Palestin tunggu kehadiranku !!!
Posted on July 16th, 2007 in Uncategorized
Cuaca pagi itu cerah. Angin pantai yang tanpa henti mengalir membuatkan kami selesa menunggu dalam panas. Tiga buah bas yang akan mengangkut kami ke Pekan yang menyimpan seribu satu bahkan puluhan ribu sejarah telah menanti diisi. “Ok, Kumpulan satu boleh memasuki bas pertama.” Arah seorang urusetia program. Barisan kami pun bergerak menuju bas. Aku memilih kursi paling hujung disebelah jendela kanan bas.
Sambil menanti dua lagi bas diisi, pikiranku mula melayang. “Kat mana agaknya Rafah tu ek?” bisikku dalam hati. Memang sebelum ni aku pernah juga sampai ke perbatasan Israel – Mesir. Puas ku cuba melakar peta di kepala. Tidak berjaya.Â
Â
Jarak antara Arish tempat kami tinggal dan Rafah hanya 40 km sahaja. Sebuah jarak yang dekat. Bas sudah pun penuh, Seorang Arab turut menaiki bas kami. Pertamanya aku mengira dia hanya ingin menumpang ke perhentian berikut, namun setelah lama dia pun berdiri dan membaca permulaan surah At-Tin

Beliau mengulas sedikit tentang ayat berkenaan. Ayat yang menceritakan akan 3 buah tempat suci, Palestin, Tursina, Makkah. Â

Kenderaan kami terus melaju meninggalkan bandar. Padang pasir yang terbentang luas mengantarkan hayalanku ke ratusan tahun lalu. Aku seakan-akan melihat bayangan tentera berkuda yang gagah merentasi panas dan sejuk menuju ke tanah suci Palestin. Sallahuddin Al Ayubi memimpin pasukan yang kokoh dari Mesir untuk membebaskan Palestin. Beliau yang berdarah Kurdi mahu mewakafkan nyawa demi tanah suci Palestin. Mengapa tidak aku?

Lamunanku terputus apabila ada kekecohan di dalam bas. Mereka bising kerana terlepas peluang untuk memotret signboard sebagai kenangan. Saat itu kami telah memasuki kawasan kebun. Kebun buah zaiton teka kebanyakan teman-teman.

Kami makin dekat dengan Rafah. Kini aku tidak lagi duduk. Berdiri membuatkan aku lebih leluasa melihat apa yang ada diluar bas. Kuis yang mereka adakan selama perjalanan tidak satu pun masuk ke kepala aku. Aku masih sibuk memikirkan kegigihan mereka yang telah berusaha untuk membebaskan tanah suci ini.

Tanah suci ini memang hanya akan dimiliki dengan kerja keras. Ini terbukti dengan kisah yang diceritakan di dalam surah Al Maidah 21-26 di mana Nabi Musa AS menyuruh kaumnya untuk memasuki Palestin yang ketika itu terdapat kaum Jabbarin (kaum yang gagah dan perkasa). Lalu diceritakan akan keengganan mereka untuk memasukinya kerana cinta dunia dan takut mati. Bahkan mereka katakan, “Pergilah kamu dan tuhanmu sesungguhnya kami akan tetap duduk disini.”

Kami mula memasuki pekan Rafah. Semua orang diam seribu bahasa seakan-akan ada yang memerintahkan untuk diam. Pekan Rafah tidak jauh berbeza dengan pekan-pekan lainya di tanah arab yang terkenal dengan kotor dan tidak tertibnya. Driver bas memberi peringatan agar semua yang ingin memotret supaya tidak mengeluarkan kameranya ke luar jendela sebagai langkah keselamatan. “Saya yakin kita semua kali ini datang untuk kembali, tidak begitu?, Seandainya ada yang datang untuk tidak kembali, akan saya benarkan mengambil gambar di luar bas.” Ketua rombongan memberi peringatan.
Â
Tiba-tiba bas yang kami naiki berhenti, aku melihat jalan mati di hadapan. Kemudian secara perlahan bas pun membuat U turn. “Ini adalah benteng yang memenjarai Palestin. Bangunan yang anda lihat itu berada di kawasan Palestin.” Seketika itu juga bulu romaku berdiri. Aliran darahku terasa agak cepat dan menyebabkan peluh dingin keluar. Setinggi itukah benteng yang mereka bina? Seketat itukah kawalan tentera Israel terhadap Palestin? Pemandangan ini jelas membuktikan bahwa Palestin bukan lagi negara yang berdaulat. Bayangkan tanah Palestin itu dikawal oleh tentera Israel 24 jam dengan dibantu benteng tersebut. Lalu apa yang menjadi milik Palestin. Terpenjara di tanah sendiri.

Kami tidak dibenarkan berhenti apalagi turun. Bas terus bergerak menuju destinasi berikutnya. Kami melalui jalan yang sangat hampir dengan perbatasan yang membolehkan kami melihat benteng yang tegak berdiri sepanjang daerah perbatasan. Kami tiba di suatu kawasan ‘MATI’. Sangat sedikit bangunan yang ada di situ. Apa yang tinggal adalah serpihan batu dari bangunan-bangunan yang telah hancur. Menurut meraka yang ada disitu. Tanah itu merupakan bekas kawasan peranginan elit milik Israel yang telah berjaya dirampas kembali oleh Mesir setelah penaklukan kembali Sinai. Namun, Israel meruntuhkan segala yang mereka bina dan memaksa kerajaan Mesir untuk tidak membangun daerah itu.


Perjalanan kami diteruskan menuju sebuah tempat bernama Sakhrah. Disitu terdapat sebuah batu seberat 50 ton yang berbentuk peta Palestin dari satu sisi dan bentuk orang dari sisi yang lain. Batu ini diambil dari Bukit Tursina. Tertulis diatasnya dengan tulisan mirip paku. Batu itu sengaja dibina oleh Israel kononnya sebagai tugu peringatan atas ke guguran 10 orang perajurit mereka di situ. Di sebalik itu mereka juga menanam sejumlah harta dibawah batu itu dengan tujuan suatu saat nanti ketika mereka berjaya mendirikan Israel Raya, harta tersebut akan menjadi bukti sejarah bahwa tanah itu memang adalah kepunyaan mereka (waris kaum yahudi).

Untuk menuju ke Sakhrah kami melalui kawasan yang sangat indah. Ladang apel, jambu, tomato, tak terkecuali kurma atau tamar menunjukkan kesuburan tanah di situ. Mungkin ia adalah berkat yang Allah SWT katakan. “Masjid Aqsa yang kami berkati tanah di sekelilingnya”.

Aku menghabiskan sisa-sisa waktu melihat dan menikmati keindahan kawasan itu. Siapkah aku mengorbankan segala-galanya seperti mana yang dilakukan Salahuddin Al Ayyubi satu saat dahulu. Mahukah aku meninggalkan tanah kelahiranku, harta peninggalan keluargaku seperti mana beliau meninggalkan kehidupan mewah layaknya anak seorang gubenor demi membebaskan tanah suci itu? Belum ada jawapan. Ya Allah tunjukkan jalan…


Leave a Comment