MAQASID SYARIAH
Posted on December 21st, 2008 in Uncategorized
Islam merupakan sebuah agama yang sangat meraikan akal. Ketika membicarakan isu hukum dalam syariah Islam, kita mengenal dengan suatu pembahasan yang diberi nama, “Maqasid Syariah“. Maqasid Syariah bermaksud tujuan atau objektif suatu syariah atau hukum ditetapkan.
Hukum kawin sebagai contoh ditetapkan untuk melindungi manusia dari fitnah. Menjauhkan manusia dari permasalahan keturunan seperti masalah tidak mengetahui siapa bapak kerana hubungan bebas sang ibu sebagai contoh. Dalam hukum perkahwinan ditetapkan pula harus ada wali dan saksi yang keduanya menjadi peneguh dan pembela jika kesalahfahaman berlaku. Persetujuan wali juga menjadi simbol peralihan tanggungjawab seorang bapak kepada seorang suami. Kemudian disunatkan pula membuat walimah walau hanya dengan beberapa butir kurma dengan tujuan memberi tahu kepada masyarakat keadaan mereka berdua yang telah menjadi suami isteri. Memahami maqasid syariah akan membuatkan minda kita terbuka dan jelas. Ia juga membantu kita mencapai hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya.
Maqasid syariah mengajar kita untuk bijak menghadapi episod-episod dalam hidup kita.
Mungkin suatu hari kita akan terjebak dalam suatu keadaan yang meminta kita untuk bijak memilih tindakkan. Memahami maqasid syariah akan banyak membantu kita menyelesaikan permasalah-permasalahan yang rumit.
Sebagai contoh, isu berkahwin. Wali pihak perempuan merupakan suatu yang penting sebagai simbol peralihan tugas dan tanggungjawab kepada sang suami. Mendapatkan restu mereka adalah asas utama dalam sebuah perkahwinan. Mengapa? Kerana merekalah yang bertahun-tahun mendidik dan membesarkan si wanita.
Maqasid syariah membantu kita untuk menjernihkan fikiran dalam menentukan tindakkan. Seorang yang ingin berkahwin perlu mengenal pasti mengapa, bila dan bagaimana perkahwinan itu dilaksanakan. Sorang yang memahami maqasid syariah akan memaksakan sebuah perkahwinan yang unik jika dengan perkahwinan tersebut dapat memelihara aqidah atau jiwa atau maqasid-maqasid syariah yang lain. Ini kerana menjaga aqidah adalah lebih penting dari perkahwinan yang sempurna.
Pertanyaan timbul bolehkah seseorang berkahwin tanpa wali?
Secara hukum fiqihnya ada banyak pendapat yang boleh kita guna pakai. Namun, pertanyaan yang perlu kita bangkitkan adalah sejauh mana perkahwinan tanpa wali itu sangat-sangat terpaksa dilakukan? Adakah kerana jika perkahwinan itu tidak dilaksanakan maka akan mati atau kufur. Jika ya, maka perkahwinan itu seharusnya dilaksanakan kerana menjaga nyawa dan aqidah adalah lebih penting dari perkahwinan berwali. Maka awlawiyyatnya disitu.
Mempelajari syariah bukan sekedar untuk mengetahui halal dan haram. Akan tetapi kajian dan pemahaman perlu ditingkatkan agar ia menjadi sebuah dorongan mencapai sebuah bentuk kehidupan yang baik, sejahtera dan diredhai Allah.
Ayuh sama-sama kita melihat kepada ruang yang lebih besar dan tidak tertumpu kepada titik hitam kecil di tengah-tengah ruang tersebut. Fikirlah dengan waras. Agama sangat merai akal. Semoga usaha berterusan kita memahami maqasid syariah dapat membantu kita memahami dan melaksanakan Islam dengan lebih baik lagi. Amin.



December 22nd, 2008 at 1:25 am
Pembelajaran syariah harus lebih praktikal dengan keadaan semasa dan bukan hanya dikuasai oleh ust2 shj.Itu sebabnya kelahiran PROTAZ(profesional ustaz)sgt2 digalakkan.sbb mereka harus menguasai bidang akademik (cth sains) dan syariah supaya hukum yg akan diputuskan lebih tepat!
December 22nd, 2008 at 3:43 am
Terima kasih Ukhti Wan Atiqah. Tepat sekali. Ilmu agama adalah ilmu yang wajib dipelajari bukan hanya oleh golongan agamawan. Golongan agamawan juga perlu mempelajari kemahiran untuk bertahan hidup. Agama bukan milik para ustaz sahaja. Seharusnya semua orang berusaha menjadi ustaz yang mampu menjalani kehidupan dengan baik.
December 22nd, 2008 at 5:08 am
ehem ehem….
December 23rd, 2008 at 7:13 am
Tulisan ini memang saya tujukan kepada seseorang yang bagi saya telah melakukan kesalahan dan enggan mengakui kesalahannya.
Asalnya saya mengharap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan di dalam shoutboxnya dijawab dengan jawapan yang memuaskan, namun betapa sedihnya bila mendapati bukan soalan yang dijawab malah shoutbox yang dibuang dari laman blognya. Huh!
Dia kemudian menulis tentang “bohong”. Dengan begitu banyak dalil dia menunjukkan ada bohong yang diperbolehkan dan ada bohong yang tidak diperbolehkan.
Hemm.. Membingungkan bukan?
Mungkin kita boleh mencari dalil untuk membela diri atau menutupi (baca : mengelabui) kesalahan kita. Namun, perlu sering kita ingat yang tahu isi hati kita bukan hanya diri kita, tapi Allah SWT juga tahu malah Dia Maha Mengetahui.
Bukan satu dua orang yang menggunakan dalil-dalil untuk kepentingan peribadi malah ribuan orang pernah melakukan demikian. Jangan terkejut kita mungkin salah satu dari mereka jika kita tidak waspada dan jeli mengkaji tingakah dan tindak tanduk kita.
Berbicaralah dengan diri. Hati keras mana pun tak mampu memungkiri fitrah yang dikaruniakan secara semula jadi.
Ushikum wa iyyaya nafsi bitaqwallah..
December 23rd, 2008 at 2:31 pm
salam.
maqasid syariah itu kerana 5, menjaga harta, agama, nyawa, maruah & keturunan. apa pun undang2 itulah objektifnya.
al-adatu muhakkamah, salah satu dari kaedah2 fekh, iaitu adat itu juga boleh menjadi satu hukum. secara umum itu bermaksud islam sangat meraikan tabiat manusia. tidak mengabaikan adat.
faham ertinya maqasid, sesekali kita tidak mempersoalkan apa2 hukum yg telah diputuskan dalam al-quran, hadis, ijmak dan qias.
huhu..
December 24th, 2008 at 2:12 am
x dpt org nk kawin lari
sedih nye, huaa~
hehe
December 25th, 2008 at 3:22 pm
artikel yg memuaskan .
January 13th, 2009 at 12:55 am
Assalamualaikum,
after i go thru your blog..now i noe a lil bit bout maqasid syariah..i want to noe more..can i..if u can..just post another blog just to discuss about maqasid syariah in more details..thanx ustaz..Allahuakbar!!
January 13th, 2009 at 5:37 am
insyaAllah nanti saya akan cuba lebih banyak membaca dan akan saya usaha kongsikan disini. Tapi paling cepat pun hujung bulan satu la sebab sekarang saya dalam tempoh peperiksaan.
Terima kasih atas kunjungan. Semoga bermanfaat.
July 21st, 2009 at 1:19 pm
ASAL SAL KAWEN JEEEEE
August 4th, 2009 at 2:06 pm
salam.good information in this blog.keep it up…..
December 23rd, 2009 at 9:57 am
saya nak tanya, apa pandangan maqasid syariah terhadap wali?
January 29th, 2010 at 11:47 pm
salam,boleh ker perempuan yang ingin bersolat hanya memakai bra dan seluar dalam,kemudian menyarung telekung tanpa berpakaian lengkap…?saya sangat khuatir sebab pernah melihat teman2 berbuat begitu…please terangkan…
January 30th, 2010 at 11:20 pm
Waalaikumussalam..
Terima kasih bertanya.
Saya kira apa yang perlu kita fahami dengan jelas adalah, Allah memerintahkan kita untuk solat dalam keadaan tertutup bahagian yang perlu ditutup. Telekung atau apa yang dipakai bukan persoalan. Persoalan yang timbul adalah, sudah tertutupkan bahagian-bahagian itu.
Bak kata Ust Abdul Basit, zaman sekarang ini perihal aurat dapat dibahagi kepada tiga. Pertama, tutup aurat. Aurat tertutup sehingga ia sama sekali tidak kelihatan. Kedua, tudung aurat. Ia seperti tudung saji. Sempurna tertudung tapi malangnya dapat dilihat apa disebalik tudung itu. Ketiga, bungkus aurat. Bungkus ini pula hanya melapisi bahagian tertentu dengan kain. Bentuk, ukuran, lekuk masih jelas kelihatan. Antara ketiga ini jelaslah bahawa hanya kategori pertama sahaja yang mencapai standard minima yang dikehendaki.
Jika mereka yang solat dengan telekung itu hanya menggunakan bra dan seluar dalam. Lalu, kain telekungnya pula jarang sehingga dapat kita lihat. tentulah ia belum mencapai standard yang sepatutnya.
Sila jelaskan dengan tenang, berhikmah dan perlahan-lahan. Semoga kita semua diberi kefahaman agama dan mampu mengamalkan dengan baik.
Terima kasih.
January 30th, 2010 at 11:20 pm
Waalaikumussalam..
Terima kasih bertanya.
Saya kira apa yang perlu kita fahami dengan jelas adalah, Allah memerintahkan kita untuk solat dalam keadaan tertutup bahagian yang perlu ditutup. Telekung atau apa yang dipakai bukan persoalan. Persoalan yang timbul adalah, sudah tertutupkan bahagian-bahagian itu.
Bak kata Ust Abdul Basit, zaman sekarang ini perihal aurat dapat dibahagi kepada tiga. Pertama, tutup aurat. Aurat tertutup sehingga ia sama sekali tidak kelihatan. Kedua, tudung aurat. Ia seperti tudung saji. Sempurna tertudung tapi malangnya dapat dilihat apa disebalik tudung itu. Ketiga, bungkus aurat. Bungkus ini pula hanya melapisi bahagian tertentu dengan kain. Bentuk, ukuran, lekuk masih jelas kelihatan. Antara ketiga ini jelaslah bahawa hanya kategori pertama sahaja yang mencapai standard minima yang dikehendaki.
Jika mereka yang solat dengan telekung itu hanya menggunakan bra dan seluar dalam. Lalu, kain telekungnya pula jarang sehingga dapat kita lihat. tentulah ia belum mencapai standard yang sepatutnya.
Sila jelaskan dengan tenang, berhikmah dan perlahan-lahan. Semoga kita semua diberi kefahaman agama dan mampu mengamalkan dengan baik.
Terima kasih.