Mengapa Wanita Tidak Boleh Kahwin Ramai??
Posted on May 17th, 2008 in Uncategorized
Beberapa minggu lalu aku mengunjungi blog sebuah sahabat. Dia mempertanyakan mengapa wanita tidak diberikan hak seperti mana yang diberikan kepada lelaki iaitu hak untuk mengahwini lebih dari seorang pada satu masa. Beberapa waktu setelah itu aku berkunjung ke blog seorang lagi sahabat yang mengajak pengunjung membaca tulisan sahabatnya. Tajuk tulisannya “Sains membawa kepada fahaman Atheist”.
Memang tidak mudah untuk membiarkan diri menyelam ke dalam lautan ilmu yang begitu luas seperti susahnya berkelana ditengah-tengah padang pasir yang setiap penjurunya adalah sama. Tanpa petunjuk dan pedoman kita bakalan sesat. Tidak menemukan pintu yang kita masuki lalu bingung ke mana harus kembali. Ibarat layang-layang yang terputus talinya dan terbang entah ke mana.
Seperti mana yang sering kita dengar dari para ulama’, mereka sering mengingatkan kita agar selalu mengarahkan akal untuk berfikir sesuai dengan cara yang sepatutnya. Dengan kata lain, akal bukan segala-galanya akan tetapi akal adalah bahagian akhir sebuah proses yang membenarkan rumusan. Rumusan yang telah diberikan oleh yang Maha Esa. Itulah yang membezakan ilmuan yang berlandaskan iman dan tidak. Jika boleh kita umpamakan segala sesuatu itu seperti sebuah syiling yang mempunyai dua permukaan. Para ilmuan yang mempunyai iman (keyakinan terhadap ghaib) ketika berusaha mencari dan membongkar segala penemuan pada permukaan yang terbuka, dia akan meyakini kewujudad permukaan lainnya yang tertutup. Berbeza dengan ilmuan yang tidak memiliki iman mereka akan terus hanyut dengan keindahan permukaan yang kelihatan semata-mata dan secara mutlak menolak serta menafikan segala yang ada di permukaan lainnya.
Cara berfikir beginilah yang telah mendorong Nabi Ibrahim untuk mengiktiraf Allah SWT yang sememangnya tidak pernah ditemuinya setelah merenungkan keadaan gugusan bintang, bulan dan matahari. Kewujudan bintang yang cantik, bulan yang menawan dan matahari yang perkasa cukup menjadi bukti wujudnya Zat yang Maha Agung yang mentadbir semua itu.
Kita dituntut melihat tapi melihat dengan penglihatan yang bagaimana? Kita dituntut berfikir akan tetapi berfikir berlandaskan apa?
Ketika kita sudah pun jelas perlunya melihat sesuatu dari kaca mata yang Maha Mencipta dan berfikir dengan corak yang diredhaiNya, maka kita boleh mula menjawab persoalan-persoalan yang mendalam seperti yang diutarakan salah seorang sahabat saya, “Mengapa wanita tidak dibenarkan mempunyai lebih dari satu suami pada satu masa?”
Sampai saat ini saya masih belum mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada orang lain mengenai persoalan ini. Namun suka kiranya saya ajak kawan-kawan untuk melihat perkara-perkara berikut :
1. Sejarah penciptaan manusia.
2. Keutamaan sesuatu atas sesuatu.
3. Tujuan sebuah hukum.
Sejarah Penciptaan Adam dan Hawa
Kita sedia maklum, bahawa Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS yang merupakan manusia pertama dengan tanganNya sendiri. Bahkan Allah SWT menceritakan dengan sangat detail bagaimana Allah SWT menciptakan manusia pertama dengan segala proses-proses yang dilalui. Setiap proses itu nantinya akan memberikan implikasi kepada manusia itu sendiri. Ini terbukti ketika kita dimaklumkan bahawa Allah SWT mengambil setiap jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini sebagai bahan pertama yang dicampurkan dengan air. Kepelbagaian jenis dan warna tanah menghasilkan kepelbagaian warna kulit dan watak manusia. Begitu juga proses dimana ketika adonan (tanah liat) yang telah dibentuk itu dibiarkan beberapa ketika sehingga berubah warna dan bau itu merupakan asal usul dimana manusia memiliki keinginan, nafsu, dan kehendak. Kerana proses perubahan warna dan bau adalah disebabkan dengan unsur-unsur lain seperti cahaya, air atau sebagainya yang tidak kita ketahui.
Setelah Adam itu sempurna, barulah Hawa yang merupakan wanita pertama diciptakan dari tulang rusuk Adam. Tidakkah kita tertanya-tanya mengapa dari tulang rusuk Adam? Mengapa tidak Allah SWT ciptakan sebagaimana Allah SWT ciptakan Adam. Adakah kerana Allah SWT ingin menjadikan Adam sebagai aslun (asal) dan Hawa sebagai far’un (cabang)? Saya yakin ada rahsia disebalik perkara ini.
Keutamaan Sesuatu ke atas Sesuatu
Allah SWT mengutamakan penciptaan Adam sebagai aslun dan Hawa sebagai far’un. Allah SWT mengutamakan malaikat Jibril dan Mikail ke atas para malaikat. Allah SWT mengutamakan para Rasul ke atas para Nabi. Allah SWT mengutamakan para Rasul ulul Azmi (Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad) ke atas rasul-rasul. Allah SWT mengutamakan Nabi Muhammad ke atas para Rasul ulul Azmi. Allah SWT mengutamakan Mekah, Madinah dan Al-Quds ke atas semua belahan bumi lain. Allah SWT mengutamakan bulan-bulan haram (Dzul qa’dah dan Dzul hijjah), bulan Allah (Rejab), bulan Rasulullah SAW (Say’ban) bulan umat Islam (Ramadhan) ke atas bulan-bulan yang lain. Allah SWT mengutamakan hari jumaat ke atas hari-hari lain. Allah SWT mengutamakan manusia ke atas segala ciptaan lainnya. Allah SWT mengutamakan lelaki ke atas perempuan.
Ya, Allah SWT mengutamakan lelaki ke atas wanita, atas sebab-sebab tertentu sesuai dengan bentuk fizik, emosi, dan tanggung jawab. Sila rujuk [4:32], [4:34] dan ayat-ayat lain.
Tujuan Sebuah Hukum ( Syariah)
Islam mencakup semua aspek kehidupan. Untuk menata manusia yang ramai dan berragam-ragam agar tidak berlaku perbagai masalah Islam mempunyai hukum. Hukum-hukum tersebut diciptakan oleh Sang Maha Mengetahui yang Dia sendirilah yang menciptakan manusia. Walaupun Allah SWT memiliki kuasa ‘veto’ untuk berlaku sewenang-wenang dan menentukan segala sesuatu sesuai kehendaknya, Allah SWT masih lagi memberikan pencerahan-pencerahan yang mana akan memberikan keringanan kepada manusia agar mampu menerima dan melaksanakan hukum-hukum ini dengan lapang dada dan hati terbuka.
Para ulama telah menyimpulkan dari teks baku Al-Quran dan Hadis Nabawi beberapa hal yang menjadi asas kepada segala hukum yang Allah SWT tetapkan. Segala hukum yang ada akan melindungi hal-hal berikut :
1. Nafs (Jiwa)
2. ‘Aql (Akal)
3. ‘Aradh (Harta)
4. Nasl (Keturunan)
5. Deen (Agama)
Larangan berzina termasuk hukum yang disyariatkan untuk melindungi kesucian dan kemurnian keturunan. Begitu juga dengan perintah menikah. Lalu bagaimana pula permasalahan kebebasan lelaki mengahwini lebih dari satu dan kurang dari empat? Apa pula bezanya sehingga menyebabkan wanita tidak diperbolehkan berlaku demikian?
Ramai para ulama yang menyifatkan bahawa keutamaan lelaki dalam memiliki ramai isteri perlu dilihat dari sisi yang berbeza. Jangan dilihat dari sisi ‘boleh’nya sahaja tetapi lihatlah juga dari sisi-sisi lain seperti tanggung jawap dan kemurinian keturunan. Ulama bahkan menegaskan bahawa perkahwinan lebih dari satu dan perceraian merupakan jalan keluar bagi masalah-masalah yang manusia alami dan bukan sebaliknya (bukan disyariatkan untuk menambah masalah). Maka, seharusnya secara tidak langsung larangan wanita untuk tidak mengahwini lebih dari satu juga adalah demi kemaslahatan yang sesuai dengan keadaan wanita itu sendiri. Allah SWT bahkan menetapkan fasa ‘iddah bagi wanita sebelum bertukar suami. Tidak lain adalah kerana yang demikian adalah lebih selamat dan lebih terjamin kepada keturunan. Bahkan kita juga yakin banyak hikmah lain yang belum terungkap disebalik menetapan hukum ini.
Di sini juga saya ingin menegaskan bagi mereka yang menganggap bahawa bolehnya beristeri dua hingga empat merupakan kelebihan bagi lelaki, sesungguhnya ianya bukanlah suatu yang menyeronokkan atau suatu yang perlu dibanggakan. Sebagai seorang lelaki kita perlu paham betul apa yang terkandung dalam ayat [4 : 34] dan ayat yang memperingatkan hakikat manusia itu sendiri [4 : 129]. Tidakkah kita berusaha memahami?

June 25th, 2009 at 8:57 pm
Sudikah saudara menghantarkan email kepada saya jika terdapat artikel atau bukti hawa diciptakan dari tulang rusuk adam?
Ini kerana dari pembacaan saya, hanya terdapat saru hadith menyatakan perkara tersebut dan pelbagai ulama berbahas mengenainya. Di mana hadith tersebut di katakan hanya membawa bahasa kiasan untuk meletakkan taraf wanita yang amat penting untuk manusia.
Di dalam al-quran tidak terdapat bukti menyatakan hal ini. Oleh itu jika ada artikel atau apa2 sahaja berkaitannya emailkan kepada saya di ascap23@gmail.com