Mujahidah Sejati

Posted on April 17th, 2007 in Uncategorized

Hari ini cuaca amat teruk di kaherah. Hujan debu melanda lagi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya macam mana tu hujan debu. Hujan debu tak jauh bezalah dengan JEREBU just bezanya, hujan debu ni memang disebabkan tiupan angin yang kencang yang menyebabkan pasir-pasir di padang pasir tu berterbangan di udara sehingga megagalkan mata dari melihat dengan jelas. Tentunya sangat bahaya. Tadahkan sahaja tangan anda seketika dan anda dapat rasakan butiran-butiran pasir halus memenuhi tapak tangan anda. Cuaca hari ini membuatkan kepalaku sakit. Semoga cuaca di hari esok akan lebih baik. Amin. Bukan apa hari-hari terakhir kuliah ni sangat berharga untuk ditinggalkan.

 

Hari ini berkunjung ke blog seorang teman baru, dan terjumpa lirik sebuah lagu berjudul “Mujahidah Sejati”. Lagu ni sangat memorial bagiku. Ia dinyanyikan oleh kumpulan Nahwan Nur suatu saat dulu. Group nasyid student UPM. Kebetulan suatu masa dulu solo-solo kumpulan ini berjiran denganku, Abg Khalid dan Abg Nasation (Sekarang kumpulan Saff-One) juga Abg Nash yang baru-baru ini memberi peluang padaku untuk menjadi partnernya membaca sajak palestin di HighTea anjuran JIM Hulu Langat dan Malam Bersamamu Palestin anjuran JIM Seremban dan JIM International di Dataran Senawang. So just nak kongsi lirik lagu ni dengan para pengunjung yang budiman…


Mujahidah Sejati…

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi SOLEHAH hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati
Hatinya berbeza
Kerana diasuh
Iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah
Fatimah
Menjadi muqorrobbin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih 4JJ1

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita SOLEHAH di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

Published by taqeyyabella

One Response to “Mujahidah Sejati”

  1. drwauwa Says:

    Salah satu nasyid favourite ku.

Leave a Comment

Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    July 2010
    M T W T F S S
    « Jun    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • Sapaan Mesra

  • Archives