Posted on June 11th, 2010 in Agama, Motivasi
Iman adalah satu aspek terpenting dalam diri seorang muslim. Semakin mantap iman maka akan semakin mantap juga segala yang terpancar darinya. Islam mengajar umatnya bahawa setiap tingkah laku perlu bersandarkan kepada iman. Maka pancaran iman yang hebat akan terpantul pada kelakuan dan tingkah laku yang hebat pula. Tetapi tidak sebaliknya. Bukan setiap kelakuan dan tingkahlaku yang kelihatan hebat sebenarnya benar-benar hebat. Kerana suatu yang hebat secara fizikal akan belum mencapai kehebatan tertinggi bila belum didukung dengan kekuatan yang Maha Hebat. Dukungan dari kekuatan yang Maha Hebat inilah yang kita sebut dengan keimanan.
Keimanan bermula dengan mempercayai Allah dan segala kekuatanNya. Bermula pada titik inilah mengalir ilmu yang tiada batas. Bagaimana mungkin kita membatasi suatu yang sememangnya tidak berbatas. Allahhu Akbar! Teramat sangat besar untuk mampu dibatas. Mengetahui Allah Maha segala maha tidak sama dengan mempercayai bahawa Allah maha segala Maha. Mempercayai Allah Maha segala Maha tidak sama dengan mengimani bahawa Allah maha segala maha.
Mereka yang mengimani akan ke Mahaan Allah akan menggantungkan dirinya kepada Allah atas desakan iman itu. Mereka yang sekedar percaya pula tidak terdesak oleh apa-apa kerana kepercayaan masih memberi ruang bagi dia untuk memilih sama ada mahu menggantungkan diri atau pun tidak. Mereka yang hanya mengetahui bahawa Allah maha berkuasa belum meletakkan apa-apa kesan disebalik pengetahuannya itu. Ia tidak berbeza dari mereka yang menerima sesuatu hanya sebagai maklumat. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Terasa bagai bergegar dunia ini. Sebuah peristiwa yang sangat besar sekali lagi tercoret dalam helaian sejarah kemanusiaan. Kita semua menjadi saksi akan hal ini dan akan diminta persaksian kelak di hari pembalasan.
Suasana tegang masih berterusan hingga ke hari ini. Para sukarelawan sudah pun diheret ke pusat tahanan Israel dan diberi dua peluang. Deportasi atau penjara. Rakyat di Tukri pula memberi respon yang tegas dengan ‘serangan’ ke kedutaan Israel di sana. Tidak kalah hebatnya demonstrasi yang dijalankan di kota-kota besar seperti Newyork dan London.
Peristiwa serangan bersenjata yang berlaku kepada kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan dan sekitar 500 orang sukarelawan ini telah dilakukan oleh Tentera Pertahanan Israel (Israel Defence Force). Danny Alayon, Israel Deputy Foreign Minister telah mengakui hal ini dalam sebuah sidang media. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
MENJADI SAHABAT YANG BAIK
Manusia adalah makhluk yang secara semula jadinya hidup secara berkelompok. Ia makhluk social. Setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing sehingga menciptakan sebuah kehidupan sosial yang sangat baik. Masing-masing saling mencurah budi dan bakti sehingga manfaat dapat dikongsikan bersama. Nelayan menyumbang hasil tangkapan mereka, petani menyumbang hasil tanian, guru menyumbang dari sudut pendidikan dan begitulah terciptanya sebuah kehidupan yang sangat dinamis dalam masyarakat.
Selain dari keuntungan dunia yang bersifat material, manusia juga berkongsi manfaat dari sudut yang lain. Allah SWT berfirman, “Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kalian berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenal (beramah mesra dan saling bertukar perkara ma’ruf antara kalian). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat : 13) Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on May 16th, 2010 in Agama, Fikir
Kebelakangan ini saya diajak oleh sekeliling untuk melihat dengan teliti keadaan yang berlaku. Seorang sahabat datang menceritakan pengalamannya melihat ‘night life’ di sekitar Kuala Lumpur. Sangat mengejutkan. Saking terkejut dengan keadaan itu beliau segera menceritakan pengalamannya kepada saya. Betapa terkejutnya beliau ketika menemankan temannya berwarganegara asing untuk masuk ke salah satu tempat di Jalan Changkat. Temannya yang bukan muslim itu bertanya, “So in this place how many percentage is Malay?” Melihat sekeliling, terpaksa dia mengakui kebenaran yang terasa sangat pahit. “70 t0 80 percent i guess!”. Bagaimana tidak pahit sedang mereka dengan selamba meminum air yang diharamkan Allah.
Kisah dari sahabat ini memberikan saya satu ruang untuk memahami hakikat bahawa masyarakat malaysia berbangsa Melayu sebenarnya sudah pudar keislaman mereka. Walaupun sering kita dengar para pejuang melayu hari ini berseru, “Memperjuangkan Melayu sama dengan memperjuang Islam!”
Ruang untuk merenung ini tidak tertutup begitu sahaja. Saya malah dikejutkan pula dengan satu kelompok Melayu yang lebih kritikal. Mereka ini bukan sekedar tidak mentaati hukum Allah, seperti tidak melakukan rukun Islam dan melakukan maksiat. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Alhamdulillah, pujian kepada Allah SWT yang telah mengizinkanku menyertai sebuah kursus. Kursus pertama yang saya ikuti setelah meninggalkan Mesir sejak September 2009. Wah, satu tempoh yang lama! Dulu, di alam perkuliahan kursus adalah satu kegiatan yang sangat kerap dilakukan. Macam-macam jenis kursus dianjurkan oleh banyak pihak. Persatuan, kedutaan, jabatan dan sebagainya. Meninggalkan alam mahasiswa akan seiring dengan meninggalkan segala jenis kegiatan ilmu yang sebegini. Selain sibuk, kehilangan status pelajar memberikan beban yang lebih bila teringin menyertai mana-mana kursus. Tiada lagi keistimewaan membayar dengan harga pelajar. Bagi mereka yang memilih untuk masuk ke sektor kerajaan atau syarikat swasta yang kukuh, peluang berkursus pasti banyak disediakan oleh jabatan HR masing-masing.
Kursus kali ini saya ikuti bukan sepenuhnya kerana keinginan saya. Mungkin jika mahu bersikap jujur, saya menyertainya kerana prosedur yang memaksa. Jika tidak mungkin dengan sukacita akan meninggalkan kursus ini. Kerana sudah terpaksa untuk menyertai, maka saya bertekad untuk benar-benar memanfaatkan waktu kursus ini untuk menceduk sebanyak mungkin ilmu.
Kursus ini dianjurkan oleh PKPU (Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama) JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Masjid Putra. Ia dikenal dengan “Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam”. Ia dilansungkan selama dua hari (7&8 Mei 2010) dengan Jumlah materi sebanyak 11 materi. Jika boleh dibahagikan maka meteri-meteri itu dapat dikelompokkan kepada beberapa kelompok. Pertama, tentang persediaan individu yang meliputi materi seperti : Akhlak, Akidah, Ibadah dan Pengurusan Kesihatan. Kedua, pendedahan tentang perkahwinan yang meliputi : Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Perkhidmatan Rundingancara, Pembubaran Perkahwinan. Ketiga dan terakhir mengenai Pendedahan Alam Perkahwinan yang meliputi materi -materi berikut : Hubungan Dalam Keluarga, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Stress & Konflik dan Pengurusan Wang dan Masa. Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //
Posted on May 6th, 2010 in Fikir, Kritik
Sungguh tidak mudah untuk berhadapan dengan mereka yang memiliki ain sukhti (pandangan buruk) kepada Islam. Kesabaran mungkin tercabar. Antara mahu membela kebenaran dan menahan emosi yang membakar. Sikap skeptik sebahagian pihak yang anti Islam ini memang menyebalkan. Penafsiran mereka terhadap sesuatu jauh dari kebenaran. Sangkaan mereka terhadap suatu isu sama sekali tidak ada kaitan dengan hakikat yang dirasakan atau dipercayai umat Islam lain. Maka, demi meluruskan penafsiran dan sangkaan itu kadang kala bahkan sangat sering kita menjadi melatah.
Ada dua perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika berhadapan dengan mereka yang anti Islam. Pertama, usaha menyampaikan kebenaran. Kedua, usaha membuatkan mereka menerima kebenaran.
Apabila kita mengatakan suatu yang benar dengan cara yang salah atau suatu yang benar dengan intonasi yang tidak sesuai maka, ketahuilah bahawa kita sedang melakukan suatu yang sia-sia. Kalau pun kata-kata kita itu dituruti tapi ketahuilah bahawa kata-kata kita itu bakal meninggalkan kesan yang membekas pada diri seseorang.
Sebagai contoh mudah, seorang pemuda ingin menyuruh adiknya menutup lampu. Sambil meningking dia berterik galak, “Woi, tutup lampu!!”. Adiknya itu tersentak. Hatinya seakan-akan tersentap dan tercabut dari tempatnya. Dengan longlai adiknya itu menutup lampu. Pemuda itu berjaya. Lampu sudah pun tertutup. Malangnya, pemuda itu mendapat sumpah serapah yang diucapkan adiknya tanpa dia mendengarnya. Dendam dan kebencian terhadap abangnya membuak-buak di dada dan minda.
Alangkah beruntungnya pemuda itu jika dia memilih kata-kata yang lebih indah di dengar seperti, “Eh, adik.. Lampu bilik adik tu masih menyala. Kita dilarang untuk membazir. Boleh adik tolong tutupkan lampu tu.” Read the rest of this entry »
Published by taqeyyabella //