Farafra

Harimau mati meninggalkan belang,

Posted on September 21st, 2010 in Motivasi

“Harimau mati meninggalkan belang, ramadhan pergi meninggalkan taqwa. Lalu bila manusia mati, membawa amalan mereka bersama..”

Air yang lembut menitis di atas batu yang keras jika berlaku secara berterusan untuk suatu tempoh yang panjang bakal memberikan kesan yang dahsyat. Siapa yang sangka ternyata kekerasan batu boleh retak dan terbelah dengan kelembutan air. Itulah hakikat apabila suatu interaksi yang terus-menerus berlaku kepada sesuatu. Ia bakal meninggalkan kesan. Bila kena cara dan gayanya, kesan itu boleh menjadi suatu yang dahsyat dan tidak terbayang.

Begitulah juga halnya dengan interaksi istimewa yang umat Islam alami dalam sebuah program khas anjuran Allah SWT. Ibadah berpuasa di bulan ramadhan boleh disifatkan sebagai sebuah latihan tubi. Tempohnya pula sengaja Allah SWT panjangkan sehingga sebulan penuh. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT mengkaitkan pula dengan sejarah dengan memilih bulan istimewa ini sebagai bulan yang diturunkan Al-Quran. Maka, sempurnahlah tarbiah rabbaniyyah yang sempurna lagi syumul dari seluruh aspeknya. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // Comment now »

Dunia nak dibawa ke mana?

Posted on September 3rd, 2010 in Motivasi

Ketibaan Syawwal bakal memperlihatkan dan menterjemahkan kefahaman masing-masing individu mengenai matlamat hidup atau lebih tepatnya sisi pandang hidup (worldview). Ini menjadi sangat mudah dan jelas kerana perbezaan yang ketara antara dua keadaan bakal terungkap pada setiap kali syawal menjelma.

Mereka yang hanya melihat dunia, hanya akan ‘nampak’ apa yang zahir di kelopak mata. Apa yang zahir? Segala yang ada wujudnya adalah zahir. Kuih-muih, baju baru, ketupat rendang, pesta dan segalanya merupakan hal yang zahir. Bahkan sangat zahir sehingga membuatkan perkara yang lebih utama tidak terlihat.

Itulah dunia yang sememangnya akan sentiasa indah dan menggiurkan bagi mereka yang alpa. Namun pertanyaan yang besar dan penting yang layak dipertanyakan adalah, “Dunia ini mahu dibawa ke mana?”

Kita bersuka-ria, bergelak ketawa, bercanda bersama seisi keluarga dengan penuh rasa bahagia. Penuh kemeriahan. Namun, adakah itu akan kekal selamanya. Ataukah ia hanya sementara dan bakal sirna ketika masing-masing keluarga pulang ke tempat mereka?

Sungguh itu semua merupakan kenikmatan. Tetapi kenikmatan itu sangat sedikit dan sangat terbatas di saat itu dan di tempat itu sahaja.

Allah SWT menawarkan yang lebih dari sekedar itu. Allah SWT menawarkan pembebasan dari api neraka yang bakal menjadi cengkaman dan ‘nightmare’ bagi seluruh penghuninya. Allah SWT menawarkan rahmat yang begitu hebat. Apakah ada amalan di satu malam yang ganjarannya disamakan dengan amalan di seribu bulan!? Ya, ia sememangnya ada bagi mereka yang percaya. Wujudnya memang tidak kelihatan zahir mata. Namun ketahuilah, ketika tiba saatnya, semua orang pasti akan meyakininya iaitu disaat ia diperlihatkan di hadapan seluruh manusia.

Jika dunia tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Alangkah baiknya jika kita beralih kepada mengejar suatu yang dapat memberikan kita kebahagiaan tanpa batas. Kenikmatan tingkat tinggi. Saking tinggi melampaui batasan khayalan. Kejarlah suatu yang bukan imajinasi. Kejarlah kehebatan 10 akhir ramadhan ini dengan sungguh-sungguh. Sementara masih ada kesempatan, ayuh sama-sama kita kejar peluang yang ada. Tinggalkan dunia yang tak mampu kita bawa ke mana-mana. Rebutlah pahala yang membawa kita ke kenikmatan tingkat tinggi. Kenikmatan tanpa batas. Kenikmatan melampaui khayalan.

Selamat menyambut 10 akhir ramadhan, كل عام و أنتم بخير. تقبل الله منا و منكم .. أمين

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

MEROSAKKAN BUKAN SEBUAH PEMBAHARUAN

Posted on July 6th, 2010 in Uncategorized

“Merosakkan bukanlah sebuah pembaharuan” itulah yang dapat saya simpulkan setelah menghadiri sebuah seminar ringkas anjuran Ikatan Pondok Modern (IKPM) iaitu sebuah badan yang menaungi alumni dari Pondok Modern Darussalam. Seminar dengan tajuk, “Pembaharuan Pemikiran Islam : Tajdid atau Taghrib”. Jangan keliru, ‘taghrib’ bukan ‘targhib’. ‘Taghrib dari kata gharb atau barat.

Liberalisme yang menjadi barah dalam pemikiran Islam hari ini sebenarnya merupakan wajah atau frontpage bagi mem-promote idea pemikiran barat. Sebelum kita ceritakan serba sedikit bisa yang dibawa leberalisasi agama. Sangat menarik jika kita sorot persaingan peradaban dan keyakinan yang menjadi faktor ‘behind the scene’ lalu mendalangi semua ini.

Percayakah anda peristiwa Sepetember 11 merupakan suatu yang benar-benar terjadi!? Atau adakah ia satu drama yang disutradarai oleh pihak yang berkepentingan!?

Ada beberapa yang mendorong perkara ini berlaku.

Pertama, teori evolusi yang menjadi keyakinan kebanyakan manusia di barat mempengaruhi pemikiran sesetengah manusia. Prinsipnya mudah, “Hanya yang gagah sahaja yang akan survive. Jika tidak menindas maka kita akan ditindas”. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // Comment now »

Hantarkanlah Ketaqwaan..

Posted on June 25th, 2010 in Uncategorized

“Salam, saya tertarik dengan penerangan tentang ‘kad yang salah’, cuma saya nak tanya bagaimana pula tentang hantaran. Adakah saudara setuju trend sekarang yang berlumba-lumba dengan jumlah Rm ribu2?”

Tulisan di atas saya temukan di dalam sebuah mesej di peti masuk akaun FB saya. Seorang sahabat yang mengirimkannya.

Sekali lagi perlu saya tegaskan saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang fikih. Namun, apa yang bakal saya berikan hanyalah sebagai pendapat peribadi yang saya pegang sesuai dengan sudut pandang yang saya fahami dari pembacaan dan pembelajaran saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya.

‘Hantaran’ yang saya faham adalah sejumlah wang dan sejumlah hadiah yang diserahkan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan juga sebaliknya. Biasanya, hantaran ini menjadi kesepakatan antara pihak keluarga kedua-dua belah pihak. Keadaan status sosial keluarga, kawasan tempat tinggal, keturunan dan budi bicara turut memainkan peranan dalam penetapan kadar hantaran. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 1 Comment »

Kad yang salah!!

Posted on June 20th, 2010 in Agama, Uncategorized

“Apa pendapat ustaz tentang kad jemputan kahwin yang ada ayat al-Quran dan nama Allah?” kelihatan wajah penanya begitu serius.

“Ha! Bab ni penting. Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa menulis bismillah dan ayat Quran dalam kad jemputan adalah makruh kerana kad itu pasti orang akan buang.” Ustaz sempat  berjenaka sambil terus memberi ulasan.

Mendengar perbincangan seperti ini saya terdiam dan berfikir. Ada yang tak kena dengan jawapan itu. Saya menghormati pendapat ustaz itu dan alasan yang dibagi juga boleh diterima. Memang benar ada sebahagian umat Islam yang tidak peka mengenai hal-hal ini. Malah agak menyakitkan hati bila mana orang Islam tidak lagi peduli pada kemuliaan ayat al-Quran. Tapi, saya ada pendapat yang berbeza.

Rasulullah SAW ketika mengutuskan surat-surat kepada pemimpin-pemimpin dunia ketika itu memulakan suratnya dengan tulisan, “Bismillahirrahmanirrahim”. Surat itu tidak diutuskan kepada orang islam. Ia diutuskan kepada pemimpin Rom, Parsi, Mesir dan sebagainya. Adakah Rasulullah SAW tidak terfikir resiko yang bakal berlaku kepada surat-suratnya itu. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 5 Comments »

Demam Kenduri

Posted on June 14th, 2010 in Agama

Hari ini, 12 Jun 2010, di sekitar rumahku ada dua kenduri kahwin, satu pertunangan dan dua keluarga lelaki yang menuju rumah pengantin perempuan untuk melaksanakan akad nikah. Beberapa minggu lepas juga ada dari kalangan jiran terdekatku melaksanakan kenduri. Kemudian yang masih menunggu giliran juga banyak termasuklah rumah yang aku tempati saat ini. Jika dibuat statistik perkahwinan untuk kawasan rumah kami, aku yakin tahun ini bakal menjadi tahun yang paling banyak berlangsungnya kenduri.

Bicara soal kenduri banyaklah persoalan yang timbul. Bahkan, aku sendiri jarang sekali mampu menyelamatkan diri dari diserang soalan-soalan ‘ganas’ mengenai kenduri dan akad nikahnya. Biasanya ramai yang ingin mendengar pendapatku mengenai adat dan syariat. Aku sendiri sedar bahawa aku bukanlah orang yang tepat untuk membahas perkara ini kerana aku sendiri tidak pernah mengenal adat dengan sungguh-sungguh. Pada sisi syariat pula, pengetahuanku amat terbatas walau pun mungkin masih dalam kadar memadai sebagai seorang individu muslim. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 6 Comments »

« Previous Entries / Home / Next Entries »