
Cacatan petugas Liason…
23 Oktober 2007 : Mesyuarat Pertama pegawai kedutaan bersama pemimpin-pemimpin persatuan. Makluman pelaksanaan MECC 2007.
6 November 2007 : Mesyuarat Kedua pegawai kedutaan bersama pemimpin-pemimpin persatuan. Tuan Yang Terutama Dato’ Duta menghadiri mesyuarat kali ini. Perbincangan masalah promosi, pengangkutan, makanan dah hal-hal yang berkait.
21 November 2007 : Pertemuan pegawai kedutaan bersama pembantu liason seramai enam orang. Menerima amanat untuk menjadi pembantu Liason kepada YB Dato’ Dr. Abdul Latif Bin Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan.
23 November 2007 : Pertemuan Dato’ Adham Baba bersama ketua-ketua persatuan pelajar di Mesir.
24 November 2007 : Makan malam dan pertemuan Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad bersama ketua-ketua persatuan pelajar Mesir.
25 November 2007 :
08.00 : Petugas Liason Timbalan Menteri Kesehatan menyerahkan tugas Liason sepenuhnya kepada Pembantu Liason.
09.30 : Pembantu Liason tiba di Hotel Intercontinental dan bertemu dengan pegawai kedutaan bahagian pengangkutan dan penembatan. Menerima nombor telepon driver. Mengambil kunci bilik dari petugas Hotel.
10.30 : Kereta Mercedes-Benz untuk YB Dato’ tiba di Hotel. Menuju ke airport antarabangsa, Kaherah.
11.30 : YB Dato’ Dr. Abdul Latif Bin Ahmad Timbalan Menteri Kesihatan dan rombongan tiba di Kaherah.
Rombongan terdiri dari :
1. YB Dato’ Dr. Abdul Latif Bin Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
2. YB Dato’ Hj. Zakaria Bin Hj. Nordin, ahli exco kerajaan Negeri Sembilan
3. Puan Kamariah Binti Mohd Noah, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia
4. Encik. Baharuddin Bin Monshie, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
5. Ybhg. Prof. Azman Bin Awang, Direktur Exsekutif FSBM Holdings Berhad
6. Encik Aminuddin Baki Desa, Pengurus Direktur, Scan Associates Berhad
7. Encik Abdul Hafz Bin Ahmad, Direktur Dwi Edaran Sdn. Bhn.
12.30 : Tiba di Hotel
02.30 : Menuju kedai makan
04.30 : Pertemuan rombongan bersama pelajar-pelajar perubatan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
07.00 : Menuju Cairo International Confrence Center (CICC) untuk penyiapan booth
09.00 : Menuju hotel
26 November 2007 :
08.00 : Sarapan pagi bersama Prof. Azman di Hotel
08.30 : Menuju CICC
09.00 : Menyiapkan booth
09.30 : Memasuki dewan untuk acara perasmian
12.00 : Solat Zuhur diikuti dengan pemotongan riben. Pak Lah, mengunjingi gerai-gerai.
02.30 : Semua bahan pameran yang disediakan habis. Rombongan meninggalkan CICC dan menuju kedai makan.
05.00 : YB Dato’ bersama Encik Amin menuju ke Hotel. Rombongan yang lain menuju ke Khan khalili.
08.00 : Menuju ke sungai nil.
09.00 : Kapal bergerak.
11.00 : Kapal kembali ke jeti.
12.00 : Tiba di Hotel.
27 November 2007 :
08.30 : Pembantu Liason tiba di hotel
09.30 : YB Dato’ bersama rombongan menuju ke airport
10.30 : Pembantu Liason meninggalkan airport dan menuju CICC untuk membawa pulang barangan yang masih ada di sana.
11.30 : Tugas pembantu Liason selesai.
Catatan :
Merupakan sebuah pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan. Berbeza dengan VIP-VIP lain, YB Dato’ begitu bersahaja dan sederhana. Beliau begitu ceria dan sangat mesra dan ramah kepada siapa sahaja. Beliau sendiri membantu untuk menyiapkan booth. Ketika pameran berlangsung beliau adalah satu-satunya Menteri yang berada di booth untuk menerima perbincangan oleh pelajar-pelajar. Beliau bahkan meninggalkan acara-acara bersama Perdana Menteri demi untuk melayani soalan dan perbincangan oleh pelajar. Akibat dari keberadaan YB Dato’ ketika pameran berlangsung booth kementerian kesihatan dibanjiri oleh ratusan pelajar perubatan yang menyebabkan segala buku cenderahati yang disediakan habis kurang dari satu setengah jam.
Menjadi petugas Liason bagi rombongan ini menjadi semakin menyenangkan kerana kemesraan YB Dato’ mempengaruhi kesemua rombongan. Tidak ada tekanan. Perbincangan juga berjalan dengan terang-terangan. Banyak masukan yang telah diterima selama menjalankan tugas ini.
Antara topik perbincangan adalah : Peluang kerja, budaya, politik, peluang yang harus dikejar ketika berstatuskan pelajar, agama dan sebagainya.
Antara pesan yang diterima :
1. Manfaatkan peluang selama berada di Timur tengah.
2. Perdalami bahasa arab yang menjadi kunci utama peluang di timur tengah.
3. Ambil peluang mengikuti kursus dalam bidang pengurusan, akutansi atau finance sehingga menjadi marketable bagi syarikat-syarikat gergasi antarabangsa. Terutama syarikat-syarikat timur tengah.
4. Gunakan peluang untuk benar-benar mengkaji bidang agama yang sesuai dengan keadaan semasa.
5. Perlu Kreatif untuk mencipta peluang.
Selaku pelajar dan petugas MECC 07, dapat disimpulkan bahwa kerajaan benar-benar ingin menerapkan formula ‘modal insan’ di Malaysia. Modal Insan tentunya merupakan sebuah peluang yang memerlukan banyak bantuan dan masukan dari golongan agamawan. Ini kerana, agamalah satu-satunya cara terbaik menghasilkan modal insan yang bersih. Menyahut cabaran ini, MECC 07 sepertinya menjadi sebuah bukti kepada pelajar Azhar khususnya dan pelajar bidang agama umumnya bahwa perlunya ada sebuah anjakan paradigma. Golongan agama tidak boleh lagi hanya memberi nasihat kepada korporat-korporat untuk tidak berasuah , namun golongan agama harus menjadi korporat yang tidak berasuah. Sehingga golongan ini akan menjadi role model bagi masyarakat. Sebuah gagasan yang bernas. Cabaran yang hebat bagi golongan agamawan. Memberi contoh lebih mudah dari menjadi contoh. Mampukah anda wahai golongan agamawan???






