Peletakan Batu Pertama

Posted on January 17th, 2010 in Uncategorized

Hari ini merupakan suatu hari yang sangat bersejarah bagiku. Aku namakan hari ini sebagai ‘Hari Peletakan Batu Pertama’. Batu pertama untuk sebuah bangunan besar dan megah yang  visualnya sudah penuh di mindaku. Fizikalnya, menurut kiraan sekarang, mungkin hanya akan benar-benar wujud 10 tahun akan datang. Ya, 10 tahun lagi!

Kadang aku berkata kepada diriku sendiri, “Akankah ia menjadi kenyataan!?”

Pertanyaan sebegini timbul kerana aku sendiri belum berani menjamin ia pasti akan berlaku. Tetapi aku tidak segan untuk mengucapkannya kepada teman-teman yang istimewa bagiku. Mereka perlu diajak untuk melihat visual ini agar kita sama-sama dapat mencipta ‘percaya’. Mereka yang mendengar perkara ini dariku tentulah merupakan orang yang istimewa. Keistimewaan mereka adalah pada semangat, gagasan, doa dan segala bentuk bantuan yang bakal mereka curahkan bagi merealitikan cita-cita ini.

Menyerahkan seketul batu untuk sebuah bangunan yang dijangka akan dibina 10 tahun akan datang tentulah merupakan hal yang luar biasa. Ia adalah sebuah bentuk perzahiran bagi sebuah kepercayaan kepada ‘percaya’ yang aku semat di dalam diriku. Mungkin ada orang yang menganggap ia suatu yang remeh. Tetapi aku sebagai pihak yang menerima yakin ia merupakan suatu petanda yang baik bagiku. Keikhlasan dan kepercayaan yang terpancar seperti memberikan diriku sebuah kejutan elektrik yang menyegarkan segala urat saraf yang selama ini kuyu. Jika dia boleh percaya kepadaku, mengapa masih ada perasaan ragu pada diri sendiri. Bismillah mari kita mula bekerja!

Bagiku, penerimaan batu pertama  ini merupakan beban yang begitu berat. Amanah yang bukan mainan. Tapi di sisi lain, ia juga merupakan sebuah motivasi agar aku lebih tekun mempersiapkan segala rancangan dan strategi disusuli dengan kerja keras untuk meraihnya. Apa yang lebih utama bagiku adalah, aku telah bertemu seorang yang benar-benar percaya kepada apa yang aku percaya.

Semoga Allah SWT memberkati keikhlasan sahabatku ini. Semoga segala-galanya menjadi realiti paling lambat 10 tahun nanti. Allahummasyhad. 16 Januari 2010 menjadi saksi semoga pada 2020 nanti, seketul batu tadi akan menjadi sebahagian dari kemegahan bangunan itu.  Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla..  Terima kasih atas kepercayaan ini. Tabung khusus telah secara autamatik dilancarkan, agar amanah kemas tersimpan, agar tugas mudah dipertanggungjawabkan, demi sebuah keyakinan.

Published by taqeyyabella

One Response to “Peletakan Batu Pertama”

  1. Zahid Naser Says:

    Salam perjuangan,

    Mendalam sekali maksud post kali ini. Wah, pada firasat hamba, tuan hamba pasti telah bertemu dengan belahan jiwa, kerana jiwa yang satu itu sajalah yang akan mantap terus tetap di sepanjang jalan binaan yang dicorak kita sendiri..

    apa-apa pun, hamba akan terus berdoa untuk kesajahteraan tuan hamba!

    Zahid Naser
    Cairo

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives