Madrasah Imtihan

Posted on June 14th, 2007 in Uncategorized

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah hari-hari penuh lelah. Sembilan matapelajaran telah pun selesai diujikan. Hasilnya?… Hasilnya memang sesuai dengan usaha. Seperti mana yang sering dipesankan orang tua-tua “sebesar keinsafanmu sebesar itu jugalah keuntunganmu.”

Selalu timbul rasa tak puas hati bila suatu perkara itu telah berlalu. “Aku boleh buat lebih baik dari ni..” bisik hati kecil menghibur. Ada beberapa hal yang membuatkan hal ini timbul, antaranya :

1. Buat tak habis baik.

2. Peluang sengaja dilepaskan kerana pelbagai alasan.

3. Rasa puas dengan yang minimal.

4. Sikap menunda.

Hal-hal diatas ni semuanya masuk di bab teknikal sebenarnya. Rancangan dah tersedia, strategi dah sempurna tetapi ketika tiba masa pelaksanaan, pelbagai perkara tidak terduga pula menjelma. Beruntunglah mereka yang dah persiapkan plan B, C dan D.

Tidak berani saya nyatakan bagaimana keadaan sebenar peperiksaan kali ini. Bahkan lebih tepat dikatakan bahwa, saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan sebenar peperiksaan kali ini. Tinggal mengharapkan simpati dan kasih sayang yang Maha Kuasa.

Ku berserah padaMu ya Allah… Aku telah berusaha dan hanya Engkaulah yang berhak menentukan kesudahannya.

Published by taqeyyabella

Leave a Comment

Share