Maza Af’al???
Posted on February 8th, 2007 in Uncategorized
“Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.â€ÂÂ- www.saifulislam.com
Ketika membaca keseluruhan artikel yang Ust Hasrizal @Abu Saif tuliskan di blog beliau bertajuk “Proaktif… pilih tindakan anda†seketika terbayang segala dialog yang berkali-kali hinggap di kuping kita. Dialog-dialog penuh keputus asaan. Seakan-akan tiada lagi jalan keluar. Ungkapan seperti “Aku begini kerana keadaan†adalah di antara ungkapan yang sangat simple yang tidak berruh.
Aku teringat ketika teman-teman meratapi nasib kerana ditetapkan untuk berada di Azhar yang menurut mereka serba kekurangan, tak modern, tidak mendukung untuk maju dan seterusnya. Keadaan seperti ini sering kali kita hadapi, namun kita harus pintar menyikapinya. Mengapa kita selalu mengikuti keadaan kemudian menyalahkan keadaan tersebut dan kita tidak pernah berusaha untuk menciptakan keadaan seperti mana yang kita inginkan.
Bagaimana mencipta keadaan? Dapatkah seseorang mencipta keadaan? Mengapa tidak, kita selalu diberi pilihan untuk berusaha menentukan arah hidup kita, walaupun bukan kita yang menentukan apa yang akan terjadi pada diri kita akhirnya. Kita ditugaskan untuk berusaha namun Allah SWT lah yang akan menentukannya. Allah SWT Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Dia tidak akan menzalimi kita. Segala yang berlaku tentu ada asbabnya, hanya saja kita perlu pandai untuk menyikapinya, dan melihat dengan hati sebelum mata.
Berusaha. Hanya usaha yang perlu kita lakukan untuk sebuah matlamat. Usaha untuk merancang yang diikuti dengan tindakkan akan menghasilkan keadaan. Sikap husnu dzon kepada ALLAH membantu kita menghadapi kenyataan. Berhentilah mencari tapi jadilah.



Leave a Comment