MUJADDIDUN : MENGHIRUP INSPIRASI

Posted on January 12th, 2010 in Motivasi

“Apa cita-cita anda?” tanya seorang teman yang sedang asyik menikmati keindahan alam.

“Menjadi ‘pembaharu’!” Mukmin berkata sambil menutup buku yang sedang dibacanya. “Kita perlu memperbaharui segala aspek dalam kehidupan kita. Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam telah merangsang umatnya menjadi pembaharu. Baharu dalam aspek keimanan, aspek kepercayaan dan keyakinan. Baharu dalam ibadat iaitu baharu dengan semangat, tumpuan, kebenaran cara, kesahihan sumber dan kekhusyukan. Baharu dalam keilmuan. Baharu dalam memproduksi dan menciptakan.” Mukmin terus merangsang teman bicaranya, penuh semangat.

Benar apa yang dikata Mukmin. Kehidupan kita ini penuh dengan segala yang baharu. Setiap detik yang datang adalah suatu yang baharu dalam diri kita. Maka kita juga perlu mempunyai idea pembaharuan dalam diri. Apa yang ingin kita perbaharui? Segala-galanya. Keseluruhan kehidupan kita ini perlu diperbaharui.

Perbaharuan tentunya perlu mengarah kepada kebenaran dan kehendak syarak. Bertindak untuk menghasilkan sesuatu yang baharu pada diri dan segala yang mengelilingi kita adalah usaha membentuk. Perubahan boleh dilaksanakan dan dicapai bermula dari satu titik percaya. Percaya untuk berubah!

Tahun baru 2010 ini, kita telah digairahkan untuk terus menyumbang kepada pembaharuan dengan hadirnya sebuah rancangan realiti tv yang dikendali oleh seorang ‘Pembaharu’ terkenal. Beliau adalah Amru Khaled. Beliau layak dikatakan ‘Pembaharu’ dalam bidang komunikasi masyarakat kerana beliau berjaya membawa arus perubahan yang dahsyat di negara-negara Arab. Aura yang ada bersamanya telah menggoncangkan dunia arab. Potensi beliau ini telah lama terserlah sehingga menjadikan beliau antara orang yang tidak dibenarkan untuk menetap di negaranya sendiri iaitu Mesir.

Beliau mula dikenali oleh masyarakat Mesir ketika beliau mula menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekitar Kaherah. Ceramah beliau mendapat sambutan sehingga menyebabkan seluruh kedai ditutup kerana jalan raya sekitar masjid tempatnya berceramah menjadi tempat duduk orang yang datang. Ribuan yang hadir disetiap kali ceramah. Pengaruh beliau kepada masyarakat itu menjadi mimpi buruk bagi pihak berkuasa. Beliau meninggalkan Mesir.

Pemergian Beliau dari Mesir malah membuka ruang yang luas bagi beliau terus mencurah bakti kepada masyarakat. Beliau gagaskan sebuah agenda besar bernama, ‘Shannaul Hayat’ yang bermaksud, ‘Mencipta Kehidupan’. Gagasan beliau ini dicurahkan kepada masyarakat agar mahu bangkit menjadi seorang yang menghargai kehidupan. Kehidupan bukan sekedar terapung dibawa arus tetapi malah menjadi arus yang mencorak kehidupan. Ya, kita yang perlu mewarnai dan mencorak kehidupan. Bukan kehidupan yang mencorak kita menjadi seorang yang sangat jauh dari kebenaran dan dari Allah SWT. Ceramah-ceramah beliau ini bukan sekedar omong kosong yang nyaring berbunyi. Gagasan ini membentuk komuniti dibawah nama ‘Shannaul Hayat’ yang menjadi juru bincang yang membantu masyarakat untuk merealisasikan idea ini. Kesan dari gagasan ini, masyarakat berubah. Beliau menjadi tokoh yang sangat dikenali di negara-negara Arab.

Gagasan ‘Shannaul Hayat’ beliau disampaikan kepada masyarakat di dalam program tv. Setelah itu beliau hadir pula dengan program ‘Qisasul Quran’. Pengaruh beliau diiktiraf majalah TIMES suatu ketika dahulu dan menyenaraikan nama beliau di antara 100 orang paling berpengaruh dunia. Baru-baru ini sekali lagi beliau mendapat pengiktirafan apabila nama beliau telah diletakan di dalam urutan ke 14 dalam senarai 50 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia di dalam sebuah buku bertajuk, “The 500 Most Influential Muslims 2009″ yang telah diterbitkan oleh sebuah institut kajian di Jordan.

Kini beliau hadir lagi dengan sebuah program realiti tv yang sangat menarik iaitu Mujaddidun. Program Mujaddidun ini telah diwar-warkan pada awal 2009 lagi. Program ini adalah berbentuk pertandingan yang mungkin bercorak ala-ala The Apprientice. Tugas diberikan untuk memilih dari kalangan peserta seorang yang layak digelar ‘Mujaddid’. Beliau telah mempromosikan program ini dan ia mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. 250,000 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi peserta program ini. Masing-masing individu perlu menceritakan perkara pembaharuan apa yang pernah dilakukan agar dapat membantu beliau menyeleksi. 16 orang dari lelaki dan perempuan dari Mesir, Saudi, Jazair, Jordan, Syiria, Sudan, Bahrain, Lubnan dan Yaman.

Beliau telah menyampaikan visi, misi dan objektif program Mujaddidun ini dengan sangat jelas di Episod pertamanya yang telah disiarkan di tv-tv arab pada 8 Januari 2010 yang lalu. Bagi anda yang ingin mencari inspirasi dan motivasi agar tidak berat tulang mencurah bakti marilah sama-sama kita tonton program ini. Program dapat ditonton di link ini.

Semoga kita semua menjadi para pembaharu yang dipilih oleh Allah untuk menyemarakan bumi ini. Allahumma Amien.

Episod pertama

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives