang tapi dapat lebih. Mahu usaha minimum tapi dapat hasil maksimum. Mahu keluar kecil tetapi dapat kembalian besar. Mahu beri ringan tetapi berharap terima berat.

Oleh itu, orang macam saya akan tunggu peluang-peluang keemasan seperti JUMBO SALE, WEEK SPECIAL, BACK TO SCHOOL SALE, RAYA HYPERDISCOUNT, dan yang sewaktu dengannya.

Kali ini saya ingin membuat hebahan bahawa peluang keemasan umpama ini telah datang lagi. Ia diberi nama

LAYALY ASYR

Layaly Asyr ini menawarkan tawaran-tawaran yang ‘GILA’ hebatnya. Sehebat apa!!??

Ia lebih hebat dari berjuang dan mati di jalan Allah! 

Apakah ada tawaran yang lebih hebat nilainya dibanding ganjaran seorang yang berjuang dan mati di jalan Allah SWT!!??

Bukankah pejuang yang Syahid, tidak dimandikan, tidak dihisab bahkan digambarkan mereka tidak pun mati!? Mereka malah ditempatkan bersama para nabi dan rasul di syurga yang paling atas!

Ya, masih ada tawaran yang lebih hebat nilainya dari itu. Iaitu amalan pada layaly Asyr atau sepuluh hari dibulan Zulhijjah (dari satu sampai sepuluh).

Sebuah ucapan (hadis) yang autentik (sahih) oleh Muhammad (rasulullah SAW) berbunyi, “Tidak ada hari yg amal soleh di dalamnya lebih aku suka drpd 10 hari zulhijjah.”

Para sahabat bertanya,”bukan  jihad di jalan Allah (yg lebih disukai ALlah)?”

Rasulullah saw menjawab,”bukan jihad di jalan Allah.” (atau spt yg dikatakan Rasulullah saw).

Amalan soleh apa sahaja bentuk dan rupanya, warna dan baunya, tinggirendah dan besarkecilnya, asalkan dia layak dilabelkan sebagai amalan soleh yang dilaksanakan dengan ikhlas pada hari-hari sepuluh awal bulan Zulhijjah, maka ia akan menjadi hari yang lebih dicintai Rasulullah SAW, lebih agung dan besar nilai dan ganjarannya dari jihad fi sabilillah. Subhanallah..

Tidak EMASkah peluang ini!!?? Sangat EMAS sekali!!

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan untuk sama-sama mengingatkan diri sendiri dan mengingatkan kawan-kawan di sekeliling kita, agar benar-benar berusaha untuk melakukan apa sahaja bentuk amal soleh selama tempoh KEEMASAN ini.

Bermula amal soleh yang paling mudah dan paling praktikal yang itu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir. Membaca Al-Quran. Mengeratkan hubungan silaturrahim yang terkandung di dalamnya memberi ampunan maaf dan mempererat ikatan sesama manusia. Sedekah, puasa dan seterusnya.

Imajinasikan amal soleh yang paling praktikal yang mampu anda kerjakan. Anda mampu rebut peluang KEEMASAN ini.

Published by taqeyyabella

3 Responses to “PELUANG KEEMASAN LAGI!!”

  1. chaq Says:

    tulisan sgt bnyk kemajuan compared to last time :P
    mabruk la…nasib baek x slh2 eja jugak..haha!

  2. Kak Imah Says:

    Idd makin matang dlam penulisan..teruskan!

  3. GhOsT_MaR Says:

    TAHNIAH !!! Anda terpilih untuk kategori : SIHAT , KULIT BERSIH , GIGI BAIK & CUKUP UMUR … Anda akan diambil dari rumah …Nantikan kami Jawatankuasa Qurban Masjid Berhantu … GOTCHA , SALAM AIDILADHA … heheh

    sila ke istana berhantu beta untuk mengambil kad raya jika menginginkannya … ‘ammi shahiid paham ker apa beta sok sek nih ??? huhuhu

Leave a Comment

Share