Farafra

Debaran Pesta Buku KL 2010

Posted on March 19th, 2010 in Uncategorized

Pesta Buku Kuala Lumpur sudah menjadi Pesta tahunan sejak hampir 30 tahun lalu. Pada kali ini ia merupakan kali yang ke 29. Terakhir kesempatan saya menghadiri pesta ini ketika berada di bangku sekolah rendah. Selama ini hanya mampu mengikuti perkembangan dunia buku melalui internet memandangkan diri sentiasa berada di luar negara.

Tahun ini, KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fair) telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Jumlah gerai atau booth KLIBF telah meningkat sebanyak 192 apabila 875 gerai telah ditempah pada tahun 2010 berbanding hanya 665 gerai pada tahun 2009. Ini bukti yang jelas bahawa dunia buku di Malaysia semakin berkembang. Tentunya perkara ini menjadi rekod yang tercatat di dalam “The Malaysia Book of Record”.

Apa yang lebih mendebarkan pada KLIBF kali ini adalah kehadiran buku pertama saya. Sebagai seorang yang menyedari hakikat diri yang begitu lemah dan jahil, ia menjadi beban yang tersendiri di dalam fikiran dan perasaan. Allah SWT sendiri telah mengingatkan dalam kitabnya mengenai hal yang paling dibencinya. Ia hal yang paling Allah benci adalah apabila seseorang mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak lakukan. Ini menunjukkan betapa setiap penulis akan mempertanggungjawabkan segala yang ditulis di dalam buku mereka kepada Allah sebagaimana setiap individu yang berkata-kata akan dipertanggungjawabkan segala yang mereka katakan. Sungguh ia merupakan beban yang luar biasa berat. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, petunjuk dan limpahan rahmat agar langkah kita sentiasa terbimbing.

Pembaca yang budiman. Suka kiranya saya mengingatkan diri saya dan para pembaca tentang disiplin dalam ‘membaca’. Semua orang di atas muka bumi ini boleh membaca. Begitu ramai dari mereka yang menjadikan ‘baca’ sebagai tabiat. Tapi jika kita teliti ternyata tidak banyak yang membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan.

Membaca dengan nama Allah akan menyebabkan beberapa perkara antaranya :

  1. Pemilihan bahan bacaan yang berkualiti dan menetapi syarak.
  2. Pembaca dengan menjadikan Allah sebagai fokus utama.
  3. Hasil membacaan memberikan rasa takut kepada Allah, rasa kehambaan diri dan rasa perlunya kedekatan kepada Allah.

Seorang yang memulakan bacaan atas dasar mentaati perintah Allah sesekali tidak akan memilih bacaan yang mengundang murka Allah SWT. Maka dia mengutamakan kualiti bahan bacaan itu. Kualiti yang utama adalah pada kandungan bahan bacaan tersebut.

Apabila seseorang membaca dengan menjadikan Allah SWT sebagai fokus utama, maka pembacaan menjadi sebuah aktiviti yang sangat berfaedah. Semua yang diperoleh membuatkan dia kembali berpaling kepada Allah. Tidak kira apa bahan yang dibaca. Matematikkah, fizikkah, sejarahkah, anatomikah, semuanya akan menghantar kepada tadabbur yang mendalam. Tadabbur itulah yang akan memperlihatkan keesaan Allah dan kemahaan Allah atas segala sesuatu. Tepatlah firman Allah yang menjelaskan bahawa hanya hamba-hambanya yang berilmulah yang akan memiliki perasaan takut kepada Allah. Ilmu dikatakan sebagai ilmu bila ia berperan menimbulkan perasaan takut kepada Allah.

Pembacaan yang bermanfaat juga akan menyebabkan seseorang mahu bersujud kepada Allah dan mendekatkan diri. Pembacaannya menghantarkan dirinya kepada sebuah pengakuan akan kelemahan diri dan keterbatasan kudrah. Maka bersujudlah dia dan segera mendekatkan diri kepada Allah.

Published by taqeyyabella // 1 Comment »

Al-Fatihah MSPFI

Posted on March 12th, 2010 in Uncategorized

Al-FATIHAH MENYUSUN STRUKTUR PERASAAN DAN FIKIRAN INSAN

Pujian yang seluas-luasnya hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah menetapkan segala musabab sehingga sebab-sebab agar tercapainya sebuah keinginan menjadi kenyataan. Allah SWT sahajahlah yang layak mendapat pujian atas apa yang telah terlaksana. Sungguh diri mengakui kelemahan yang hakikatnya tidak mampu mencapai apa-apa melainkan dengan persetujuan dan ketentuan Allah yang Maha segala Maha.

Selawat dan salam tidak terlupakan untuk nabi Muhammad SAW yang sangat mulia dengan akhlaknya. Kegigihannya menjalani kehidupan manusiawi sambil mengemban amanat suci menjadi ingatan kita sepanjang hayat. Sabarnya baginda sehingga rela menderita asalkan risalah ini sampai ke pangkuan kita. Allah SWT dan para malaikat bersalawat ke atasmu ya Rasulallah..

Alhamdulillah, tiada kata yang mampu terucap melainkan ungkapan rasa syukur. Siapa yang menyangka pada akhirnya sebuah buku berjaya disiapkan. Kami sangat menyedari kelemahan diri, kekurangan ilmu dan ketumpulan analisa, namun kami masih memaksakan diri untuk berani menulis. Semoga Allah menghadiahkan kami ‘tawfiq  dalam amal, setelah usaha memahami dan memahamkan dilaksanakan. Semoga Allah menjadikan kami seorang yang semakin tersuluh sinar hidayah dengan ilmu dan bukan yang semakin jauh dari Allah karena ilmu. Manizdada ‘ilman lam yazdad hudan lam yazdad minallahi illa bu’dan! Wal ‘iyazubillah! Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // Comment now »

Kata Yang Mengislamkan..

Posted on March 9th, 2010 in Politik Islam

Suatu hari, seorang pemuda bernama Jabbar Bin Salma memeluk Islam. Jabbar yang merupakan salah seorang yang tegas dalam menolak Islam tiba-tiba berubah haluan menjadi seorang yang menerima Islam, menyebabkan masyarakat Arab ketika itu kehairanan. Apakah gerangan yang mampu mengubah Jabbar secara tiba-tiba?

Ramailah penduduk ketika itu bertemu Jabbar untuk mengetahui apa disebalik keislamannya yang terlalu mengejut itu.

Jabbar mula menceritakan kisahnya. “Aku bertemu dengan seorang pemuda muslim, namanya Haram Bin Mulhan.” Haram merupakan salah seorang dari tujuh puluh pemuda yang diutus Rasulullah SAW bagi menyampaikan seruan kepada masyarakat.

“Aku segera melepaskan panahku dari busurnya. Panah itu tepat menembusi tengah antara dua bahu pemuda itu. Kekuatan panahan itu membuatkan mata anak panah itu keluar dari badannya. Aku melihat sendiri mata anak panah yang terkeluar itu.”

Pemuda itu begitu tenang menerima panahan itu. Dia kemudian mengatakan suatu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 1 Comment »

Karya Sulung..

Posted on March 8th, 2010 in featured

Published by taqeyyabella // 10 Comments »

Mahalnya Sebuah Hidayah..

Posted on March 6th, 2010 in Fikir

Van yang kami naiki memasuki sebuah lorong dan berhenti. Sebelah kanan kami terdapat sebatang sungai yang lebarnya kira-kira hampir lima meter. Sebuah Masjid yang didalamnya terdapat satu saf yang tidak penuh jemaah kelihatan sedang mengerjakan solat berada di sebelah kiri kami. Oh waktunya solat subuh! Aku yang baru sedar dari tidur mengumpul maklumat terkini menggunakan mata yang masih samar.

“Jom solat!” Aku cuba bersuara walau agak garau layaknya orang yang baru bangun tidur. Kesemua masih lekat dalam tidur kerana kelelahan. Perjalanan dari Solo menuju ke Banyuwangi menghabiskan malam pertama cuti adik-adikku. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 2 Comments »

Makan Dengan Nama Allah

Posted on February 21st, 2010 in Tazkirah

Allah SWT menciptakan manusia secara semula jadinya bergantung kepada banyak hal seperti oksigen. Tanpa oksigen manusia tak bisa hidup. Selain dari oksigen, manusia juga bergantung kepada makanan yang menjadi sumber enegri. Tanpa makanan manusia akan mati kebuluran. Ketergantungan manusia kepada makanan dan minuman membuatkan manusia melakukan aktiviti makan dan minum berkali-kali satu hari. Ada yang sampai 5 kali sehari. Mereka yang miskin kadang berpuas hati dengan hanya sekali sehari. Tiada yang mampu hidup tanpa makan. Kalau pun boleh bertahan, ia hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Dalam ramai manusia yang makan pada waktu makan entah makan pagi, tengah hari atau malam, tidak ramai dari mereka yang benar-benar makan dengan perasaan penuh kesyukuran. Ada yang makan dengan keadaan yang tidak wajar. Ada juga yang makan sambil melakukan hal yang tak patut. Malah tidak sedikit yang makan sambil bergaduh.

Pernahkah kita berfikir apa yang membezakan seorang yang beriman dan seorang yang tidak beriman jika diperhatikan dari sudut makan memakan ni?

Satu hal yang ketara perbezaannya adalah doa.

Mereka yang beriman dituntut membaca doa. Antara doa yang masyhur dan pendek berbunyi, “Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan lindungi kami dari api neraka.”

Semua orang makan tapi tak semua orang mendapat keberkatan makanan.

Semua orang mendapat kenyang dari makanan tapi tak semua orang menggunakan kekenyangan untuk menghambakan diri kepada Allah. Untuk mempersembahkan kehidupan yang terbaik kepada Sang Pencipta. Semua orang makan tapi tak semua yang makan mendapat perlindungan Allah dari neraka. Semua orang makan tapi begitu sedikit mereka yang menjadikan makan sebagai sebab menuju syurga.

Masih tidakkah kita melihat siapa kita setiap kali kita makan?

Semoga setiap kali kita makan menempatkan kita di tempat yang sepatutnya. Menyedarkan kita akan kehambaan kita. Mendekatkan kita kepada yang memberi makanan. Agar makan bukan sekedar makan. Agar makan menjadi alasan terselamat dari neraka.

Allahumma barik lana fima razaktana wa qina azabannar.. Amin.

Published by taqeyyabella // Comment now »

Update-lah Pengetahuan Agama

Posted on February 18th, 2010 in Agama, Kritik

Ada ustaz ni dia teguh memegang sunnah. Dia tidak mengamalkan wirid secara beramai-ramai setelah solat. Namun dia tidak hadir ke tengah-tengah masyarakat lalu memarahi jemaah yang sudah terbiasa dengan wirid secara beramai-ramai. Dia mengikuti rentak masyarakat. Sampai satu ketika dia menerangkan bahawa wirid secara beramai-ramai ini tidak ada sunnah yang jelas yang menganjurkannya. Masyarakat menerima dan cuba berubah. Setelah lama kelamaan masyarakat berkata, “Ustaz susahlah bagi kami nak baca wirid sendiri-sendiri. Dahlah tak paham, bacaannya pun kadang tak tepat. Kita buat sama-sama sajalah..” Akhirnya mereka kembali membacakan wirid secara beramai-ramai..

* * *

Petikan kisah di atas saya dengarkan di radio IKIM sebentar tadi. Ia menjadi bahan perbincangan ketika ada penanya yang menanyakan hal berkaitan khilaf basmalah dimana sebahagian imam membaca dengan jelas dan sebahagian lagi tidak membacanya dengan jelas dalam sembahyang.

Tulisan kali ini tidak bertujuan untuk membahas perihal khilaf, tidak pula tentang pahaman atau mazhab yang asing lalu diketengahkan ke masyarakat dan tidak pula mengenai wirid. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // 1 Comment »

Nidaurrahman (2)

Posted on February 17th, 2010 in Nidaurrahman

Tentang Memohon Pertolongan Dari Sabar dan Solat

“Wahai orang yang beriman mintalah pertolongan dari sabar dan solat sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang sabar..” [Al-Baqarah : 153]

Ayat diatas adalah salah sebuah ayat yang Allah SWT serukan kepada mereka yang beriman. Iman bagi manusia merupakan suatu yang sangat tinggi nilai dan derajatnya. Tanpa iman manusia tidak anggap berniali disisi Allah yang Maha Mencipta. Mereka yang beriman akan sentiasa menyedari betapa mereka sangat memerlukan kepada apa yang Allah SWT sampaikan kepada mereka. Allah SWT tidak akan menyampaikan kepada mereka yang beriman melainkan mengenai kebaikan yang akan diperintahkan untuk diamalkan atau mengenai keburukan yang akan dicegah dari terjebak di dalamnya. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenali Allah dan mengenali diri mereka akan berhenti dari kegiatan yang sedang mereka lakukan dan memberikan sepenuhnya pendengaran dan tumpuan mereka jika mendengar ayat Allah yang bermula dengan “Wahai orang yang beriman..”

Lihat betapa beruntungnya orang beriman mendapat petunjuk secara langsung dari Allah SWT sebagai panduan dalam kehidupan. Bayangkan betapa malangnya kita jika tidak mendapat tuntunan selama kita hidup. Read the rest of this entry »

Published by taqeyyabella // Comment now »

« Previous Entries / Home / Next Entries »

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives