Dua minggu lepas aku menceritakan kisahku bersama Syeikh Yasin Hafnawi. Dalam kisah itu aku menceritakan perasaanku ketika melihat wajah tenang beliau. Perasaan ingin sentiasa melihat wajah dan mendengar ucapannya. Hari ini aku mendengarkan khutbah oleh Syeikh Usamah iaitu anak murid kesayangan Mufti Mesir Syeikh Ali Jum’ah di Masjid Sultan Hassan.Sebuah masjid yang begitu besar yang pernah menjadi pusat pendidikan empat mazhab dan ilmu kedokteran. Di dalam khutbahnya beliau menceritakan beberapa kisah yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabiin, tabiuttabiin dan para ulama setelah mereka, berkaitan dengan hubungan antara kita dan orang soleh. Kisah-kisah itu jelas menceritakan bahawa para ulama mendapatkan manfaat ketika memandang wajah para orang-orang sholeh lebih dari manfaat ilmu yang diberikan.

Ilmu adalah makanan akal yang mungkin akan menggerakkan hati atau mungkin juga tidak. Namun ada kalanya kita terpengaruh dan terkesan hanya dengan memandang wajah seorang hamba Allah yang soleh. Bagaimana tidak sedang wajah mereka memancarkan sinar terang yang menyejukkan jiwa. Ternyata begitu besar rahmat Allah swt kepada kita. Hanya dengan meluangkan waktu bersama manusia yang mencintai Allah SWT dengan sebenar-benar cinta mampu menggerakkan hati dan jiwa kita. Semoga kita semua tergolong antara mereka yang mencintai para sholihin dan sentiasa bersama dikalangan mereka paling tidak agar kita mendapat percikan cahaya mereka. Allahummarzuqna hubbuka wa hubbu man yuhibbuka.. Allahumma tawaffana musliman wa alhiqna bissholihin.. Amin

2 Responses to “Melihat Wajah Orang Sholeh..”

  1. maryam Says:

    kenapa satu perenggan panjang? kurang mood nak baca..

  2. awil Says:

    apsl tak tunjukkan muka orang soleh tu…biar kita smua bleh menikmatinya nya jugak..

Leave a Reply