“Ayah, tentera Jepun mai!” Pekik Melati yang ketakutan. Semua jadi kelam kabut. Mak yang di dapur pun berlari masuk ke bilik. Beras simpanan sudah lama ditaburkan disetiap inci lantai rumah. Berlapis-lapis tikar menutupinya. Itulah barang yang paling berharga saat itu.

Melati melihat ayahnya sedang kalut. Ternyata ayah sedang risau. Senapang miliknya itu boleh menjadi penyebab salah sangka. Tentera Jepun pasti akan menyangka yang ayah merupakan seorang tentera. Ayah tidak kehabisan akal. Senapang patahnya itu diambil lalu dilemparkan dengan sangat kuat melalui lubang aliran angin. Senapang itu sepatutnya mendarat di kawasan kebun pisang sebelah rumah.
Tentera Jepun baru sahaja memasuki kampung kami. Menurut berita dari kampung-kampung sebelah yang lebih dulu ditawan Jepun. Tentera Jepun akan memeriksa setiap rumah bagi memastikan mereka benar-benar rakyat jelata. Bagi mereka, tentera yang menyamar sebagai rakyat adalah ancaman besar kerana mereka ini berpotensi mempengaruhi rakyat menentang Jepun. Seperti biasa, ketika mereka membuat rondaan, mereka akan berkelakuan sesuka mereka. Beras dan keperluan asas dengan sewenang-wenangnya dirampas. Jika bernasib malang, anak dara turut dibawa bersama mereka.
“Hang pa semua duduk ja dalam rumah. Jangan buat apa-apa!” Pesan terakhir ayah sebelum bertindak. Baginya, lebih baik berdepan dengan Jepun dan membuatkan mereka yakin untuk tidak memeriksa rumah ini. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on April 21st, 2010 in Gontori
Seorang pengunjung blog ini meminta saya untuk bercerita mengenai Gontor. Kadang-kadang agar sukar bagi saya menulis mengenai Gontor. Ini kerana, seorang suami tidak dapat menggambarkan hal sebenar mengenai isterinya. Cinta sang suami itu akan membuatkan kentut busuk isteri menjadi harum bahkan seharum kasturi. Cinta telah membutakan mata penilaian sang suami. Saya telah jatuh cinta kepada Gontor. Cinta yang sangat mendalam. Cinta yang amat sukar digambarkan. Namun demi memenuhi permintaan Puan Zarifah, saya akan cuba menceritakan beberapa perkara yang berjaya menawan hati saya, atau mungkin hati ibu bapa saya untuk menghantar saya ke sana satu ketika dahulu.
Gontor adalah nama glamor bagi sebuah institusi pendidikan yang nama penuhnya adalah Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Institusi ini menawarkan pendidikan 24 jam sehari. Urusan akademik di Insitusi ini diurus oleh sekolah yang diberi nama Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on April 16th, 2010 in Kritik

Pantai Cenang Langkawi.
Gambar di atas saya ambil pada senja 15 April 2010 dari depan rumah nombor satu milik Tenaga Nasional Berhad di Pantai Cenang, Langkawi. Ia merupakan sebuah sunset yang teramat indah. Matahari terbenam lebih awal. Langit kelihatan cerah walau matahari sudah tiada. Beberapa menit kemudian, kami dipegunkan dengan sebuah sensasi alam hasil karya Rabbul ‘izzah. Bunda yang lagi sibuk di dapur, saya panggil. Pintu sliding yang menghadap ke pantai sememangnya terbuka agar angin mengalir mendinginkan rumah. Bunda segera menoleh ke arahku yang berada diluar sambil memegang kamera Canon 350D. “Subhanallah ma khalaqta haza batila..” Bunda terpekik kerana terpegun. Luar biasa cara Tuhan memperlihatkan sedikit keagunganNya. Betapa beruntung mereka yang sedar dan betapa malang mereka yang alpa.
Puji yang tak terhingga kami ucapkan kepada Allah yang sekali lagi memberi kami ruang untuk meluangkan masa bersama. Destinasinya adalah Langkawi. Kadang-kadang segan untuk bercerita. Sebahagian orang yang gemar berandai-andai akan dengan mudah melabelkan kita hanya kerana beberapa kata yang kita ucapkan. Atau beberapa tindakan yang kita lakukan. Memang sukar untuk memperlihatkan keadaan sebenar dengan kata-kata. Juga tidak mungkin menterjemahkan atau mentafsirkan segala kelakuan kita. Kami bermusafir ke Langkawi dengan kapal terbang. Itu bukan tanda kami kaya-raya. Hari ini tidak perlu kaya untuk sekedar terbang di langit sana. Promosi AirAsia memberikan kami peluang menikmati khidmat mereka secara percuma. Tarikh yang dipilih pula sempena ulang tahun perkahwinan Bunda dan Ayahanda. Penginapan pula disediakan secara murah meriah oleh salah satu syarikat gergasi negara untuk para karyawannya. Puji yang layak hanya untukMu Tuhanku yang mempermudah segalanya. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on April 11th, 2010 in Tazkirah
Hari ini seorang dari jiran kami meninggal dunia. Nama beliau Pak Cik Ramly. Semoga amal baik beliau diterima Allah dan segala dosa diampunkan Allah. Isteri beliau dulu pernah meminta saya membantu beliau untuk mengembalikan memori terutama berkaitan bacaan dalam solat. Lama sudah diminta tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya. Hinggalah suatu hari kami sepakat untuk melaksanakan aktiviti itu pada malam hari. Sebagai seorang yang telah mengalami stroke beliau memiliki kemampuan dan kekuatan yang terbatas. Alhamdulillah saya berjaya menghadirkan diri ke rumah beliau yang hanya dipisahkan oleh jalan raya. Rumah beliau disebelah kiri rumah di hadapan rumah saya. Pada hari berikutnya (hari setelah hari saya hadirkan diri ke rumah beliau), beliau telah jatuh di bilik air dan cedera. Setelah itu isteri beliau memberitahukan bahawa beliau sakit. Maknanya tidak ada lagi kelas sehingga beliau sembuh.
Ternyata Allah berkehendak untuk memanggil beliau sebelum kelas kedua berlangsung. Kelas itu merupakan yang pertama dan yang terakhir. Saya hanya membacakan bacaan solat dari mula hinggalah akhir. Ketika saya mengucapkan “assalamualaikum” tanda berakhirnya solat. Beliau mengulangi ucapan itu sambil terisak dan menangis. Semoga Allah mengampuninya dan menerima amalannya. Amin.
Ketika saya ziarah ke rumah beliau dan membacakan Surah Yasin, saya merenung bahawa setiap kita akan tiba giliran masing-masing. Malaikat maut menjenguk kita setiap hari. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on April 8th, 2010 in Uncategorized

Published by taqeyyabella //
Posted on April 1st, 2010 in Fikir, Kritik
Antara perantara dan kandungan manakah yang lebih penting?
Jika saya menjawab sebagai seorang guru, saya akan katakan bahawa perantara lebih penting dari kandungan.
Dalam hal ini, perantara yang saya maksud adalah metedologi atau tariqah. Metedologi atau tariqah adalah lebih utama dari kandungan kerana, apabila seorang guru telah menerapkan sistematika bertariqah yang betul atau menyebatikan metedologi menjadi mendarah daging kepada seseorang, pelajar itu akan berjaya walau apa juga kandungan yang diberikan kepadanya. Seorang yang telah mempunyai metedologi dan ilmu-ilmu alat akan menjadi pakar dalam apa juga bidang yang disodorkan sebagai objek kajian. Maka dalam sistem pendidikan apa yang penting bukan sekedar menyampaikan kandungan, tetapi lebih dari itu, metedologi dalam penyampaian perlulah tepat agar proses pendidikan bukan bergantung kepada guru tetapi kepada teknik. Hasil dari kaedah ini, pelajar akan menjadi active leaners dan bukan pasif leaners yang hanya membuka mulut minta disuap.
Prespektif ini akan berubah apabila kita melihat dari sudut yang berbeza. Misalkan dalam bidang selain pendidikan. Kita tidak perlu sibuk dengan perantara tetapi yang penting apa kandungan yang diterima. Sebagai contoh masalah politik atau isu semasa. Seorang tokoh politik tidak peduli bagaimana suatu maklumat itu disampaikan. Apa yang penting baginya adalah masyarakat menerima maklumat yang betul atau menerima makluman yang dia inginkan. Kepentingan pada kandungan. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //