Mempelajari Sastera

Posted on April 18th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

“Anda pelajar fakulti bahasa Arab?” Seorang teman akrab menyapa.

“Ya. Jabatan Pengajian Am,” Aku menjelaskan sambil menghulurkan tangan.

Teman baruku ini mula berbual rancak. Menanyakan itu dan ini mengenai fakulti yang sebahagian pelajar di universitiku beranggapan ia merupakan fakulti yang penuh darah. Darah di medan peperangan yang memaksa banyak perajurit pulang dengan hampa. Kalau pun berjaya jarak tempuhnya lumayan lama.

“Jadi berapa matapelajaran semester ini?” temanku masih selesa bicara denganku.

“8 untuk semester ini. Kami telah pun mengambil 4 matapelajaran pada semester lepas. Tidak terlalu banyak.” Aku bicara dalam nada yang berusaha menyedapkan hati.

Temanku tadi agak terkejut mendengar angka yang disebutkan. Mungkin tidak serupa dengan aliran sains seperti perubatan yang hanya mempunyai 4 matapelajaran. Tentunya 4 matapelajaran di fakulti perubatan tidak setanding dengan 14 matapelajaran di fakulti bukan aliran sains. Namun, jumlah yang banyak tetap menggerunkan.

“Kami belajar pelbagai ilmu cabang bahasa termasuklah pelbagai cabang ilmu mengenai sastera,” Aku cuba menjelaskan setelah melihat kerutan yang terukir diwajahnya.

Mempelajari sastera merupakan suatu hal yang wajib bagi pelajar jurusan bahasa. Bahasa yang menjadi alat komunikasi antara manusia berperan juga sebagai pencipta suasana, keadaan, sikap. Pelbagai aspek ini ketika digabungkan melahirkan suatu yang kita kenal dengan ketamadunan dan budaya.

Tidak ramai yang berminat untuk mengkaji bahasa. Tidak juga aku yang merupakan seorang pelajar fakulti bahasa. Hanya saja bahasa yang aku dalami ini amat berbeza dan tinggi martabatnya. Bahasa yang bukan sekadar bahasa. Tamadun yang terbit darinya juga bukan sebarang ketamadunan.

Adalah suatu kehormatan bagi bangsa Arab ketika Islam diturun di dalam bahasa mereka. Satu-satunya bahasa yang mampu menterjemahkan makna dengan tepat dan teliti. Kekayaan kosa katanya meletakkan kata dan makna pada tempat yang sepatutnya. Suatu yang tidak dimiliki bahasa lain.

Ketika manusia akhir zaman diperkasa dengan kekuatan ilmu. Allah SWT menurunkan kitab dalam bahasa Arab yang melampaui kemampuan manusia. Itulah yang kemudian mengangkat derajat bahasa Arab. Ketika Al-Quran yang bahasa Arab melampau kemampuan manusia bangsa Arab. Padahal bangsa Arab adalah bangsa yang begitu hebat dan tinggi kemampuan bahasanya.

Menariknya lagi, Al-Quran terpelihara dengan adanya bahasa Arab sepertimana bahasa Arab memelihara Al-Quran. Allah SWT dan sunnahNya menjadikan segala sesuatu dengan sebab dan musabab. Allah SWT menjamin perlindungan kepada Al-Quran yang antara sebab dan musababnya bermula dari bahasa Arab itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan dengan kehancuran manusia bila mereka mula berpaling dari Al-Quran. Palingan mereka terhadapa Al-Quran bermula ketika mereka melupakan bahasa Arab.

Keterkaitan dan ikatan antara bahasa Arab dan Al-Quran melahirkan pula ketamadunan. Ketika Al-Quran yang memelihara bahasa Arab diturunkan, perubahan yang jelas dan signifikan berlaku kepada bahasa Arab dan bangsa Arab. Perubahan-perubahan tersebut memberi kesan kepada masyarakat Arab sebagai objek utama dalam setiap ketamadunan. Lahirlah sebuah tamadun terhebat dalam sejarah manusia yang ditulangbelakangi oleh Al-Quran dan bahasa Arab.

Kekal hanyalah milik Allah yang Maha Pencipta. Layaknya makhluk, ketamadunan unggul itu lahir sejak hadirnya tokoh revolusinernya bernama Muhammad (SAW) yang membawa bersama Al-Quran. Ia kemudian berkembang dan meniti era kegemilangan. Setelah berada dipuncak tertinggi cahayanya mula redup. Redup kerana faktor dalaman masyarakat yang menjulang ketamadunan itu dan redup kerana faktor luaran dengan kehadiran cahaya baru yang belajar dari kesilapan. 

Memahami keterkaitan antara bahasa Arab, Al-Quran dan ketamadunan Islam, para pecinta kebenaran tidak dapat lari dari mengkaji bahasa Arab dan Al-Quran dengan segala yang terkait dengan keduanya untuk mengungkapkan penyebab kejatuhan era kegemilangan ketamadunan Islam itu. Maka lahirlah sejumlah kajian terhadap sastera yang menjadi kaca cerminan setiap zaman atau ukiran batu yang kekal memberi lambang.

Dalam mengkaji sastera kita menggunakan beberapa metod, antaranya : washofiah (penyifatan), muqaranah (perbandingan), tahliliyyah (pembedahan). Demi memudahkan kajian kita membahagikan sastera Arab kepada beberapa bahagian. Seperti yang kita maklum, kesan dan pengaruh bahasa Arab adalah melibatkan bangsa Arab dan negara-negara Arab, maka pembahagian dilakukan sesuai dengan keadaan kedua faktor itu. Kita sepakat membahagikan kepada : 1. Jahili (sebelum Islam) 2. Shadrul Islam (ketika datangnya Islam) 3. Daulah Umawi (era pemerintahan umawiyah) 4. Daulah Abbasiah (era pemerintahan Abbasiah) 5. Setelah Abbasiah (seperti mamalik dan seterusnya) 6. Modern 7. Mu’asir (semasa). Sebahagian turut menambahkan satu lagi bahagian mengikut tempat iaitu Andalusia. Andalusia ditempati oleh penduduk non Arab. Namun setelah kehadiran Islam dan bangsa Arab lahirlah di Andalusia sastera Arab yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan tersendiri. Maka, ia juga layak mendapat kajian khusus.

“Apa yang dikaji?” temanku tidak sabar menanti penjelasan dariku.

Pengkaji bahasa meletakkan segala yang terkait dengan bahasa sebagai objek. Maka, pertuturan, penulisan, pembukuan menjadi bahan utama kajian. Pertuturan tidak dapat dinilai kerana pertuturan tidak didokumentasikan. Bangsa Arab beruntung kerana mereka memang diberi kekuatan menghafal yang cukup hebat. Ia sesuai dengan keadaan mereka yang menjadikan hafalan sebagai tempat penyimpan ilmu dan maklumat. Keadaan mereka yang gemar berpindah-pindah dari satu kawasan ke kawasan lain bukanlah suatu yang mesra dengan benda-benda yang tidak utama. Maka menyimpan ilmu dan maklumat di dalam kotak memori masing-masing adalah lebih efisien dibanding menumpahkannya di dalam tulisan atau ukiran diatas pelepah atau batu. Mengalirlah ilmu dan maklumat dari generasi ke generasi berpindah tangan seperti menggunakan kaedah bluetooth pada setiap hari di dalam kabilah mereka. Kabilah merupakan kelompok yang terdiri dari beberapa keluarga. Mereka hidup bersama-sama dan berpindah-randah juga bersama-sama. Kebersamaan ini membuatkan mereka mudah mentransfer dari senior ke junior.

Ilmu dan maklumat yang ingin mereka simpan perlu dicetak atau diukir di dalam kerangka yang membuatkan ia mudah di masukkan ke dalam kotak memori. Kerangka ini kita namakan awzan. Awzan ini dibentuk oleh bangsa Arab dalam ke dalam beberapa jenis. Kumpulan Awzan atau kerangka ini diberi mana bahr. Ilmu dan maklumat dicetak atau diukir dengan kata-kata yang bunyinya sesuai dengan kerangka atau awzan yang telah mereka tetapkan tadi. Setiap kata-kata yang tercetak di dalam kerangka ini kemudian kita kenal dengan nama syair. Dalam istilah pengkaji bahasa, ilmu dan maklumat yang dicetak dalam cetakkan tertentu (terikat dengan suatu kaedah atau bentuk) dikategorikan ke dalam nazm. Lawan nazm adalah natsr. Nastr adalah maklumat dan ilmu yang dibentuk secara bebas tanpa terkait dengan apa-apa acuan, cetakkan, bentuk atau kaedah. Contoh, khutbah atau karangan biasa.

Nazm dan nastr menjadi topik utama dalam pengkajian sastera. Hal yang utama menjadi perhatian adalah kandungan. Kandungan ilmu dan maklumat yang berputar di dalam setiap bahagian mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Zaman sebelum Islam terkesan dengan hal-hal yang di dapatkan dari padang pasir, nasab atau silsilah, peperangan, maruah, permusuhan, keperkasaan, kekuatan, penindasan dan seumpamanya. Berbeza dengan zaman umawi dan abasi yang dimana masyarakat dan penguasa hidup dalam keadaan senang. Topik yang menjadi perbahasan adalah arak, wanita, hiburan, nyanyian, dongeng, dan juga zuhud, sufi, kematian, yang merupakan tindak balas dari topik-topik yang bertentangan. Perbezaan juga kelihatan apabila umat Islam mula menterjemahkan filsafat yunani dan menjadikan ilmu sebagai keperluan dan keutamaan.

Setiap topik memerlukan kata-kata yang tepat bagi mewakili udara sebanar yang mereka rasakan. Maka pemilihan kata, penyusunan ayat, perubahan-perubahan yang berlaku dari masa ke masa turut menjadi topik utama yang tidak kalah pentingnya.

Jika ditanya, apakah yang membuatkan manusia gagal menghadirkan umpama Al-Quran maka jawapannya adalah kekuatan Al-Quran dari segi seni bunyi dan makna samaada tersurat dan tersirat, kiasan atau majaz semuanya melampaui kemampuan manusia. Maka faktor seni dalam karya sastera haruslah juga menjadi perhatian utama. 

Menteliti dan mengkaji hal-hal utama diatas dan hal-hal lain yang tidak disebutkan akan menghantarkan kita kepada sejumlah maklumat yang nyata akan kekuatan bahasa Arab, keterkaitannya dengan Al-Quran sebagai rujukan agama dan keterbentukkan sebuah ketamadunan.

Persoalan yang timbul adalah, apa yang perlu dilakukan setelah mendapat hasil dari kajian ini?

Umat Islam kelihatannya tidak proaktif menyikapi perubahan disebabkan beberapa faktor antaranya, keadaan politik umat Islam yang melemah. Kebangkitan ketamadunan baru barat setelah belajar dari ketamadunan Islam dan bangkit dari era kegelapan. Kehanyutan umat Islam dalam permasalahan lokal atau domestik. Kegairahan mengikuti rentak ketamadunan yang sedang bangkit (kini menjadi ketamadunan dominan di bumi).

Berbeza dengan kaum musuh yang melihat bahawa kekuatan Islam adalah pada bahasa yang menjadi alat kepada Al-Quran. Maka usaha mereka adalah membuat lubang-lubang kecil yang akan menenggelamkan kapal walaupun mengambil masa yang lama. Metod itu lebih mudah bagi mereka dan kesannya lebih dahsyat. Usaha menutup lubang-lubang kecil yang berjumlah jutaan pada sebuah kapal yang besar bukanlah hal yang mudah. Bahasa umat Islam dihancurkan agar jalan menuju Islam hilang.

Bagaimana usaha mereka?

Mereka menghancurkan segala asas-asas bahasa. Nahu, sorof, dan balaghah dihancurkan. Manusia mula berkomunikasi dengan bahasa yang tidak layak dijadikan bahasa. Seni pada bahasa adalah kehancuran bahasa tersebut. Di era modern ini, tahap kesenian yang tinggi adalah yang tidak mampu dipahami orang. Semakin ramai orang yang bicara dengan pertuturan yang tidak difahami dan ia dianggap seni. Maka, lahirlah generasi yang berpaling dari hal-hal yang ril, kukuh, benar kepada hal-hal yang nisbi, kabur, dan mengarut.

Akhir-akhir ini, mereka mula menunjukkan hidung mereka dengan meminta untuk memasukkan sastera kristien yang selama ini tidak mendapat tempat di dalam bahasa Arab. Ia, mereka mahu menghilangkan ke-eksclusif-an bahasa Arab bagi umat Islam dan Al-Quran.

“Begitulah serba sedikit apa yang kami ‘buat’ di fakulti bahasa Arab,” ucapku mengakhiri perbualan.

Published by taqeyyabella

5 Responses to “Mempelajari Sastera”

  1. baha sha Says:

    mukjizat terakhir di kekalkan dlm medium bahasa..bkn sihir, bkn binaan, ukiran, dll…bahasa ini di bukukan, di hafal, di hayati, malah menjadi ssuatu yg sgt agung…tiada susunan kata yang mampu di baca sbnyk bacaan al-quran krn tiada lagi lagu atau lirik yg evergreen se evergreen alquran. sdap mn pn ssuatu itu psti ada tmpoh hayat nya…..tiada bahasa lain yg mempunyai dialek seindah qiroah al-quran….bahasa jika tidak di fahami hakikat bahasa itu maka akan buta lah hujung nya, mnghargai bhs itu dan nerima bhw al-quran adlh bahasa suatu tanda keagungan 4JJl…Allah mengerti stiap jenis bhs yg ada di dunia, tatkala mrk brtafakur, brdoa, brmunajat…dan smua yg mngimani Allah juga akan mngerti sdkt jika tidak byk bhs Arab…lihat titik pertmuan keagungan Ilahi??

  2. fateenfalah Says:

    subhanallah, mantap! Jazakumullah khairal jaza’~

    Memang pedih dan panas hati bila hidup dalam kalangan orang-orang Arab yang tertawa memperlekeh, mungkin menggeletek hati dan lucu bagi mereka..melihat orang bukan Arab terhegeh-hegeh ingin bertutur dan mempelajari bahasa Arab standard yang pernah satu ketika dulu membawa penyatuan bangsa Arab seluruhnya,membawa kepada perkembangan ilmu dan ketamadunan.

    Sakitnya hati melihat kerancakan fenomena darijah/ammiyah kejayaan agenda si Kuffar Laknatullah 3alayhim, menyusahkan dengan sejuta kesusahan untuk bukan Arab menggali tinggalan warisan emas aspek Bahasa Al-Quran itu sendiri.

    Soalnya, melihat kedudukan Bahasa Arab di Malaysia, di manakah kepentingan antara dua yang perlu bagi pelajar-pelajar keluaran Fakulti Bahasa Arab di universiti serata dunia fokuskan? Meneruskan kajian sastera atau lekas-lekas menyelamatkan masyarakat ISLAM Malaysia untuk mendekatkan mereka dengan Bahasa Arab itu sendiri? Lebih dekat lagi berbanding sepertimana ’sebati’ dan ’serasi’ nya Bahasa Inggeris dengan masyarakat kita..dengan pendekatan mereka yang lebih kontemporari, difasilitasi pakar-pakar bahasa mereka ditambah pula dengan segala kelengkapan alat dan bahan untuk mendekatkan masyarakat dengan Bahasa Inggeris..

    Yang mana satu fokus yang memerlukan kita pelajar2 fakulti Bahasa Arab bersatu dan bersama dalam memperjuangkan Bahasa Arab*?Kalau boleh ust beri pandangan.

    * Memperjuangkan tidaklah bermaksud kita menggesa kerajaan melaksanakan PPSMA pula,haru-biru jadinya..=)

  3. fateenfalah Says:

    tertanya-tanya..apa maksudnya Jurusan Umum di Azhar? Apa pula yang membezakan dengan jurusan-jurusan lain yang kedapatan di Azhar? sekadar menzahirkan kuriositi curiosity :)

  4. abuhamzah Says:

    Salam Ziarah…

  5. taqeyyabella Says:

    PPSMA!! wah-wah..

    Pasal tu nantilah ye bila-bila kita bincang.

    Jurusan Umum tu mungkin kurang tepat. Mungkin lebih sesuai kita katakan Jurusan Pengajian Am. Dalam Arabnya, Syu’bah ‘Ammah.

    Dalam Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Kaherah tersedia tiga jabatan. Jabatan Sejarah dan Ketamadunan. Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Kewartawanan dan Media. Untuk jabatan pengajian am dan sejarah rasanya tidak ada jurusan. Jabatang kewartawanan ada beberapa jurusan antaranya penyiaran tv.

    Untuk maklumat tambahan, Azhar ada banyak sangat Fakulti dan dalam fakulti pun ada banyak jabatan dan dalam banyak jabatan pun ada banyak jurusan. Cuma untuk degree tidak banyak terdedah kepada pecahan jabatan dan jurusan. Tapi untuk peringkat masterdegree dan phd kita akan melibatkan diri dalam jabatan dan jurusan yang tertentu. Contoh dalam pengajian Am untuk masters kita perlu pilih jabatan ushul lughah atau balaghah.

Leave a Comment

adv3
Feel free to share you opinion with me
  • Calendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Tentang Penulis

    Graduan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Mesir (2005-2009). Pernah mengabdi sebagai guru di Darussalam Gontor selama setahaun (2004). Mendapatkan pendidikan menengah di Kulliyyatul Mu'allimin Al-Islamiyyah, Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia (1998-2003). Pendidikan rendah di Sekolah Islam Al-Amin Serdang dan Bangi (1991-1997). Pelajar Tadika An-Nur Serdang (1990). Kini bergiat dalam usaha pertanian fertigasi dan berusaha menulis buku. Bercadang untuk meneruskan pengajian di Bidang Bahasa Al-Quran. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
  • Taqeyyabella’s heartbeat

    Berjalan menuju ABADI berbekalkan TAQWA, menciptakan TAKUT pada yang MAHA KUASA, menimbulkan MALU sesama MANUSIA, menghadirkan KASIH pada ALAM SEMESTA.
  • ME IN FACEBOOK

  • Sapaan Mesra

  • Archives