This is some text prior to the author information. You can change this text from the admin section of WP-Gravatar Final year student, General Studies Faculty of Arabic Language, Al-Azhar Asy-Syarif University, Cairo, Egypt.


Azan berkumandang memanggil semua umat Islam untuk mengerjakan solat berjamaah di Masjid, namunÂÂ yangÂÂ kita lihatÂÂ hanya sejumlah kecil sahaja yang menghadirkan diri untuk berjamaah. Persoalannya mengapa? Tidakkah kita risau jika suatu hari nanti akan ada segelintir manusia yang akan berkata “Mengapa azan dibenarkan berkumandang, ia akan mengganggu manusia, ia juga tidak lagi bermanfaat karena ketika azan berkumandang umat islam seakan tidak kisah dan dengan senang hati meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan laungan yang menandakan masuknya waktu solat ?” Perkara ini sangat perlu diselesaikan dengan segera, namun aku tidak melihat sedikit pun kerisauan umat islam terhadap masalah ini. Bahkan golongan “agamawan” juga sepertinya tidak berminat untuk menterjemahkkannya kedalam sebuah “hamlah ‘amali” atau act of action tentang perkara ini. Apakah urusan duniawi jauh lebih utama dimata kita saat ini daripada membicarakan hal yang remeh seperti berjemaah? Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW menjadikan masjid segala-galanya bagi umatnya. Dari sebuah masjidlah berdirinya sebuah kerajaan terbesar dunia yang tubuh secepat kilat di dalam sejarah dunia. Secara fizikal tidak dapat kita mungkiri masjid kini begitu mewah namun……

Masjid Abul Abbas Al Mursy, Iskandariyyah MesirKubah Masjid Abul Abbas Al-Mursy, Iskandariyyah Mesir

ÂÂ

Penulis ingin mengajak teman-teman membaca sebuah kisah ringkas dibawah ini semoga bermanfaat selamat membaca….

Ada seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Ummi maktum, beliau merupakan sahabat yang diabadikan kisahnya di dalam surah ‘abasa, merupakan seorang yang buta.
Pada suatu hari datanglah Abdullah berjumpa dengan Rasulullah saw. setelah ditinggalkan oleh orang yang menemaninya menuju ke masjid untuk mendapatkan keringanan supaya tidak menyertai jemaah kerana dia merupakan seorang yang buta. namun Rasulullah balik bertanya kepadanya apakah kamu mendengar azan? kerana dia mendengar azan maka rasulullah tidak melihat sebarang keuzuran yang menyebabkan dia mendapat layanan istimewa tersebut walaupun dia merupakan seorang yang buta. Maka keluarlah Abdullah Bin Ummi Maktum menuju ke masjid pada pagi hari berikutnya. Ditengah-tengah perjalanan dia tersandung batu dan terjatuh sehingga menyebabkan kepalanya luka dan darah mengalir ke wajahnya. Dia lalu bangkit berdiri sambil melap darah yang mengalir dan kembali berjalan menuju masjid, kemudian datang lah seseorang yang tidak dikenali dan bertanya : “Pakcik, anda hendak pergi ke mana?” dia lalu menjawab ” Ke masjid.” lelaki tadi terus menawarkan diri untuk menghantarnya ke masjid dan juga menghantarnya kembali ke rumah. Mulai hari itu mereka berdua pergi bersama-sama ke masjid hinggalah pada suatu hari Abdullah merasa gembira dan ingin mengetahui siapakah pemuda yang baik hati yang rela menemaninya selama ini, maka bertanyalah Abdullah siapakah anda wahai pemuda? pemuda itu menjawab, apa yang kamu inginkan dari nama saya? Abdullah menjawab aku ingin mendoakan balasan yang baik kepada mu. Pemuda itu menjawab : ” Anda tidak perlu mendoakan saya, tidak perlu mengetahui keinginan saya dan tidak perlu mengetahui nama saya.” Abdullah menjawab “Demi Allah aku tidak akan berteman dengan mu sehingga aku mengetahui siapakah dirimu dan mengapa engkau berkhidmat kepada ku?” pemuda itu menjawab kerana anda telah bersumpah sedemikian rupa maka akan aku kabarkan siapakah aku sebenarnya. Aku adalah Iblis. Abdullah terkejut dan berkata : “Bagaimana anda membantu aku ke masjid sedangkan tugas mu adalah menyesatkan manusia terutama menghalang mereka dari mendirikan solat?” Iblis menjawab : ” Ingat lagikah kamu saat kamu terjatuh dan kepalamu berdarah, “ya, aku ingat.” jawab Abdullah. Ketika itu aku mendengar pada saat itu juga malaikat berkata sesungguhnya Allah telah mengampunkan setengah dari dosa yang telah engkau kerjakan maka aku sangat risau seandainya engkau terjatuh sekali lagi dan menyebabkan setengah lagi dosamu terhapus, itulah sebabnya aku membantumu pergi dan pulang.

Leave a Reply